Monday, October 1, 2012

Ulamak Pelapis : HEP Johor Mesir Perlu Henti Ganggu Pelajar



E-mail
CetakPDF
Tindakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor Mesir mengganggu dan menyusahkan para pelajar baru adalah sangat dikesali. Mengikut maklumat, terdapat pegawai HEP Johor Mesir dengan dibantu oleh seorang pegawai Atase Pendidikan Education Malaysia Egypt dan seorang penyelia rumah Johor Mesir telah menubuhkan Sekretariat Sambutan Pelajar Baru Johor bagi mengatur aktiviti untuk para pelajar baru ini. Tujuan penubuhannya adalah kononnya untuk menyekat para pelajar terjebak dengan kegiatan politik pembangkang. Sebelum ini urusan sambutan pelajar baru diuruskan oleh Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM)  yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir. BKPJM adalah persatuan yang sejak sekian lama menaungi dan menjaga kebajikan pelajar Johor di Mesir. Antara keluhan para pelajar yang diterima ialah:
1. Mereka seolah-olah dikurung untuk mengikuti taklimat-taklimat bersifat kenegaraan sedangkan mereka sudah mengikuti kursus BTN selama 5 hari di KBN Gunung Pulai.
2. Tidak dapat membuat persediaan yang baik untuk menghadapi peperiksaan kelayakan belajar (imtihan Qabul) yang bakal diduduki kerana terpaksa mengikut taklimat-taklimat tersebut.
3. Tidak dibenarkan berjumpa dengan senior walaupun hanya untuk menyerahkan barang kiriman daripada keluarga di kampung yang terdiri daripada duit, barang makanan termasuh jenis basah dan mudah rosak, pakaian, dokumen dan sebagainya.
4. Kesukaran untuk menghubungi keluarga di kampung kerana tidak dapat membeli simkad Mesir. Mereka tidak diberikan ruang untuk membelinya sendiri.
Justeru, Ulamak Pelapis Pusat menyeru agar HEP Johor Mesir bertindak secara bijak dan bukannya menyusahkan para pelajar kerana takutkan bayang-bayang sendiri. Umum mengetahui bahawa para pelajar di Mesir dapat hidup dengan aman dan belajar dengan selesa sebelum ini. Tidak ada kelab politik di Mesir kecuali Kelab UMNO yang sentiasa melanggar arahan kerajaan agar pelajar tidak berpolitik. HEP Johor dan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir sepatutnya mengambil tindakan terhadap kelab ini dan bukannya menjadikan para pelajar baru sebagai mangsa.
Haji Khairul Mutanazar bin Ismail
Pengerusi
Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment