Wednesday, April 8, 2009

P059 Bukit Gantang........berTASBIH dan berISTIGHFARlah

Salam sahabat-sahabat sekalian,

Segala kepujian buat ALLah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

ALlah mengajar NabiNYA Muhammad saw sekaligus mengajar kita umatnya bagaimana menghadapi kemenangan? melalui surah an-Nasr,

﴿إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ - وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ اللَّهِ أَفْواَجاً - فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوِابَا ﴾»
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - [110.2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - [110.3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

APABILA KITA TELAH MENANG
1. BERTASBIHlah dengan memuji ALLah - فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ
2. BERISTIGHFARlah dengan memohon ampun/bertaubat - اسْتَغْفِرْهُ

Kita hendaklah bertasbih memuji ALlah seperti yang biasa kita ungkapkan سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ (Maha Suci Engkau Wahai Tuhan dan kepujian bagi Engkau). Tasbih(Mensucikan) Mensucikan ALlah daripada segala sifat kekurangan seperti lemah, buta dan jahil. Ertinya ALlah Maha Kuat, Maha Gagah.....ALLah Yang Gagah itulah yang telah memberikan pertolongan mengalahkan musuh dan kemenangan, MAKA bertasbihlah memuji TUHANmu.

Kita hendaklah beristighfar memohon keampunan ALlah. Boleh jadi dalam kerja-kerja dakwah dan kempen kita ada melakukan kesalahan dan maksiat. Nabi Muhammad saw diajar supaya mohon keampunan untukNya dan umatnya. Maka kita mohonlah keampunan ALlah untuk diri kita dan sahabat-sahabat kita.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua sahabat yang telah memberi sumbangan tenaga dan harta dan apa saja untuk memenangkan Islam di Bukit Gantang. tk..

3 comments:

  1. Assalammualaikum ustaz.... saya seorang yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik siasah. Walau bagaimanapun saya cukup bangga dengan blog ustaz ini. Walaupun saya tahu ustaz adalah seorang pemimpin tertinggi PAS PAHANG tetapi ustaz tak seperti pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Sejak akhir-akhir ini saya nampak ustaz lebih HIKMAH dan melebarkan silaturrahim dengan setiap umat Islam. Sebaliknya setiap kali saya hadir ke ceramah-ceramah PAS tidak apa yang saya perolehi daripadanya kecuali membangkit rasa marah dan benci kepada individu tertentu. Selain itu mereka nampaknya macam sombong dengan ilmu agama mereka, memandang orang macam saya yang jahil ini seperti melihat seorang 'ahli neraka' selagi saya tidak menyatakan sokongan kepada mereka.Selain itu tidak langsung membawa ciri-ciri hikmah dan seorang pemimpin Islam. Mohon maaf ustaz mungkin itu pandangan sempit saya.Seperkara lagi saya mohon maaf kerana muatkan artikel ustaz dalam blog saya tanpa kebenaran ustaz. Jadi di kesempatan ini saya memohon restu dan keizinan ustaz...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum ustaz... Saya juga memuatkan sebahagian artikel ustaz dalam ruagan komen blog Perisik Rakyat kerana masih kutuk-mengutuk, ejek-mengejek. Jadi selepas ucap tahniah saya sertakan juga artikel ini:

    Kita hendaklah bertasbih memuji ALlah seperti yang biasa kita ungkapkan سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ (Maha Suci Engkau Wahai Tuhan dan kepujian bagi Engkau). Tasbih(Mensucikan) Mensucikan ALlah daripada segala sifat kekurangan seperti lemah, buta dan jahil. Ertinya ALlah Maha Kuat, Maha Gagah.....ALLah Yang Gagah itulah yang telah memberikan pertolongan mengalahkan musuh dan kemenangan, MAKA bertasbihlah memuji TUHANmu.

    Kita hendaklah beristighfar memohon keampunan ALlah. Boleh jadi dalam kerja-kerja dakwah dan kempen kita ada melakukan kesalahan dan maksiat. Nabi Muhammad saw diajar supaya mohon keampunan untukNya dan umatnya. Maka kita mohonlah keampunan ALlah untuk diri kita dan sahabat-sahabat kita.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustaz.

    bagaimana pendirian PAS tentang hukum pilihanraya yg berlandaskan syariat Islam?

    maaf, sy sekadar ingin tahu.
    sy ade memuatkan sedikit catatan tentang PRK bukit gantang.

    http://inas-dvenus.blog.friendster.com/

    ReplyDelete