Friday, April 3, 2009

KEMENANGAN KITA.......jangan lupa ALlah.

Salam teman-teman,

Kita teruskan perjuangan, meneruskan perjuangan Nabi Muhammad saw. Kita adalah salah satu mata rantai yang menyambung perjuangan yang suci ini.

Allah menjanjikan orang2 yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa DIA akan menjadikan mereka khalifah2 yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana DIA telah menjadikan orang2 yang sebelum mereka: khalifah2 yang berkuasa; dan DIA akan menguat dan mengembangkan ugama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan DIA juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. ANNUUR=55

Kemenangan Adalah Janji Allah
Kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim. Mereka perlu mengimani masa depan yang baik dan gemilang untuk Islam. Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Ayat 55 Surah al-Nur tadi dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Kemenangan Adalah Pertolongan Allah....Dekatkan Diri dan Bermunajat Kepada ALLah.
•Persoalan pokok dan perkara penting yang membeza-kan konsep Islam terhadap kemenangan dengan konsep agama, ideology dan fahaman lain adalah unsur pertolongan Allah, Islam amat menitik-beratkan hubungkait manusia Islam dengan Tuhannya dalam perjuangan bahkan dalam setiap aspek kehidupan.

•Para pendukung perjuangan Islam sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya. Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 126 Surah Ali ‘Imran dan Surah al-Anfal: 10

Pendukung-pendukung Jamaah Islam dan perjuangan Islam hendaklah sentiasa ikhlas dalam semua tindak tanduk, beristighfar memohon keampunan, sentiasa berdoa memohon pertolongan dengan solat hajat, sentiasa membaca al-Quran serta berzikir. Adunan campur-tangan ALlah dan campur-tangan manusia kita akan beroleh kemenangan.
Jom kita lakukan amalan-amalan di atas siang dan malam, di sepanjang kita melayari bahtera perjuangan ini.
tk..

No comments:

Post a Comment