KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.
Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.
Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh.
"Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
"Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya.
Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain.
Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen
Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka.
Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR.
Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain.
tapi bila kena batang hidung sendiri boleh buat diam2 tak nampak
ReplyDeleteZul Nordin: Isteri Ibrahim Libya, Merempat Mana Tabung Memali?
http://www.youtube.com/watch?v=Lb0mNrNX2VI&feature=related
ni nak jawab di Padang Masyar mcm mana kes ni ?
Salam,
ReplyDeleteKita pernah ke mengendalikan tabung derma spt tabung anak yatim, tabung maahad tahfiz dsbgnya.Amat sukar untuk mendapatkan derma yg tetap.So saya beranggapan manusia yang mempertikaikannya pun tak pernah menderma utk tabung memali.tahu2 nak cari publisiti murah seolah2 mempertahankan tabung ini. jawablah di padang mashyar.
silap tu "mempertikaikan tabung". tujuannya supaya PAS lebih berhati2 nmengendalikan Tabung2 begini. kalau tidak tak kan ada yg merungut seperti ini. kalau betul rungutan ini siapa yg akan Jawab di Padang Masyar.
DeleteCIKGU NON DEDAH PENYELEWENGAN WANG MEMALI (bekas wartawan Harakah dan bekas driver FN)
http://www.youtube.com/watch?v=4RX-f4hOtW8&feature=related
kalau salah dan ini fitnah Cik gu Non akan jawab di Padang Masyar.
tolong AnonymousOctober 13, 2012 1:46 PM jawab sebelum disoal di Padang Masyar.
salam,
ReplyDeleteana dah cuba pergi address youtube tu tp tak match.