Sahabat-sahabat seperjuangan,
Perjuangan kita adalah meneruskan kerja-kerja dakwah dan siasah Nabi Muhammad saw. Dalam masa yang sama jangan lupa bahawa Baginda saw adalah contoh terbaik pemimpin Gerakan Islam dan negara.
Jadi pemimpin tak salah,
Jadi ketua tak salah,
Offer diri untuk jadi pemimpin tak salah,
Tawar diri untuk jadi ketua, YDP kawasan, ajk kawasan tak salah.
Yang salah,
Yang Nabi saw larang ialah meminta-minta jawatan, melobi nak jadi ketua dan seumpamanya. Teliti dan amatilah dengan penuh kesedaran dan keinsafan pesanan Nabi saw,
“Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta-minta jadi pemimpin/penguasa. Maka jika engkau dipilih-beri BUKAN kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan, dan jika diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. -riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Kalau ALlah tak tolong kita maka macam mana nak menang? Kita tak boleh menang kerana semata-mata kerana kekuatan fizikal(dana dan ahli/penyokong yang ramai) tanpa pertolongan ALlah. Kalau menang sekalipun tak ada makna kalau kita tidak mendapat pahala dan keredhaan ALlah. Sia-sia kerja buat dan penat lelah kita selama itu.
Sahabat-sahabat HI yang dikasihi,
Apalah sangat sebuah jawatan,
Apalah hebatnya jadi ketua kawasan,
Apalah lebihnya jadi ketua dewan,
Pemimpin dalam Islam bukan satu keistimewaan(kemuliaan-tasyrif ) yang direbut-rebutkan tetapi adalah tanggungjawab( taklif) dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.
فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
“ Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain , maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.” ( Al Baqarah 283 )
Ingat! Kita tidak selamanya hidup menongkat langit. Kita akan mati bertemu ALlah. tk..
No comments:
Post a Comment