Wednesday, October 10, 2012

Tuan Ibrahim: Kenyataan Nasha bukan perkara pelik



Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa semalam, yang mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, bukan sesuatu yang pelik, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

"Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita," kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.

Sehubungan itu tegas beliau, untuk memerintah, kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya akan memberi jalan untuk melaksanakan dasar perjuangan Pas.

"Bagi pendapat saya, kuasa yang ada akan memberi kita jalan untuk memerintah," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Justeru, beliau turut tidak menafikan berbeza pendapat dengan orang lain juga sebagai perkara biasa.

"Saya memberikan contoh, dasar Pas tidak pernah berganjak, berbeza pendapat dengan parti lain akan terjadi," tambah beliau.

Namun beliau turut mengingatkan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pelbagai pihak akan cuba untuk memperlihatkan Pas tidak sehaluan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

"Dalam situasi kita untuk menempuh PRU13, kita akan mempertahankan kenyataan PR untuk tidak memberikan senjata kepada musuh dan tidak sesekali menghunus senjata terhadap kawan kita sendiri," ujar beliau lagi.

Tuan Ibrahim yang juga ahli Majlis Syura mengulas kenyataan Nasharudin semalam, dalam menghadapi PRU13, mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Nasharudin juga ahli Majlis Syura Pas.

Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Nasharudin berkata, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Terdahulu,  Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Nasharudin sebagai "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

8 comments:

  1. Kalau dah tak suka perjuagan PAS, belah la. Ya kuasa itu perlu untok perubahan.Yang mana yang baik dgn PAS dan perjuagannya boleh diterima kerana mereka baik dgn PAS walaupun tidak bermusuh. Ni yang dah bermusuh dgn PAs sekian lama ini apa hal pula nak berbaik baik. Masok PAS lah semuanya. tunggu apa lagi. Islam ditegakkan sedikit demi sedikit begitu juga Nabi terima wahyu dari masa kesemasa. bukan dlm satu hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau pun Islam ditegakkan sikit demi sedikit. muhasabah lah diri tu selalu. jgn asyik dok berceramah sana sini tapi kelemahan sendiri buat2 tak nampak. bila kena tegur sikit suruh belah. tapi pandai pula bila nak tegur umno itu dan ini. ada ahli sendiri pun seolah2 dibiarkan berjuang sendirian dlm menuntut kebenaran. buat kajian sikit dan bagi jawapan isu ini

      1. Dimanakah Negara Islam ????

      http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs&feature=related

      2. ... PENIPU
      http://www.youtube.com/watch?v=ERfUNy_tNOg

      kalau anda betul2 perjuangkan ISLAM, dimana ANDA bagi ISU ini

      Delete
    2. ni pula bukti PAS pun sokong kekalkan perlembagaan Jahiliah

      http://www.youtube.com/watch?v=b6bk8z5O9YM&feature=related

      Delete
  2. nak berduyun2 masuk pas cam na. yg dah masuk pas pun boleh keluar pula. baru tau isi perut pas yang sebenar. baru tau pas perjuangkan apa. yg dah mati kerana amanat pimpinan pas pun ada. sejarah tak pernah menipu. yg salah urus kutipan utk orang mati atas nama jihad pun ada. Allah s.w.t Maha Kuasa menghina PAS secara tidak sedar. Muhasabah lah diri jangan asyik menuding jari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulama2 bisu pun dah makin ramai dalam PAS. yang selalu bercakap sorang saja. tu pun ulama yg sanggup terima pertolongan syaitan untuk mencapai cita2 PAS.

      http://www.youtube.com/watch?v=_x3z1f0VwI0

      Delete
  3. ahli2 pas dilatih untuk banyak menyalahkan orang lain dari melihat kelemahan dan kesilapan jemaah. tak percaya cuba hadir majlis ilmu yg dikendalikan oleh ustaz2 pas. balik2 hal najib, rosmah, umno taknak hudud/zalim dll. janji boleh memikat jamaah yg hadir dan jadi ustaz popular. mencari kelemahan dan membaiki kelemahan jamaah dibuat2 tak nampak. takut kalau ditegur nanti tak dijemput lagi oleh ajk masjid/surau atau dikatakan ustaz ni ustaz UMNO. aku bercakap melalui pengalaman. kau orang tak dipaksa untuk menerima.

    ReplyDelete
  4. Salam, Tahniah dan syabas untuk pimpinan dan pengikut pas. Tiada perjuangan jika tidak diuji (sunahtullah). Bagi mengendalikan sebuah parti yg besar dan menghadapi kuasa besar pemerintah, akan ada kelemahan. Maka menjadi tugas pencinta2 islam untuk bantu membantu mengukuhkannya. Jangan tanya apa parti buat utk saya tetapi tanyalah apa saya lakukan untuk menguatkan parti. Jgn jadi org kuat pas tapi jadikanlah pas kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah kalau sedar macam tu. masalahnya tak pula dlm pas yg mengakui adanya kelemahan yg perlu juga dibaiki jemaah dari masa ke semasa. cuba bawa2 bersembang2 dgn ahli2 bawahan. majoritinya kaki menuding jari pada orang lain. kalau pas boleh perintah pun bukan boleh menguasai pakatan kerana sekarang pun pas dipergunakan oleh DAP dan PKR. bagus juga lah Dr Haron Din pun mula sedar arah perjuangan PAS supaya berhati2.


      Delete