Saturday, July 4, 2009

عُدَّةُ الدَّاعِي BEKALAN PENDAKWAH bila berada di jalan dakwah.

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat,

Tidak sedikit dari kalangan kita yang telah gugur di jalan dakwah. Kalau dulu semasa di kampus aktif menjalankan kerja-kerja dakwah tetapi kini lesu bahkan terkadang meninggalkan terus jalan dakwah. Untuk itu sangat perlu kepada da'ie atau pendakwah atau pejuang Islam mempunyai bekalan. Bekalan bagi memastikan dia terus kekal-istiqamah di jalan dakwah.

Kenapa perlu bekalan?
i- Dakwah adalah tugas asal para Rasul yang berat. Rasul-rasul maksum dan memiliki mukjizat. Adapun kita manusia biasa tidak terpelihara daripada melakukan maksiat serta tiada mukjizat.

ii- Jalan Dakwah penuh dengan ujian dan cabaran yang panjang. Sememangnya jalan Islam ini tidak ditaburi oleh bunga-bungaan dan dibentangi dengan permaidani merah. Jalannnya jauh dan berliku-liku.

iii- Supaya terus istiqamah dalam melayari bahtera perjuangan.
iv- Syarat berjaya dalam dakwah.

Antara bekalan-bekalan yang mesti ada:
Kefahaman Yang Mendalam الفهم الدقيق
Keimanan Yang Kuat الإيمان العميق
Hubungan dan Pergantungan Yang Jitu Dengan ALLAH.الاتصال الوثيق

.......bersambung

1 comments:

  1. tahniah ustaz....semoga ank ustaz syababullah yg berada di uia mnjadi sperti ustaz...

    ReplyDelete