Monday, July 27, 2009

KELUARGA BAHAGIA - PERMATA UNTUK ISTERI(durduney) - Siri 1

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat,

Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat, bahagia, ceria bersama-sama isteri dan anak-anak SERTA sentiasa dalam rahmat-kasihsayang Allah.

Lagu ini selalu aku ungkapkan kepada isteri ku yang disayangi, Durduney. Antara lirik yang sangat aku suka dan menghayatinya bersamanya ialah " kerana kau isteri, ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan , yang kita janjikan, kerana kau isteriku".

Sudah 25 tahun lebih aku mendirikan rumahtangga bersamanya Durduney. Dengannya ALlah telah mengurniakan aku 11 orang anak, 5 lelaki dan 6 perempuan.

Aku dan Durduney mengharungi gelombang kehidupan samada susah senang bersama-sama. Pada aku, Durduney adalah seorang isteri yang soleh, ibu mithali dan sri kandi pejuang Islam yang gigih. Seorang yang banyak berkorban, berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bahkan berkorban perasaan demi membina sebuah bahtera rumahtangga muslim-mukmin. Sebuah rumahtangga yang mencari keredhaan Allah.

Bagi ku Durduney isteriku adalah ibarat Khadijah kepada RasuluLlah saw.

Semoga Allah menganjari isteriku Durduney dengan ganjaran yang sebaik-baiknya di akhirat nanti, diampuni dosa-dosanya dan dimasukkannya ke dalam syurga Firdaus. Dan aku juga serta anak-anak dan cucu-cucu mendiami syurga Firdaus. Aamien ya Rabb!

9 comments:

  1. ustaz memang seorang pejuang islam...teruskan usaha

    ReplyDelete
  2. Wah, terharunyee kite, ayah...doakan kite jadi isteri yang baik n solehah macam mak jugak yer, ayah..

    ReplyDelete
  3. Tahniah...kpd Ust Yusof..dengar ceta dh ade "Cawanagan BARU" di Mersing..semoga berbahgia..

    ReplyDelete
  4. Salam ustaz...
    Amboi jiwangnya posting terakhir ni... sejak bila pandai berjiwang ni.
    Selamat pengantin baru. Sekarang dah ada is-one dan Is-two. Bila pulak nak ada is-three

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya dia adalah yang terbaik bagi dirimu...tahniah kerana mendapat seorang isteri yang sentiasa bersama dalam susah dan senang...

    ReplyDelete
  6. Congratulations 4 da happy BAITUL MUSLIM..!
    I'm proud to be 1 of them..(^_^)

    ~MEMBURU CINTA HAQIQI~

    ReplyDelete
  7. salam. atas apa jua alasan HANYA lelaki yang beriman dan soleh sahaja yang layak berpoligami. tk

    ReplyDelete
  8. "Jangan impikan isteri seperti Saidatina Fatimah jika peribadi tidak seperti Saidina Ali.."

    ReplyDelete
  9. "Sesungguhnya kenikmatan dunia ini adalah untuk orang2 yang beriman"

    ReplyDelete