Assalamu'alaikum warahmatuLlah.
Kita sambung lagi Ucapan Dasar Presiden.....
TANGGUNGJAWAB DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Sebenarnya kita adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara Malaysia yang mengandungi kepelberbagai etnik, yang berasal dari berbagai bangsa dan datang daripada berbagai negara yang telah menyumbang kepada Tamadun Islam, iaitu China dan India. Kepelbagaian ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar.
Maka Islam yang membentuk generasi Al-Quran dan As-Sunnah telah berjaya membangun manusia dengan iman, amal soleh dan akhlak yang luhur. Berpaksikan ilmu Islam dari mukjizat Al-Quran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW, dan dalam masa yang sama mengambil tamadun bernilai daripada seluruh bangsa di dunia - dari China, India, Rom, Parsi, Mesir, Yaman dan lain-lainnya dari timur dan barat sehingga lahirnya Tamadun Islam. Kepesatan kemajuannya berlaku dengan penterjemahan berbagai hasil kajian daripada semua bangsa ke dalam Bahasa Arab, dengan memandu tamadun yang subur berasaskan kepada modal insan yang beriman dan berakhlak mulia.
Tamadun Barat yang mencipta berbagai-bagai kemajuan kebendaan pada hari ini, adalah selepas penterjemahan tulisan dan buku berbagai ilmu daripada Bahasa Arab ke dalam bahasa mereka. Suatu hakikat yang perlu kita sama-sama sedar dan insaf, bahawa kejatuhan Tamadun Islam terjadi setelah keadilan Islam tidak lagi ditunjangi, lemahnya iman dan hilangnya akhlak mulia dengan berlakunya kezaliman dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat Islam. Itulah juga yang akan memusnahkan Tamadun Barat, dengan lahirnya tanda kemusnahan tamadun barat dewasa ini, kerana konsep sekularismanya yang memisahkan urusan hidup daripada iman dan
akhlak.
Akibat dari meminggirkan iman dan akhlak ini, serta memisahkan urusan dunia dengan akhirat, maka kepimpinan umat Islam yang mewarisi konsep sekularisma ini juga telah menyebabkan
umat Islam tidak mampu berdaya saing dengan kaum lain dan akhirnya tidak mampu membawa model Islam yang sebenarnya, yang memberikan keadilan dan rahmat kepada seluruh manusia.
Pandangan yang melihat bahawa kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan agama akan hanya lebih cenderung untuk berkonflik adalah lahir daripada fikrah barat yang mencetuskan Model Konflik dalam disiplin ilmu mereka. Sebaliknya, Islam memberitahu kita bahawa kecenderungan untuk membenci kaum lain mesti di atasi dengan cara kita berlaku adil kepada semua. Semua yang berhak mesti menerima haknya. Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan keadilan inilah merupakan ciri taqwa orang yang beriman. Adalah sesuatu yang songsang apabila seseorang itu mengaku bertaqwa kepada Allah
tetapi gagal melaksanakan keadilan. Inilah yang kita lihat setelah lebih 50 tahun usia kemerdekaan, yang sepatutnya sudah membawa negara tercinta ini berdiri teguh dan mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat.
UMNO yang menjadi teras Barisan Nasional (BN) juga mendabik dada, kononnya merekalah parti penyelamat orang melayu beragama Islam dan memimpin negara yang bermasyarakat majmuk.
Hakikatnya, ternyata mereka telah gagal dan mengundang padah malapetaka kepada orang melayu yang telah beragama Islam dan membawa wajah yang salah terhadap masyarakat majmuk yang menjadi realiti negara Malaysia. Hasilnya, imej Islam yang begitu murni telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan yang dibawa UMNO dalam negara kita ini.
Inilah malapetaka dahsyat yang diasaskan oleh kepimpinan negara kita selama lebih dari 50 tahun diberikan amanah menjaga pemerintahan oleh rakyat. Hasilnya, kita melihat orang melayu dan Islam semakin lemah pemahaman politik mereka setelah pemikiran mereka diasak dengan pemahaman perkauman yang sempit selama puluhan tahun. Dalam aspek ekonomi pula, pemilikan ekonomi yang sebenar dan seimbang tidak berlaku kerana harta negara menjadi
modal pusingan di kalangan sesama pemimpin mereka sahaja. Rakyat terus menerus dihimpit oleh pelbagai skandal yang melangsaikan harta negara. Kawasan blok minyak negara yang bernilai ratusan billion ringgit pula diserah milik kepada orang lain sebagai bahan pertukaran. Dalam aspek pendidikan pula, anak-anak yang menjadi penyambung zuriat dan bakal mewarisi negara pula dihadapkan dengan berbagai eksperimen pendidikan yang tidak membawa mereka
ke mana-mana.
Kenyataan dan pengakuan kepimpinan utama dan tokoh-tokoh besar mereka, sepatutnya cukup membuktikan hakikat sebenar yang telah berlaku. Kaum bukan melayu pula semakin hari semakin hilang keyakinan kepada parti kaum masing-masing yang menjadi komponen BN, dan dalam masa yang sama orang-orang melayu pula dibuai sehingga lalai bersama UMNO yang senantiasa meniupkan laungan perkauman sempit.
Akhirnya umat Islam terus ketinggalan dan berlakunya hakisan kesedaran dan kuasa, adalah hasil dari kesilapan kepimpinan negara kita yang tidak memperkasakan kepimpinan umat Islam, dengan hanya melahirkan pemimpin yang tidak bermoral dengan politik wang tanpa kewibawaan. Sesuatu jawatan yang dipegang dalam politik, pentadbiran, institusi akademik, dan kemasyarakatan, perkaitannya dengan UMNO atau UMNO-putra, telah dijadikan pertaruhan dalam menentukan jawatan, dan bukan kerana kewibawaannya dalam ilmu dan akhlak yang berlandaskan kepada aqidah yang betul.
Kecelaruan ini pula ditambah oleh pengajian agama Islam yang dilemahkan dengan akta yang mengepungnya, dengan mematikan tulisan jawi bahasa melayu berhuruf Al Quran dan menyempitkan sistem pendidikan agama serta meneruskan sistem pentadbiran warisan penjajah.
Maka PAS wajib menafsirkan Islam secara ilmu dan amal, daripada Al Din yang terkandung dalam Al Quran dengan makna yang sempurna dan lengkap, dengan membebaskan khurafat warisan penjajah yang mentakrifkan Islam dengan maksud “agama” daripada bahasa asing dan bukannya bahasa Al Quran. Fahaman yang salah ini disambung oleh UMNO, sehingga menjadikan orang Melayu sendiri tidak melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar, kerana dikongkong oleh kejahilan agama yang menebal. PAS wajib berjuang mengembalikan martabat umat Islam ke atas landasan yang sebenar dalam segala bidang dan lapangan, dan seterusnya memulihkan imej Islam yang telah dirosakkan dan dilemahkan oleh UMNO walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan.
Keadaan ini mewajibkan kita berusaha sedaya upaya, supaya orang – orang Melayu yang majoritinya Islam ini dibebaskan daripada kepompong yang rosak itu. Ingatlah, bahawa Islam yang sempurna boleh menjadi penyelamat mereka sendiri dan menjadi contoh kepada kaum lain yang telah sama-sama berpijak di tanahair tercinta ini. Di atas kegagalan UMNO ini, maka kita perlu mendampingi kelompok orang Melayu samada di kawasan bandar atau luar bandar supaya mereka dapat bersama dengan PAS untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenarnya, dan seterusnya membawa mereka kepada pemahaman Islam sebagai satu cara hidup yang boleh
menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. -bersambung

No comments:
Post a Comment