Thursday, July 9, 2009

SABAR MENGHADAPI UJIAN.........mudah sebut tetapi tak mudah buat

Salam sahabat-sahabat,

Sabar adalah salah satu sifat terpuji(mahmudah).
Sebut sabar mudah, tetapi nak praktik sabar tak mudah lebih-lebih lagi bila berdepan dengan keadaan sebenar.

Suka tak suka kita kena bersabar dan terus sabar dan banyak-banyak sabar. Sabar mesti ada dalam diri kita, sabar dah jadi sebahagian kehidupan dalam mengharungi kehidupan yang penuh warna warni.

Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.

Bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

Firman Allah,
maksudnya: "demi sesungguhnya Kami mennguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.

Firman Allah, maksudnya:
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." Surah Al-Ankabut:ayat 2-3
-bersambung

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum,

    Ziarah untuk berkenalan,

    Sila ke blog saya di almankaraqi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. slm.. Benar tu sabar mmg mudah nak ucap tp bg mereka yg di uji dgn sesuatu ujian amat berat rasanya...lebih2 lagi kesabaran dlm perjuangan ini..
    Kita mampu berdepan dgn UMNO/BN/Polis @ musuh islam...tapiiiii pabila ujian dtg dari dalam..hanya Allah SWT je tau...& tempat kita mengadu...

    ReplyDelete