Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Hari Sabtu(4/4/09)Jam 5.30pagi saya dan beberapa orang sahabat tiba di lokaliti PRK Bukit Gantang.
Jam 5.00 petang saya dibawa untuk berceramah kepada masyarakat India di Ladang Syn Lee, Air Putih. Kehadirannya 80% daripada pengundi kaum India di lokaliti itu.
Apa yang mengembirakan saya ialah mereka(kaum India) secara sukarela keluar untuk mendengar penerangan mengenai Islam. Bukan sahaja mendengar tetapi boleh menerima konsep Islam yang 'alamiyyah(international) merentasi sempadan bangsa dan agama. Begitulah juga ucapan oleh beberapa orang wakil kaum India.
Benarlah al-Quran yang menegaskan bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan untuk rahmat dan kebaikan seluruh alam termasuk manusia samada yang beragama Islam atau bukan Islam. Islam bukan hanya untuk orang Melayu sahaja. Islam juga memayungi kaum India, China dan sesiapa yang yang mahukan keadilan sejagat.
Tepat sekali apa yang dinyata oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa •ISLAM UNTUK SEMUA (ISLAM FOR ALL]
•Perjuangan yang kita bawa ini adalah untuk memakmurkan sekalian alam.
•Perjuangan Islam terus utuh dan bertahan kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan aqidah perjuangan yang jelas.
•Perjuangan Islam adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia dan untuk keadilan sejagat.
•Perjuangan yang kita bawa ini adalah untuk memakmurkan sekalian alam.
•Perjuangan Islam terus utuh dan bertahan kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan aqidah perjuangan yang jelas.
•Perjuangan Islam adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia dan untuk keadilan sejagat.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang me-nguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang meng-hidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". (al-A’raf=158)
Saya yakin masa depan Islam di Perak adalah cerah. tk..
No comments:
Post a Comment