Mari kita meneliti dan memahami bahagian akhir ucapan dasar ini, kemudian mengambil tindakan yang sewajarnya.
TINDAKAN SETIAP AHLI DAN KEPIMPINAN
84. Sebagai intipati tindakan bagi para ahli dan pimpinan PAS, maka izinkan untuk saya membuat seruan seperti berikut :
(i) Saya menyeru agar semua ahli parti disemua peringkat, untuk memantapkan akidah perjuangan dan tarbiyah mereka, mengilmukan diri, memahami fiqh siyasah, ikhlas, istiqamah dan sabar, memurnikan tindakan dan sakhsiah, menerusi pelbagai program yang akan diatur oleh Lajnah yang berkenaan dalam parti.
(ii) Saya menyeru untuk setiap anggota parti, untuk menunjukkan teladan dan bertindak dengan penuh keadilan Islam, bergerak ke dalam masyarakat diserata ceruk lorong dan penempatan, bagi membawa syiar Islam yang syumul untuk menyelamatkan ummah dari kegelapan. Bawa dan pimpinlah mereka, didiklah dengan penuh hikmah, sehingga terbuktilah keadilan Islam yang menyeluruh itu kepada mad’u kita.
(iii) Saya menyeru kepada semua peringkat ahli parti untuk menggerakkan cawangan, kawasan, dan negeri dengan berbagai pengisian serta aktivitinya, supaya akhirnya kehadiran PAS dalam masyarakat akan dapat dirasai peranannya. Penubuhan cawangan-cawangan baru, bersama kepimpinannya yang memiliki iltizam yang tinggi, haruslah menjadi keutamaan setiap kawasan PAS dalam negara kita ini.
(iv) Saya menyeru kepada seluruh kepimpinan parti di negerinegeri, untuk memperkemaskan tanzim parti, bersiap sedia menggerakkan jentera dan aktiviti pilihanraya parti, memanafaatkan Institut Latihan Pilihanraya PAS (ILPAS) sebagai institusi pilihanraya parti yang mampu melahirkan petugas yang professional dan bersedia menghadapi cabaran semasa yang kompleks.
(v) Saya menyeru kepada seluruh kepimpinan parti untuk memantapkan keserasian serta memperkukuhkan kebersamaan kita dalam Pakatan Rakyat, sebagai satu persiapan bagi menggantikan kepimpinan negara yang ada pada saat ini. Semuanya dilaksanakan dengan prinsip Tahaluf Siyasi yang menjadi pegangan PAS, tanpa menjejaskan prinsip perjuangan yang digariskan dalam undang-undang tubuh PAS selama ini.
PENUTUP
Akhirnya, bagi pihak seluruh ahli dan kepimpinan PAS, saya
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan rumah,
iaitu YAB Menteri Besar Kelantan dan seluruh Anggota Kerajaan
Negeri Kelantan, Panitia Induk Muktamar, Badan Perhubungan PAS
Kelantan dan semua petugas yang terlibat, serta semua pihak yang
menjayakan Muktamar ke-56 ini. Mudah-mudahan segala amal ini
mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT :
Maksudnya :
Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara
kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia
sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum
mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama
yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan
menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam
ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu
dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku.
Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka
mereka itulah orang-orang yang fasik. [An Nur : 55]

No comments:
Post a Comment