Friday, February 19, 2010

XPDC DAKWAH UYE DI SABAH - Hari Pertama

Salam sahabat-sahabat,

Ketika ini saya berada di LCCT untuk menaiki Air Asia ke Kota Kinabalu. Saya tiba di sini sekitar jam 8.20 pagi menaiki bas di KL Sentral, tambangnya rm9. Tiba di sini ambil sarapan dulu, mahal juga makanannya.......mee hon + telur mata kerbau + air mineral rm9.70sen. Air Mineral sahaja dah berharga rm3.50, bapak mahalnya.

Malam tadi saya dari Markas Air Merah Mersing ada kuliah haraki. Sekitar jam 8.50pm kuliah ditamatkan. Saya bergegas bertolak ke Kuantan(200km) dengan kereta AER kerana jam 1 pagi akan menaiki bas ke Kuala Lumpur. Syukur, sekitar jam 4.20pagi sampai di depan masjid ar-rahimah Gombak. Terima kasih banyak-banyak kepada akhi Rashidi Texas yang mengambil saya dan menghantar ke hotel Surau al-Amin Setapak Indah. Di surau inilah saya menunaikan solat Subuh berjamaah berimamkan saudara Sobri.

Okeylah nanti sambung lagi cerita ini.....nak kena boarding dulu. tk

Baru jap landing di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 12.45. Nie tengah tunggu sahabat, siapa yang ditugaskan mengambil saya, entahlah. Biasanya ustaz Zulhazmi.

Jam sekarang menunjukkan pukul 11.16pm. Saya sekarang berada di Beaufort, lebih kurang 100km daripada Kota Kinabalu. Untuk ke sini kena melalui pekan putatan, kinarut, papar, tepi laluan ke menumbuk.

Saya bertolak dari Kota Kinabalu bersama Ustaz Zulhazmi dan Ustaz Mohdmenaiki sebuah van jam 4.30 petang. Kami tiba di Beaufort kul 6pm. Kemudian terus ke masjid daerah Beaufort menunai solat Maghrib dan menyampaikan Kuliah Maghrib.

Selepas solat Isyak kami berkumpul di Pasti Baitul Hikmah. Pasti yang diasaskan pada tahun 2007. Pada mulanya hanya 8 orang, kemudian meningkat kepada 18 murid pada tahun 2009. Pada tahun ini jumlah pelajar PASTI adalah 28 orang. Manakala yang belajar al-Quran seramai 60 orang. Ini semua menandakan penerimaan masyarakat Beaufort kepada Islam. Sekalung tahniah buat Ustaz Ghazali, Ustaz Zamri dan sahabat-sahabat lain.

Malam ini kami bertiga tidur di Pasti Baitul Hikmah, besok Sabtu akan ke Menumbok untuk menaiki bot ke Labuan. terima kasih

1 comments:

  1. Salam. Ayah ada kat Beaufort tu, kul 11.16am (pagi) ke 11.16pm (malam)??? macam silap tulis je tu...

    ~MEMBURU CINTA HAQIQI~

    ReplyDelete