Thursday, April 30, 2009

JAWATAN : Antara REBUTAN di dunia dan BEBANAN di akhirat.

Assalamu'alaikum wm wb,Sahabat-sahabat pimpinan jama'ah yang dikasihi,Kita hendaklah sentiasa memuhasabahkan diri agar kita sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai ALlah.Sebentar tadi(jam 2.30pm) Ustaz Tuan Ibrahim bin TUan Man menghubungi saya. Antaranya memohon agar saya memasukkan tulisannya ini dalam blog saya untuk renungan kita semua khususnya pimpinan di peringkat kawasan, negeri, pusat dan dewan-dewan.Tulisan beliau adalah seperti...
Baca Selanjutnya...

Wednesday, April 29, 2009

AHLI-AHLI JEMAAH YANG SAKIT - peringatan daripada ALlah untuk semua

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ZIARAH PESAKIT DI HTAASemalam Selasa 28 April 2009, saya mengambil kesempatan menziarahi beberapa orang sahabat yang sakit. Jam 2.30 ptg saya menziarahi saudara Ramli di HTAA(Hospital Tengku Ampuan Afzan) Kuantan. Beliau seorang ahli PAS yang aktif di Taman Mahkota Jaya, Jalan Gambang. Saya difahamkan beliau menghidap penyakit di bahagian hati dan perut. Beliau kini semakin kurus, dulunya seorang yang cergas dan sihat...
Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 28, 2009

STATUS ANAK BAWAH 18 TAHUN - komen Peguam Pembela Islam

Tuesday, 28 April, 2009 5:46 AMFrom: This sender is DomainKeys verified"Ahbak 1963" ahbak1963@gmail.comAdd sender to ContactsTo: undisclosed-recipients Keputusan Jemaah Menteri Meminggir Perlembagaan Persekutuan dan Hukum SyarakMasyarakat Islam arus perdana amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibubapanya berkahwin walaupun salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dikatakan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu...
Baca Selanjutnya...

PEMIMPIN ISLAM.....jangan riya'(MENONJOL DIRI) Siri Akhir. Fikir-fikirkanlah sebelum anda dipilih jadi ketua.

Salam sahabat-sahabat,Sebagai seorang manusia kita tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap. Oleh kerana itu ALlah yang Maha Mengetahui sentiasa memberi ruang dan peluang untuk hambaNYA bertaubat. Maka kita hendaklah sentiasa muhasabah diri dan menghisab segala amal-amal dan kerja AGAR ianya ikhlas semata-mata kerana ALlah.SEBELUM DAN SESUDAH BERAMAL1. Qana’ah قناعة iaitu merasa puas(cukup) dan yakin bahawa segala amal baktinya itu diketahui...
Baca Selanjutnya...

Monday, April 27, 2009

PEMIMPIN ISLAM.....jangan riya'(MENONJOL DIRI) Siri iii. Fikir-fikirkanlah sebelum anda dipilih jadi ketua.

Salam teman-teman, Riya' atau menunjuk-nunjuk adalah sifat mazmumah(terkeji) dan dilarang oleh agama. Yang haram itu ialah kerana menunjuk-nunjuk TETAPI kalau kerana nak menunjuk contoh baik tak salah. Apatah lagi kalau kita seorang ketua atau pemimpin hendaklah menunjukkan(bukan menunjuk-nunjuk) contoh teladan seperti menderma. RIYA’ UNTUK JADI TELADANMerahsia dan memperlihatkan amal ibadat (ikhlas) ada kebaikannya, tetapi padanya terdapat bahaya...
Baca Selanjutnya...

Sunday, April 26, 2009

ISU STATUS AGAMA ANAK BAWAH 18 tahun

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAHDAN KELUARGA1. PENDAHULUANIsu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah:a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]b- Hak penjagaan anak.c- Status perkahwinan selepas pengislaman.2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang...
Baca Selanjutnya...

PEMIMPIN ISLAM.....jangan riya'(MENONJOL DIRI)ii. Fikir-fikirkanlah sebelum anda dipilih jadi ketua.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Marilah kita menjauhi sifat riya'-menunjuk-nunjuk serta menonjol diri. 'Tawar Diri' tak apa, dalam ertikata kita menawar diri untuk menjadi ketua kerana ALLah. Supaya nanti boleh memberi khidmat kepada parti dan jamaah yang kita dukungi di atas semangat FASTABIQUL KHAIRAT - Berlumba-lumba Berbuat Kebajikan.UBAT / PENAWAR PENYAKIT RIYA’Terdapat dua cara iaitu:a- Mencabut akar umbinya dan asal pangkalnya yang mana dari situlah riya’ itubercabang.b- Menolak dengan serta merta apa yang terlintas di dalam hati dari penyakit riya’.a- Mencabut Akar UmbinyaAsal-usulnya ialah kerana mencintai pangkat kedudukan iaitu:1-...
Baca Selanjutnya...

Saturday, April 25, 2009

PEMIMPIN ISLAM.....jangan riya'(MENONJOL DIRI) i. Fikir-fikirkanlah sebelum anda dipilih jadi ketua.

Salam ahli-ahli perjuangan Islam.Antara sifat Mazmumah(terkeji) yang dipandang jijik dan hina ialah RIYA'-Menunjuk-nunjuk. Jauhilah ia. Sia-sia sahaja kita beramal dan bekerja untuk Islam tanpa keikhlasan. Apa guna berjuang abis masa, abis pitih(duit).....pahala tak dapat, redha ALlah tak diperolehi,,,,,dosa pulak yang dapat, NERAKA menanti. Apa perlunya anda menonjol diri dan menunjuk-nunjuk supaya dipilih menjadi pemimpin atau ketua. Kalau anda sememangnya layak, baik, bagus, berakhlak, berintegriti dan hebat.....tentu ahli-ahli dan orang ramai memilih anda sebagai ketua. Kalau dapat jadi ketua pun tak ada faedah kerana ALlah tak bantu orang...
Baca Selanjutnya...

Friday, April 24, 2009

PEMIMPIN ISLAM.....jangan bawa API PANAHAN SETAN. Fikir-fikirkanlah sebelum dipilih jadi ketua.

Salam muslimin dan muslimah,Moga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-kasihsayang dan 'inayah daripada ALlah. Moga kita sentiasa terpelihara daripada sifat-sifat mazmumah yang terkeji seperti takabbur, gila kedudukan, gila dunia dan hasad dengki.Tersentak hati kecil saya bila membaca tulisan Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz(Tuan Guru Menteri Besar Kelantan) dalam blognya ....http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/. Baca, fahami, sedar dan kembali merujuk kepada ALlah.Pada saya, seorang mukmin apatah lagi seorang pejuang Islam, lebih-lebih lagi seorang pemimpin dalam Gerakan Islam JANGAN SEKALI-KALI...
Baca Selanjutnya...

Thursday, April 23, 2009

MAZMUMAH> Hubb al-Jah(Gila Kedudukan) = JANGAN CARI SALAH ORANG....checklah hati kita

Salam sahabat-sahabat.Anak muda Ustaz Zulhilmi at Takiri menyebut dalam blognya Bekerja Untuk Islam, "Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah." katanya.Fenomena seumpama ini cukup merisaukan saya(uye). Kita berkerja dan berjuang untuk Islam kerana Allah....
Baca Selanjutnya...

Wednesday, April 22, 2009

10 SIFAT MAHMUDAH(TERPUJI) lawan 10 SIFAT MAZMUMAH(TERKEJI).......cuba check hati kita

Salam teman-teman,Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma. Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah. Tempatnya HatiMahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,ألا...
Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 21, 2009

HAK PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN .....adakah kita telah laksanakannya SIRI TERAKHIR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan,Sesungguhnya bukan sahaja dalam ibadat ada dosa pahala, bahkan dalam persahabatan dan persaudaraan juga ada dosa pahala. Sebagaimana kita wajib jaga ibadat solat maka begitulah juga kita wajib jaga persaudaraan dan persahabatan. Jagalah hati supaya tidak buruk sangka. Jagalah lidah supaya tidak mengumpat, menghina dan memfitnah sahabat dan saudara seIslam kita. Sentiasalah memelihara dan memulihara persahabatan/persaudaraan kita.(5) HAK MEMAAFKAN KESALAHAN DAN KETELANJURAN Keterlanjuran kawan/sahabat di dalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat....
Baca Selanjutnya...