MAHKAMAH di Shah Alam hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen BN Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pegawai khasnya.
Ini bermakna hukuman penjara selama 6 tahun serta denda sebanyak RM400,000 yang dijatuhkan ke atas beliau dan pembantunya pada 1 Mac lalu kekal.
Ahli Parlimen Barisan Nasional itu sebelum ini disahkan bersalah oleh mahkamah atas kesalahan membuat 8 tuntutan palsu sebanyak RM80,000 empat tahun lepas. Program tak buat tapi mohon duit "claim".
Hakim juga menolak rayuan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara. Ini bermakna bermula malam ini, dia akan tidur di penjara bersama pegawai khasnya.
Difahamkan Ahli Parlimen BN itu melakukan aktiviti mencuri wang rakyat ketika bertugas sebagai Adun Sungai Tawar manakala pembantunya pula turut bersubahat.
Hakim mendapati wang yang diterima tidak digunakan untuk program-program seperti dalam tuntutan, sebaliknya untuk kegunaan sendiri.
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/ahli-parlimen-bn-sabak-bernam-dipenjara.html#ixzz28ynd9K1g
No comments:
Post a Comment