Thursday, April 30, 2009

JAWATAN : Antara REBUTAN di dunia dan BEBANAN di akhirat.

Assalamu'alaikum wm wb,

Sahabat-sahabat pimpinan jama'ah yang dikasihi,


Kita hendaklah sentiasa memuhasabahkan diri agar kita sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai ALlah.

Sebentar tadi(jam 2.30pm) Ustaz Tuan Ibrahim bin TUan Man menghubungi saya. Antaranya memohon agar saya memasukkan tulisannya ini dalam blog saya untuk renungan kita semua khususnya pimpinan di peringkat kawasan, negeri, pusat dan dewan-dewan.

Tulisan beliau adalah seperti di bawah;
Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan « Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya ‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada kjamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah).
Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab “ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”. Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.

Mau'izah untuk ana dan para sahabat;
Tuan Ibrahim Tuan Man,
Temerloh-30hb Mei.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, April 29, 2009

AHLI-AHLI JEMAAH YANG SAKIT - peringatan daripada ALlah untuk semua

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ZIARAH PESAKIT DI HTAA
Semalam Selasa 28 April 2009, saya mengambil kesempatan menziarahi beberapa orang sahabat yang sakit. Jam 2.30 ptg saya menziarahi saudara Ramli di HTAA(Hospital Tengku Ampuan Afzan) Kuantan. Beliau seorang ahli PAS yang aktif di Taman Mahkota Jaya, Jalan Gambang. Saya difahamkan beliau menghidap penyakit di bahagian hati dan perut. Beliau kini semakin kurus, dulunya seorang yang cergas dan sihat lagi ceria. Sahabat-sahabat yang ada kesempatan ziarahilah beliau di wad 5C di HTAA.

Walaupun sakit beliau masih mampu mengukir senyuman. Lebih baik lagi masih bersemangat bercakap soal parti dan jemaah yang kita dukungi.

ANAK EXCO KERAJAAN KELANTAN
Sebelumnya di hospital yang sama saya menziarahi Wan Mohd Munzir bin Wan Abdul Azim. Wan Munzir adalah pelajar POLISAS yang terlibat dalam satu kemalangan di LPT dekat Maran pada hari Ahad lepas.

Beliau adalah anak Allahyarham Wan Abdul Azim adik kepada YB Wan Abdul Rahim. Ibunya Wan Ubaidah EXCO kerajaan Kelantan. Allahyarham Wan Abdul Azim(lebih dikenali dengan cikgu Wan Azim) adalah seorang ahli PAS yang aktif di Kuantan di sekitar tahun 86-90, selepas itu beliau berpindah ke Kelantan. Sahabat-sahabat yang ada kesempatan boleh menziarahi beliau di HTAA wad 5B.

KETUA CAWANGAN PAS
Di sebelah petang jam 6.50petang saya dan beberapa orang sahabat Taman Seriku menziarahi saudara Sa'ari di rumah beliau di taman yang sama. Sa'ari seorang sahabat dan ahli PAS yang sangat setia dengan perjuangan. Saya mengenali beliau sejak beliau tinggal di Jaya Gading. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua PAS Cawangan Taman Seri Mahkota 2007-2009.

Beliau kini terlantar sakit di rumahnya. Beliau menghidap penyakit Kencing Manis. Badannya sangat kurus tetapi semangatnya 'gemuk' terus.

SIHAT SEBELUM SAKIT
Marilah kita mengingati pesanan RasuluLlah saw,

اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.
” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu” riwayat Muslim.

Sihat adalah kurnia Allah yang amat berharga. Maka jagalah dia sebaik mungkin.
Jangan lakukan aktiviti yang merosakkan diri seperti merokok, menagih arak dan dadah.

Tanpa sihat seluruh nikmat hidup akan hilang……makanan lazat dirasakan hambar, tilam empuk dirasakan tempat penyiksaan, ibadat terganggu, wang ringgit habis ……segala-galanya terganggu.
Nikmat sihat hanya disedari setelah dia sakit.

Bersyukurlah kepada ALlah kerana anda sihat. Masa sihat ambil kesempatan untuk beribadah dan melakukan segala jenis kebaikan dan kebajikan. Teruskan kerja-kerja dakwah dan siasah. Ambik cakna dengan aktiviti-aktiviti kerja dakwah. Kita tidak tahu sampai bila kesihatan kita bertahan. tk..
Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 28, 2009

STATUS ANAK BAWAH 18 TAHUN - komen Peguam Pembela Islam

Tuesday, 28 April, 2009 5:46 AM
From:
This sender is DomainKeys verified
"Ahbak 1963"
ahbak1963@gmail.com
Add sender to Contacts
To: undisclosed-recipients
Keputusan Jemaah Menteri
Meminggir Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak
Masyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.


Keputusan Jemaah Menteri ini sangatlah dikesali. Manifestasi kekesalan ini dizahirkan apabila lebih seratus NGO Islam berkumpul menyatakan bantahan mereka (24.4.09). Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga melalui Timbalan Presidennya Musa Awang telah mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut. PGSM adalah NGO pertama yang menyuarakan kekesalan mereka.

Bagi memahami implikasi keputusan jemaah menteri ini beberapa perkara perlu diperincikan terlebih dahulu terutamanya kedudukan perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak.

Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang terkesan daripada keputusan ini iaitu berkaitan dengan pembubaran perkahwinan, agama anak dan pemeliharaan anak.

Pembubaran Perkahwinan
Di dalam perkahwinan sivil yang didaftarkan melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku jika perkahwinan itu telah pecahbelah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Perkara ini termaktub di dalam seksyen 52 Akta tersebut. Seksyen 51 Akta yang sama pula menjelaskan jika salah seorang pasangan itu memeluk Islam pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan menurut seksyen berkenaan selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam.


Ini bermakna petisyen perceraian atas alasan pemelukan agama Islam hanya boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk agama Islam sahaja. Selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut perkahwinan sivilnya bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut.
Jelaslah di sini ketidakadilan yang amat sangat berlaku kepada pasangan yang memeluk Islam itu memandangkan beliau langsung tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan petisyen perceraian berdasarkan seksyen tersebut.

Namun mahkamah syariah menurut Jadual Kesembilan Senarai 2 Butiran I Perlembagaan Persekutuan, boleh membuat penentuan sesuatu perkara mengenai hukum dan doktrin syarak. Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menepati semangat Perlembagaan Persekutuan ini dengan memberi kuasa kepada mahkamah syariah membuat penentuan mengikut hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut. Seksyen 46(2) tersebut memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan oleh Mahkamah. (Mahkamah di sini bermaksud mahkamah syariah). Seolah-olah terdapat polemik di sini di mana kedua-dua mahkamah mempunyai bidangkuasa. Oleh yang demikian terdapatlah cadangan seksyen di atas ditiadakan bagi menyelesaikan kemelut ini. Tetapi sebenarnya bukan hanya seksyen tersebut sahaja perlu dipinda malah seksyen yang sama di negeri-negeri lain juga perlu dipinda dan mendapat pekenan Raja-Raja Melayu. Ia mungkin jalan yang tidak mudah digapai.

Sebenarnya tatkala seseorang itu telah memeluk Islam sudah pasti Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada mualaf itu mengamalkan agamanya termasuklah undang-undang diri seperti munakahat. Mengheret mualaf ini ke mahkamah sivil merupakan pelanggaran hak kebebasan beragama bagi mualaf ini. Seorang yang sudah mendapat hidayah daripada Allah sudah tentu tidak mahu balik ke zaman jahiliyahnya kembali. Inilah hak yang perlu dipertahan oleh kerajaan dan bukan merobek hak ini atas alasan yang picisan yang tidak selaras dengan Perlembagaan.

Membawa orang bukan Islam ke mahkamah syariah pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya orang bukan Islam enggan hadir ke mahkamah syariah atas alasan tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam. Namun sebenarnya apa yang diputuskan oleh mahkamah syariah hanyalah membuat perisytiharan di sisi hukum syarak apakah kedudukan perkahwinan tersebut sahaja. Amatlah tidak wajar mualaf ini dinafikan hak ini.


Hakikatnya ialah sebahagian orang bukan Islam tidak mengiktiraf langsung keujudan mahkamah syariah ini. Mereka tidak mahu membantu mahkamah syariah memberi keputusan yang adil. Mereka sanggup memberi keterangan di medan media tetapi tidak di mahkamah syariah. Mahkamah Syariah adalah sebahagian dari system perundangan negara yang sah. Tidak ada seorangpun boleh memperlekehkan mahkamah syariah.

Agama Anak
Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3) di atas, agama bagi seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Perkara 12(4) ini telah ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini mlwn Saravanan di mana mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keIslaman anak tersebut.

Peruntukan Perkara 12(4) dan juga tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan tersebut sebenarnya selaras dengan Hukum Syarak. Sebenarnya telah disepakati di kalangan ulama’ bahawa apabila salah seorang ibubapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur mereka itu disifatkan sebagai Islam. Ini adalah kerana anak yang dilahirkan itu adalah fitrah, dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan kepada al maqasid al syariah. Terdapat lima al maqasid al syariah (objektif syariah) iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).

Bagi mencapai maqasid ini umat Islam dipertanggungjawabk an memelihara kelima-lima perkara ini termasuklah menjaga agama dan keturunan. Oleh yang demikian agama anak itu hendaklah mengikut mana-mana ibubapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima sekiranya al maqasid al syariah ini tidak dapat dicapai.

Alasan Nazri agar mengikut ‘common sense’ adalah telalu dangkal. Dalam undang-undang kita tidak boleh menggunakan ‘common sense’. Ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan dan dihayati. Sebagai perbandingannya jika kita menggunakan common sense tersebut, adalah kita boleh dianggap tidak melakukan kesalahan trafik apabila melanggar lampu isyarat merah tatkala tiada kenderaan yang melintasi di hadapan kita? Secara common sense nya sudah tentu kita tak bersalah tetapi undang-undang mempunyai falsafahnya tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat. Apatah lagi ‘common sense’ beliau itu melanggar hukum syarak pula.

Keputusan jemaah menteri tidak boleh mengatasi peruntukan Perkara 12(4) dan tafsiran yang dibuat dalam kes Subahsini. Jemaah menteri juga sebagai badan eksekutif tidak boleh mencampuri urusan kehakiman (samada sivil ataupun syariah) apatah lagi menganggu keputusan mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan keputusan mahkamah. Seharusnya segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang diambil bagi menangani permaslahan ini dan bukan melalui campurtangan eksekutif yang secara langsung merujuk kepada kes Muhammad Ridzuan tersebut.

Pemeliharaan Anak
Mengenai pemeliharaan anak pula. Sudah menjadi amalan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Di dalam memutuskan hak jagaan anak sudah tentulah faktor mengenai kebajikan anak ini di titikberatkan. Kebajikan anak ini termasuklah permasalahan aqidah, tumbesaran dan pembelajaran anak tersebut. Perkara sebegini boleh diputuskan oleh Mahkamah. Hak memelihara anak ini biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan dan kebajikan anak.

Namun apa yang berlaku ialah masyarakat bukan Islam atas sebab-sebab tertentu terlalu takutkan mahkamah syariah dan menganggap mahkamah syariah hanya mempertahankan hak orang Islam sahaja. Sudah dibuktikan di dalam beberapa kes di mahkamah syariah, keputusan yang dikeluarkan oleh Hakim Syarie tidak memihak kepada orang Islam tetapi memihak kepada keadilan.

Berbalik kepada keputusan jemaah menteri di atas, amat jelas keputusan tersebut gagal mempertahankan kelebihan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Keputusan tersebut menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain dan perkara ini tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam arus perdana.

NGO-NGO Islam juga mempersoalkan keputusan Jemaah Menteri yang dibuat itu langsung tidak mengambilkira pandangan NGO-NGO Islam. Dalam masa yang sama pula pihak kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan NGO bukan Islam mengenai kes yang tersebut di atas. Tiada usaha untuk mendapatkan pandangan NGO Islam dilakukan bagi mendapat pandangan mereka sebelum keputusan dibuat.

Malah ada beberapa NGO Islam cuba untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan tetapi tidak dapat direalisasikan. Seharusnya pihak kerajaan lebih peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya masyarakat saudara baru. Suara mereka harus didengar terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan yang membabitkan mereka dibuat. Hak mereka untuk didengar (audi alteram partem) oleh pimpinan kerajaan sudah tiada lagi. Di manakah audi alteram partem itu?

Pihak Kerajaan perlu lebih berhati-hati di masa akan datang dalam membuat keputusan berkaitan Islam. Jangan mendahului para ilmuan Islam dan ulama. Pandangan NGO Islam juga mestilah diambilkira. NGO-NGO Islam telah menzahirkan kegusaran mereka berhubung dengan keputusan jemaah menteri tersebut, sudah sewajarnyalah keputusan tersebut ditarik balik.


Zainul Rijal Abu Bakar,
Setiausaha Agong, Peguam Pembela Islam
Baca Selanjutnya...

PEMIMPIN ISLAM.....jangan riya'(MENONJOL DIRI) Siri Akhir. Fikir-fikirkanlah sebelum anda dipilih jadi ketua.

Salam sahabat-sahabat,

Sebagai seorang manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap. Oleh kerana itu ALlah yang Maha Mengetahui sentiasa memberi ruang dan peluang untuk hambaNYA bertaubat. Maka kita hendaklah sentiasa muhasabah diri dan menghisab segala amal-amal dan kerja AGAR ianya ikhlas semata-mata kerana ALlah.

SEBELUM DAN SESUDAH BERAMAL
1. Qana’ah قناعة iaitu merasa puas(cukup) dan yakin bahawa segala amal baktinya itu diketahui oleh Allah. Hanya mengharapkan ganjaran semata-mata dari Allah.
2. Ingatkan kemurkaan dan kutukan Allah terhadap orang yang berbuat amal-ketaatan semata-mata kerana menuntut dan mencari pujian dan sanjungan daripada manusia.
3. Merasa takut dan khuatir amalan itu dicampuri riya’ yang tersembunyi; khuatir amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah. (خوفا وطمعا ).
4. Memulakan amal penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, dan menjauhi sama sekali daripada mengharapkan keredhaan dan sanjungan manusia.

PENUTUP
RasuluLlah saw berdoa,
اللهم إنى أعوذبك من علم لاينفع وقلب لايخشع وعمل لايرفع ودعاء لايسمع
Maksudnya,” Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat Dan daripada hati yang tidak kyusuk Dan daripada amal yang tidak diangkat (terima) Dan daripada doa yang tidak didengari (tidak maqbul)”.

Baca Selanjutnya...

Monday, April 27, 2009

PEMIMPIN ISLAM.....jangan riya'(MENONJOL DIRI) Siri iii. Fikir-fikirkanlah sebelum anda dipilih jadi ketua.

Salam teman-teman,

Riya' atau menunjuk-nunjuk adalah sifat mazmumah(terkeji) dan dilarang oleh agama. Yang haram itu ialah kerana menunjuk-nunjuk TETAPI kalau kerana nak menunjuk contoh baik tak salah. Apatah lagi kalau kita seorang ketua atau pemimpin hendaklah menunjukkan(bukan menunjuk-nunjuk) contoh teladan seperti menderma.

RIYA’ UNTUK JADI TELADAN
Merahsia dan memperlihatkan amal ibadat (ikhlas) ada kebaikannya, tetapi padanya terdapat bahaya riya’.

Berkata al-Hasan: Adapun merahsiakan amal itu lebih selamat daripada memperlihatkannya, namun dalam memperlihatkannnya ada faedah dan kebaikannya.

Sebab itulah Allah telah memuji orang yang beramal dengan bersembunyi mahupun terbuka.
Firman Allah, إن تبدوا الصدقات فنعما هى وإن تخفوها وتؤتوها الفقراء فهو خيرلكم
Maksudnya, “ Jika kamu menzahirkan sedeqah, itupun baik. Tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikannya kepada faqir miskin MAKA itulah baik bagi kamu”. (al-Baqarah : 271)

Sabda Nabi saw, من سن سنة فعمل بها كان له أجرها وأجر من اتبعه
Maksudnya, “ Sesiapa yang memulakan sesuatu perbuatan, lalu perbuatan itu diamali oleh orang lain, maka baginya pahala perbuatan itu dan pahala perbuatan orang yang mengikutinya”.

Orang yang hendak menunjuk atau mencerita amalannya hendaklah :
a- Niat supaya diteladani oleh orang ramai atau berkeyakinan bahawa perbuatannya akan diteladani oleh mereka.
b- Meneliti hati sendiri, sebab dikhuatiri ada tersemi pada hati itu kecenderungan kepada riya’ yang tersembunyi di sebaliknya.

Pandai-pandailah jaga hati.......kita boleh MENUNJUK tetapi jangan MENUNJUK-NUNJUK. Jangan sia-sia kerja dan amal anda. tk.. -bersambung
Baca Selanjutnya...

Sunday, April 26, 2009

ISU STATUS AGAMA ANAK BAWAH 18 tahun

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAH
DAN KELUARGA
1. PENDAHULUAN
Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah:
a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM
2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.
Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.
Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah
[1].

Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:
عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ  قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .
Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:
Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini
Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.
Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:
a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].
b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .
[4]
c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK
3.1 - Pendapat Ulamak
Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:
حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه
[5]
Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:
1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku
1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI
4.1 - Pendapat Para Ulama
Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).
Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].
Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh
[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]
a - Nafkah kepada anak
Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

b - Nafkah kepada isteri
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.
Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Disediakan oleh :Fellow MANHAL PMRAM 2009Hasil kajian:
1. Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree
2. Al Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin
3. Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir
4. Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain
[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.
[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.
[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.
[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.
[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah
[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.
[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985
[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.
[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.
[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.
[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilid 7.
Baca Selanjutnya...

PEMIMPIN ISLAM.....jangan riya'(MENONJOL DIRI)ii. Fikir-fikirkanlah sebelum anda dipilih jadi ketua.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Marilah kita menjauhi sifat riya'-menunjuk-nunjuk serta menonjol diri. 'Tawar Diri' tak apa, dalam ertikata kita menawar diri untuk menjadi ketua kerana ALLah. Supaya nanti boleh memberi khidmat kepada parti dan jamaah yang kita dukungi di atas semangat FASTABIQUL KHAIRAT - Berlumba-lumba Berbuat Kebajikan.
UBAT / PENAWAR PENYAKIT RIYA’
Terdapat dua cara iaitu:
a- Mencabut akar umbinya dan asal pangkalnya yang mana dari situlah riya’ itu
bercabang.
b- Menolak dengan serta merta apa yang terlintas di dalam hati dari penyakit riya’.

a- Mencabut Akar Umbinya
Asal-usulnya ialah kerana mencintai pangkat kedudukan iaitu:
1- Amat suka kepada pujian dan sanjungan, suka dibodek dan lain-lain.
2- Menghindarkan diri dari pedihnya celaan, takut orang kata dan memandang hina kepadanya.
3- Tamakkan hak orang lain. Tak suka tengok orang lain jadi ketua. Kalau boleh tempat dan kedudukan itu dia yang dapat.

#### Penawarnya (Teori) : Mengetahui bahaya dan bencana riya’ iaitu: i
a- Tidak mendapat kedudukan dan darjat yang mulia di sisi Allah.
b- Dia akan diazab, dimurkai Allah dan mendapat kehinaan yang besar di hadapan ALlah.
c- Di akhirat menjadi orang yang bankrap(tanggung dosa orang lain kerana dah tak ada pahala lagi). . Ibarat gula madu bercampur setitis racun maka apalah gunanya.

Pujian : Apalah ada pada pujian manusia sekiranya menimbulkan cela Allah. Pujian tidak menambahkan rezeki dan memanjangkan umur.
Celaan : Mengapa mesti takut. Celaan tidak menambah dan mengurangkan sesuatu yang kita punyai samada ajal, rezeki, darjat di syurga dan lain-lain.
Tamak : Ingatlah bahawa Allah sahajalah yang menggerakkan hati seseorang untuk menahan pemberian atau memberinya; semuanya tertakluk kepada kekuasaan Allah.

#### Penawarnya (Amali) : Membiasakan diri merahsiakan segala amalan supaya tidak diketahui orang ramai.

ii- Menolak dengan serta merta apa yang terlintas di dalam hati.
Cara ini harus dipelajari baik-baik. Sebab setiap orang yang telah berjaya mencabut riya’ dari pangkalnya, menolak tamak dan memandang rendah pujian dan celaan manusia adakalanya syaitan masih belum melepaskannya bahkan menganggunya dengan berbagai kilasan riya’.
sekian, terima kasih
- bersambung
Baca Selanjutnya...

Saturday, April 25, 2009

PEMIMPIN ISLAM.....jangan riya'(MENONJOL DIRI) i. Fikir-fikirkanlah sebelum anda dipilih jadi ketua.

Salam ahli-ahli perjuangan Islam.

Antara sifat Mazmumah(terkeji) yang dipandang jijik dan hina ialah RIYA'-Menunjuk-nunjuk. Jauhilah ia. Sia-sia sahaja kita beramal dan bekerja untuk Islam tanpa keikhlasan. Apa guna berjuang abis masa, abis pitih(duit).....pahala tak dapat, redha ALlah tak diperolehi,,,,,dosa pulak yang dapat, NERAKA menanti.

Apa perlunya anda menonjol diri dan menunjuk-nunjuk supaya dipilih menjadi pemimpin atau ketua. Kalau anda sememangnya layak, baik, bagus, berakhlak, berintegriti dan hebat.....tentu ahli-ahli dan orang ramai memilih anda sebagai ketua. Kalau dapat jadi ketua pun tak ada faedah kerana ALlah tak bantu orang yang meminta-minta nak jadi ketua or pemimpin.

TAKRIF RIYA’
Riya’ ialah “syirik khafi”. Takrifnya : Menuntut/Mencari sebarang bentuk penghargaan di hati manusia sehingga mencapai pangkat dan kedudukan menerusi amal-amal.

Hukum riya’ adalah haram. Allah akan murka kepadanya. Terdapat banyak ayat-ayat alQuran dan hadith-hadith Nabi saw yang melarang bersifat riya’.

AYAT-AYAT AL-QURAN
1. فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يراءون
“ Maka celakalah bagi orang-orang yang bersembahnyang, yang sentiasa lalai sembahyangnya, mereka yang mengerjakan kebaikan supaya dilihat orang”. [al-Ma’un : 4 - 6]

2. إنما نطعمكم لوجه الله لانريد منكم جزاء ولاشكورا
” Hanyasanya kami memberi kamu makan semata-mata kerana Allah, kami tiada mengharapkan balasan mahupun terima kasih daripada kamu” [Surah ad-Dahr : 9]

3. فمن كان يرجوا لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولايشرك بعبادة ربه أحدا
“ Barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal solih dan jangan menyegutukan Tuhannya dengan sesuatu pun”. [al-Kahf : 110]

HADITH-HADITH NABI SAW
1. يقول الله عز وجل من عمل لى عملا أشرك فيه غيرى فهو له كله وأنا برىء
وأنا أغنى الأغنياء عن الشرك

Maksudnya, “ Berfirman Allah ‘Azzawajalla : Barangsiapa melakukan sesuatu amalan
untukKu, lalu dikongsikannya amalan itu kepada selain dariKu, maka terimalah kembali amalan itu. Aku suci daripadanya. Aku adalah amat kaya atas
sekalian yang kaya dari segala rupa syirik”.

2. إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر قالوا : وما الشرك الأصغر يارسول الله قال : الرياء يقول الله عز وجل يوم القيامة إذا جاز العباد بأعمالهم اذهبوا إلى الذين كنتم تراؤون فى الدنيا فانظروا هل تجدون عندهم الجزاء
Maksudnya, “ Sesungguhnya yang amat aku takuti dari segala perkara yang harus aku
takuti ialah syirik kecil. Para sahabat bertanya: Apakah syirik kecil itu wahai RasuluLlah? Baginda menjawab: Ia ialah riya’. Berfirman Allah ‘Azzawajall pada hari Qiamat setelah sekalian hambaNya menerima laporan amalannya
:

MENGAPA ANDA BOLEH JADI RIYA’
Orang yang melakukan riya’ mempunyai berbagai tujuan samada kerana untuk memperolehi pangkat kedudukan, harta kekayaan atau lainnya.


Terdapat tiga peringkat riya’:
1. Untuk memperolehi sesuatu dengan jalan melakukan maksiat iaitu beribadat secara riya’; melahirkan taqwa sedangkan tujuannya agar disebut-sebut dia seorang yang amanat , bertaqwa, wara’ dan lain-lain. Orang ini sangat dibenci oleh Allah kerana menjadikan ketaatan kepada Allah sebagai tangga untuk menyampaikannya kepada perbuatan yang maksiat.

2. Untuk memperolehi habuan mata benda dunia seperti harta kekayaan, kawin wanita cantik dan lainnya.

3. Bukan kerana sebab dua di atas TETAPI mempamerkan amal ibadatnya kerana takut kalau-kalau orang ramai akan memandang rendah terhadapnya, tidak memasukkan dia di kalangan orang zahid, disama tarafnya dengan orang ramai dan lain-lain. INGAT! Sahabat-sahabat sekelian, kita tidak jadi hina kerana tak ada jawatan TETAPI kita jadi hina kerana mintak jawatan dan menonjol-nonjol diri agar terpilih menjadi ketuatau pemimpin.

Riya' berlaku dalam cara berjalan, makan, berpakaian, bersolat, berpuasa, ketawa, persahabatan dan berorganisasi. tk.. ----bersambung.
Baca Selanjutnya...

Friday, April 24, 2009

PEMIMPIN ISLAM.....jangan bawa API PANAHAN SETAN. Fikir-fikirkanlah sebelum dipilih jadi ketua.

Salam muslimin dan muslimah,

Moga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-kasihsayang dan 'inayah daripada ALlah. Moga kita sentiasa terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah yang terkeji seperti takabbur, gila kedudukan, gila dunia dan hasad dengki.

Tersentak hati kecil saya bila membaca tulisan Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz(Tuan Guru Menteri Besar Kelantan) dalam blognya ....http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/. Baca, fahami, sedar dan kembali merujuk kepada ALlah.

Pada saya, seorang mukmin apatah lagi seorang pejuang Islam, lebih-lebih lagi seorang pemimpin dalam Gerakan Islam JANGAN SEKALI-KALI membawa 'api', api panahan syaitan iaitu ghadab(marah2) dan hasad dengki.

PESANAN RASULULLAH SAW
“Hasad itu memakan (membinasakan) kebajikan, Sebagaimana api memakan kayu” - al-Hadith.

Antara pengertian hasad-dengki itu ialah Rasa kurang senang nikmat yang diperolehi oleh orang lain, lalu mengharapkan nikmat itu terhapus darinya.

“Apabila kamu mendapat kebaikan, niscaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya” ali-Imran:120

SEBAB-SEBAB HASAD DENGKI
1. Bila berlakunya permusuhan dan kebencian.
2. Adanya Sifat meninggi diri dan sombong-takabbur, sombong kerana banyak ilmu, banyak harta, banyak pengalaman hingga lupa yang semuanya itu adalah kurniaan/anugerah daripada TUHAN.
3. Gila nak menjadi ketua/pemimpin, dia saja yang layak.....orang lain tak layak dan tak pandai memimpin.
4. Memiliki hati yang busuk dan jahat ditambahi pulak dengan sifat kedekut.


KESAN BURUK HASAD-DENGKI SERTA DENDAM KESUMAT
1. Tidak senang melihat seseorang di dalam kenikmatan.
2. Merasa senang apabila melihat orang terkena bencana.
3. Memutuskan perhubungan/persahabatan walaupun dia cuba berbaik dengan anda.
4. Sekiranya orang itu lebih rendah kedudukannya maka anda akan memalingkan diri anda daripadanya.
5. Mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang itu: Walaupun anda tahu ianya adalah bohong, mengumpat, membocorkan rahsia dan menjatuhkan maruah.
6. Mengejek dan mendedah keburukan perilakunya dan lain-lain.

PUNCA API HASAD-DENGKI ADALAH DARI API KEMARAHAN

Marah itu sebenarnya ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya terpancar sifat congkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi.

Kemudian timbul dari sifat marah itu perasaan-perasaan yang lain; iaitu dendam, hasad dan dengki, dan menerusi sifat-sifat inilah telah banyak orang yang binasa dan banyak juga orang yang rosak.

Pokok segala kebinasaan dan kerosakan itu, bersebab dari segumpal daging (hati), jika daging itu dijaga dengan baik, baik pulalah seluruh tubuh. Bacalah pesanan Nabi saw di bawah ini:

ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب

“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati” -alHadith

Sekian, tk..

Baca Selanjutnya...

Thursday, April 23, 2009

MAZMUMAH> Hubb al-Jah(Gila Kedudukan) = JANGAN CARI SALAH ORANG....checklah hati kita

Salam sahabat-sahabat.

Anak muda Ustaz Zulhilmi at Takiri menyebut dalam blognya Bekerja Untuk Islam,
"Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.
Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah." katanya.

Fenomena seumpama ini cukup merisaukan saya(uye). Kita berkerja dan berjuang untuk Islam kerana Allah. Kita sebenarnya berebut-rebut mencari redha ALlah. Jadi, jagalah hati dan niat masing-masing. Jangan ada yang lupa diri, lalai hati dan penting diri kerana tak waras(gila), gila kedudukan(hubb al-Jah). Akhirnya dalam keadaan tak sedar.......menghina kawan sendiri, mencerca pimpinan, memburuk sahabat dan mencari-cari kesalahan orang. Sudah! Sudahlah! Hentikan segera dan bertaubatlah.

Mari kita lihat tulisan Syeikh Abdul Muhsien bin al-'Abad al-Badr dalam kitabnya RIFQAN AHLU SUNNAH BI AHLU SUNNAH.
Firman Allah:

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُو ا }
“Hai orang-orang yang beriman jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”.

Dalam ayat yang mulia ini perintah untuk menjauhi kebanyakan dari berprasangka, kerana sebahagiannya adalah dosa, dan larangan dari mencari-cari kesalahan orang lain, iaitu mencungkil-cungkil tentang keburukan orang lain, hal itu terjadi adalah akibat dari berburuk sangka.

Rasulullah S.a.w bersabda:
((إِيَّاكُمْ وَالظَنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابَرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً)).
“Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang keburukan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara” (H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563).

Berkata Amirul Mukminiin Umar bin Khatab: “Janganlah kamu menyangka terhadap sebuah perkataan yang keluar dari mulut saudaramu yang beriman kecuali terhadap hal yang baik, sa’at engkau dapat untuk membawanya ke arah yang baik”. (disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam mentafsirkan surat Al Hujurat).

Berkata Bakar bin Abdullah Al Muzany, sebagaimana yang terdapat dalam biografinya dalam kitab “Attahzib Tahziib”: Hati-hatilah kamu terhadap perkataan sekali pun kamu benar dalamnya kamu tidak diberi pahala, dan jika kamu tersalah kamu memikul dosa, iaitu berburuk sangka terhadap saudaramu”.

Berkata Abu Qilabah Abdullah bin Zaid Al Jurmy sebagaimana dalam kitab “Al Hilyah” karangan Abu Nu’aim (2/285):
“Bila sampai kepadamu sesuatu yang kamu benci dari saudaramu, maka berusahalah untuk mencarikan alasan untuknya, jika kamu tidak menemukan alasan untuknya, maka katakanlah dalam hatimu: mungkin saja saudaraku punya alasan yang aku tidak mengetahuinya”.

Berkata Sufyan bin Husain: “Aku menyebut keburukan seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyah, maka ia menatap muka ku, dan berkata: apakah engkau ikut berperang melawan Romawi?, aku jawab: tidak, ia bertanya lagi melawan Sanad, India, dan Turki, aku jawab: tidak, ia berkata lagi: apakah merasa aman darimu Romawi, Sanad, India dan Turki, namun saudaramu sesama muslim tidak merasa aman darimu, berkata Sufyan bin Husain: aku tidak mengulanginya lagi sesudah itu”. (lihat Al Bidayah wan Nihayah karangan Ibnu Katsir (13/121).Alangkah bagusnya jawaban dari Iyas bin Mu’awiyah tersebut yang sangat terkenal dengan kecerdasannya, jawapan di atas adalah salah satu bukti dari kecerdasannya.

Berkata Abu Hatim bin Hibban Al Busty dalam kitabnya Raudhatul ‘Uqola’, halaman (131) : “Keharusan bagi orang yang punya akal untuk tetap berada dalam keadaan selamat dari mencari-cari tentang keburukan (‘aib) orang lain, hendaklah ia sibuk memperbaiki keburukan dirinya, sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukannya sendiri dari pada mencari keburukan orang lain, badannya akan tenteram dan jiwanya akan tenang, maka setiap ia melihat keburukan dirinya, maka akan semakin hina di hadapannya apabila ia melihat keburukan tersebut pada saudaranya, sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukan orang lain dari memperhatikan keburukan dirinya, hatinya akan buta, badannya akan letih, dan akan sulit baginya untuk meninggalkan keburukan dirinya sendiri”.

Ia (Ibnu Hibban berkata lagi) masih dalam kitab tersebut, halaman (133): “Mencari-cari keburukan orang lain adalah salah satu cabang dari sifat kemunafikan, sebagaimana berbaik sangka adalah salah satu dari cabang keimanan, orang berakal sihat selalu berbaik sangka dengan saudaranya, dan menyendiri dengan kesusahan dan kesedihannya, orang yang jahil (tolol) selalu berburuk sangka dengan saudaranya, dan tidak mahu berfikir tentang kesalahan dan penderitaannya”.

Ingat sahabat-sahabat sekalian,
Di hadapan kita hanya ada satu pilihan......samada dosa atau pahala. neraka atau syurga, Jadi kita tiada pilihan melainkan satu iaitu pahala dan syurga.

Moga ALlah memelihara saya dan saudara-saudara seagama dan seperjuangan dari sifat berprasangka buruk dan mencari-cari kesalahan orang lain. tk..
Baca Selanjutnya...

Wednesday, April 22, 2009

10 SIFAT MAHMUDAH(TERPUJI) lawan 10 SIFAT MAZMUMAH(TERKEJI).......cuba check hati kita

Salam teman-teman,

Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.
Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.
Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.

Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.

Tempatnya Hati
Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب
“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”

Punca Penyakit dan Punca Maksiat
Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.

Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.

10 SIFAT MAZMUMAH
  1. Ghadab - marah
  2. Hasad Dengki
  3. Bakhil - kedekut
  4. Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"
  5. Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"
  6. Hubb al-Jah - Gila Kuasa
  7. Hubb al-Dunya - Gila Dunia
  8. 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri
  9. Takabbur - Sombong
  10. Riya' - menunjuk-nunjuk.
10 SIFAT MAHMUDAH
  1. Taubat
  2. Khauf - takut
  3. Zikr al-Maut - Ingat Mati
  4. Mahabbah - kasih sayang
  5. Zuhud
  6. Tawakkal
  7. Ikhlas
  8. Syukur
  9. Redha
  10. Sabar.

Sekian, terima kasih.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 21, 2009

HAK PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN .....adakah kita telah laksanakannya SIRI TERAKHIR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan,

Sesungguhnya bukan sahaja dalam ibadat ada dosa pahala, bahkan dalam persahabatan dan persaudaraan juga ada dosa pahala. Sebagaimana kita wajib jaga ibadat solat maka begitulah juga kita wajib jaga persaudaraan dan persahabatan. Jagalah hati supaya tidak buruk sangka. Jagalah lidah supaya tidak mengumpat, menghina dan memfitnah sahabat dan saudara seIslam kita. Sentiasalah memelihara dan memulihara persahabatan/persaudaraan kita.

(5) HAK MEMAAFKAN KESALAHAN DAN KETELANJURAN
Keterlanjuran kawan/sahabat di dalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat. Jika kawan itu terus tidak mengendahkan nasihat,
-memutuskan perhubungan dengannya.
-boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.

Adapun ketelanjurannya terhadap diri kamu meskipun membosankan, tiada diragukan lagi utamanya dimaafkan dan menanggung dengan penuh daya-upaya segala kesalahannya itu. Malah harus dibalas dengan cara yang baik, ataupun mengharapkan sesuatu keuzuran daripadanya, sama ada dalam waktu yang dekat mahupun jauh.

Al-Ahnaf berkata: Hak seseorang sahabat atasmu ialah agar kamu menanggung tiga macam perkara, iaitu:
(1) Penganiayaan disebabkan kemarahannya
(2) Penganiayaan disebabkan perubahan keadaannya
(3) Penganiayaan disebabkan kesalahannya


Walau bagaimanapun sekalipun, bila seorang sahabat mengemukakan sebab-sebab keuzurannya, sama ada bohong apatah lagi kalau betul, maka hendaklah anda menerima keuzuran itu, sebab orang Mu’min yang sejati ketika dalam keadaaran marah, dia segera pula redha dengan alasan yang dikemukakan kepadanya. Dan kalau mesti marah atau benci pun, maka janganlah bersikap keterlaluan.

(6) HAK MENDOAKAN SAHABAT
nSewajarnyalah seorang sahabat mendoakan sahabatnya dengan doa yang baik-baik termasuk ahli rumahtangga serta tanggunggannya, sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya sendiri; sama ada sahabat itu masih hidup atau sudah mati.

Dalam hadith ada tertera:
“Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang dia tidak ada bersama-nya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.”
“Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak.”

(7) HAK KEUNGGULAN JANJI DAN IKHLAS.
Erti keunggulan di sini, ialah berdiri teguh atas cinta yang berterusan, hingga menemui maut, kemudian yang hidup akan meneruskan kecintaan itu terhadap anak buah si mati dan para sahabatnya. Sebab maksud cinta itu, ialah supaya berpanjangan hingga ke Hari Akhirat. Jika cintanya terputus sebelum mati, niscaya akan sia-sialah amalan dan hilanglah segala usaha.

Diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w.pernah memuliakan seorang perempuan tua, lalu para sahabat bertanya sebabnya. Jawab baginda: Perempuan tua ini selalu datang ke rumah kami di waktu hayat Siti Khadijah, dan sesungguhnya kemuliaan janji itu dari agama.

Begitu juga memelihara sekalian rakan-rakan dan sanak-keluarganya yang menggantungkan kehidupan mereka kepadanya. Mengambil berat tentang hal-ehwal mereka ini lebih berkesan dalam hati kawan itu daripada mengambil berat tentang dirinya sendiri. Ia akan melonjakkan gembira kerana ada orang yang mengambil tahu tentang kesusahan para tanggungannya.

Apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah jangan biarkan kasih sayang itu bercampur aduk dengan dengki dan hasad baik dalam perkara agama ataupun dunia. Bagaimana hatinya sampai tergamak dengki, padahal segala yang ada dalam tangannya itu, adalah untuk kawannya dan segala manfaat dan maslahat akan kembali kepada kawannya.

PENTING: Termasuk dalam arti keunggulan lagi ialah: Jangan sampai keadaannya berubah dalam perhubungan dengan sahabatnya andaikata dia mendapat pangkat, atau luas pengaruhnya, ataupun tinggi kedudukannya. Meninggikan diri ke atas rakan-rakan kerana sebab-sebab tersebut tadi adalah sifat yang tercela.

Selanjutnya hendaklah anda ketahui, bahawasanya pengertian keunggulan itu bukanlah bila anda menyetujui rakan anda menjejaki jalan batil dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama yang suci, malah hendaklah anda menentangnya serta menasihatinya kerana Allah.

Sebagai tanda kebenaran dan keikhlasan dalam persahabatan serta keunggulan dalam diri, hendaklah anda merasa berat bila hendak berpisah dengan kawan, tidak dapat ditanggung oleh diri biar apa pun sebabnya.

Kata seorang penyair:
Semua bencana zaman dapat kutanggung
Hanya berpisah dengan kekasih saja berat padahnya.

(8) HAK MERINGANKAN DAN TIDAK MEMBERATKAN
Hendaklah seseorang kawan itu tiada memberati kawannya dengan sesuatu perkara yang akan menjengkelkannya, bahkan hendaklah dia meringankan tanggungannya dengan memikul setengah dari kebutuhannya dan keperluannya,

Jangan sekali-kali ia membebankan kawan itu untuk menunaikan sebahagian dari kewajiban-kewajibannya sendiri. Malah jangan pula ia mengharap sesuatu dari kasih sayangnya terhadap kawan itu, melainkan semata-mata kerana Allah Ta’ala saja, ataupun menganggapnya sebagai semacam sumbangan terhadap agamanya, dan berlapang hati untuk menemui Allah serta mendekatkan diri kepadaNya. Atas tujuan-tujuan serupa itulah ia menunaikan hak-hak kawan dan memberikan bantuan-bantuan kepadanya.

Setengah para Solihin berkata: Sesiapa yang membebani saudaranya dengan sesuatu perkara yan tak dapat ditanggungnya, maka telah menganiayai saudara itu. Sesiapa membebani saudaranya pula dengan sesuatu yang pernah ia bebani sebelum itu, maka ia telah menyusahkannya. Dan sesiapa yang tidak pernah membebani saudaranya apa-apa pun, maka itulah orang yang paling utama dan paling unggul kepada sekalian saudaranya.

Kesimpulannya, janganlah sampai dia menyusahkan kawannya sama sekali sehingga ia merasa tiada malu dengan kawan , sebagai mana ia tiada malu dengan diri sendiri.
Berkata Ali r.a.: Seburuk-buruk kawan, ialah kawan yang sentiasa memberati kamu dengan perkara-perkara yang tak tertanggung, menyebabkan kamu bersikap serba-salah dan menyeret kamu kepada memuat berbagai alasan.


Al-Fudhail berkata: Yang menyebabkan orang ramai putus perhubungan antara satu dengan yang lain ialah taklif; iaitu memberatkan diri orang lain dengan bermacam-macam permintaan. Seseorang kawan menziarahi kawannya, lalu ia memberatkan kawan itu dengan berbagai-bagai tanggungan, akhirnya kawan itu pun memutuskan perhubungan dengannya.

Sahabat-sahabat.......jagalah, peliharalah, puliharalah dan suburkanlah persahabatan dan persaudaraan kita lebih-lebih di ketika kita memilih pucuk pimpinan dewan-dewan, kawasan-kawasan dan cawangan.
Baca Selanjutnya...