Wednesday, April 29, 2009

AHLI-AHLI JEMAAH YANG SAKIT - peringatan daripada ALlah untuk semua

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ZIARAH PESAKIT DI HTAA
Semalam Selasa 28 April 2009, saya mengambil kesempatan menziarahi beberapa orang sahabat yang sakit. Jam 2.30 ptg saya menziarahi saudara Ramli di HTAA(Hospital Tengku Ampuan Afzan) Kuantan. Beliau seorang ahli PAS yang aktif di Taman Mahkota Jaya, Jalan Gambang. Saya difahamkan beliau menghidap penyakit di bahagian hati dan perut. Beliau kini semakin kurus, dulunya seorang yang cergas dan sihat lagi ceria. Sahabat-sahabat yang ada kesempatan ziarahilah beliau di wad 5C di HTAA.

Walaupun sakit beliau masih mampu mengukir senyuman. Lebih baik lagi masih bersemangat bercakap soal parti dan jemaah yang kita dukungi.

ANAK EXCO KERAJAAN KELANTAN
Sebelumnya di hospital yang sama saya menziarahi Wan Mohd Munzir bin Wan Abdul Azim. Wan Munzir adalah pelajar POLISAS yang terlibat dalam satu kemalangan di LPT dekat Maran pada hari Ahad lepas.

Beliau adalah anak Allahyarham Wan Abdul Azim adik kepada YB Wan Abdul Rahim. Ibunya Wan Ubaidah EXCO kerajaan Kelantan. Allahyarham Wan Abdul Azim(lebih dikenali dengan cikgu Wan Azim) adalah seorang ahli PAS yang aktif di Kuantan di sekitar tahun 86-90, selepas itu beliau berpindah ke Kelantan. Sahabat-sahabat yang ada kesempatan boleh menziarahi beliau di HTAA wad 5B.

KETUA CAWANGAN PAS
Di sebelah petang jam 6.50petang saya dan beberapa orang sahabat Taman Seriku menziarahi saudara Sa'ari di rumah beliau di taman yang sama. Sa'ari seorang sahabat dan ahli PAS yang sangat setia dengan perjuangan. Saya mengenali beliau sejak beliau tinggal di Jaya Gading. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua PAS Cawangan Taman Seri Mahkota 2007-2009.

Beliau kini terlantar sakit di rumahnya. Beliau menghidap penyakit Kencing Manis. Badannya sangat kurus tetapi semangatnya 'gemuk' terus.

SIHAT SEBELUM SAKIT
Marilah kita mengingati pesanan RasuluLlah saw,

اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.
” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu” riwayat Muslim.

Sihat adalah kurnia Allah yang amat berharga. Maka jagalah dia sebaik mungkin.
Jangan lakukan aktiviti yang merosakkan diri seperti merokok, menagih arak dan dadah.

Tanpa sihat seluruh nikmat hidup akan hilang……makanan lazat dirasakan hambar, tilam empuk dirasakan tempat penyiksaan, ibadat terganggu, wang ringgit habis ……segala-galanya terganggu.
Nikmat sihat hanya disedari setelah dia sakit.

Bersyukurlah kepada ALlah kerana anda sihat. Masa sihat ambil kesempatan untuk beribadah dan melakukan segala jenis kebaikan dan kebajikan. Teruskan kerja-kerja dakwah dan siasah. Ambik cakna dengan aktiviti-aktiviti kerja dakwah. Kita tidak tahu sampai bila kesihatan kita bertahan. tk..

1 comments:

  1. Merujuk kepada Blog Ustaz bertarikh 28/5/09.Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih,di atas keprihatinan/cakna,kepimpinan terhadap ahli-ahli di cawangan-cawangan khasnya soal kebajikan ahli-ahli. Sebenarnya melalui ruangan ini [internet] dapatlah semua ahli-ahli dapat mengetahui di mana sahabat-sahabat kita apabila tiada di program parti.

    Melalui ruangan ini jua,tak lupa diucapkan terima kasih kepada muslimat dan pemuda yang telah datang menziarahi,dan meyampaikan sumbangan kewangan dan sebagainya dengan yang demikian dapat melegakan sakit yang di hadapi

    Walau apa pun perjuangan dalam Pas tak akan pudar selagi nyawa dibadan itulah janji ahli-ahli Pas walaupun tiada ganjaran kebendaan yang dapat dirasakan di dunia ini.

    Mat_berislalang@hotmail.com.

    Terimakasih.

    ReplyDelete