Monday, February 22, 2010

XPDC DAKWAH UYE DI SABAH - Hari Kedua dan Ketiga

Salam sahabat-sahabat,

Hari Kedua : Sabtu 20 Feb 2010.
Pada jam 7 pagi kami berlepas dari Beaufort ke Menumbok untuk menaiki bot laju ke Labuan.
Kami bertiga(Ustaz Mohd, Ustaz Zulhazmi dan uye) menaiki bot sekitar jam 8.30. Perjalanan ke Labuan mengambil masa 30 minit, tambang rm15 seorang.

Pada waktu petang ada pertemuan dengan kawasan. malamnya ada Kuliah Maghrib di masjid Layangan, dan besoknya Kuliah Subuh di masjid kerupang. Kami bertiga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan kawasan. Mereka memberi layanan yang sangat baik. Terima kasih kepada Haji Hasbullah, Haji Amir, Haji Basran, Haji Matusin dan Haji Adnan dan lain-lain yang tidak tersebut namanya di sini.

Hari Ketiga : Ahad 21 Feb 2010
Pagi Ahad kami berlepas ke Menumbok meninggalkan pulau Labuan. Jam 10.45pagi bot yang kami naiki berlabuh di Menumbok. Kami bergegas menuju ke Papar kerana ada pertemuan.

Di Papar adalah tempat subur untuk Islam. Sambutan untuk PASTI sangat baik, di sini ada dua buah PASTI. Tahniah kepada ustaz-ustaz dan cikgu yang menggerakannya.

Jam 2.30 kami singgah di SMK Tun Datu Mustafa untuk slot motivasi bersama pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima. Sebuah sekolah agama seperti SMKA Tengku Ampuan Afzan Jerantut. Tahun lepas ada pelajar yang mendapat 9A dalam PMR, 8A dan sewterusnya. Kita hendaklah sentiasa memberi semangat, motivasi dan galakan kepada anak-anak Islam di bumi Sabah. Merekalah pemimpin Islam masa depan di bumi Sabah.

Dalam perjalan pulang ke Kota Kinabalu, kami singgah menjengok PASTI di Lok Kawi, alhamdulillah ianya dalam proses pembesaran. Terima kasih kepada ustaz Din dan kawan-kawan.

Sebelah malam, saya menyampaikan Kuliah Maghrib di surau Taman Austral dan kemudiannya sesi slot motivasi untuk guru-guru Pasti.

Hari Keempat : Isnin 22 Feb 2010.........di KOTA MARUDU .........bersambung

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment