Wednesday, December 28, 2011

SEMBANG RAKYAT HINA HUKUM HUDUD DAN GUGAT AQIDAH UMAT ISLAM

YOU TUBE SEMBANG RAKYAT HINA HUKUM HUDUD DAN GUGAT AQIDAH UMAT ISLAM


Kenyataan Media Bersama

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ,TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)


23hb Disember 2011


YOUTUBE SEMBANG RAKYAT SIAR VIDEO HINA HUKUM HUDUD – MENGGUGAT AQIDAH UMAT ISLAM

Penyiaran video dalam YouTube dengan mengguna nama Sembang Rakyat oleh seorang yang menggelarnya dirinya kawasaki9722 secara jelas telah mempermain-mainkan hukum hudud dengan cara yang sangat biadap.

Melalui cara lakonan bersifat kononnya sembang biasa di warong kedai kopi antara beberapa orang pelakon upahan terdiri dari beberapa kaum utama di negara ini iaitu Melayu , Cina , India dan Sikh skrip yang merendah-rendahkan hukum hudud jelas dipaparkan secara paling angkuh dan jijik.

Dengan memuatkan sketsa berjudul seperti “Musim Hudud” dan “Lagi Hudud Pas” , lakonon dan skrip dengan terang-terangan memomokkan hukum hudud dengan berselindung disebalik mencerca pemimpin Pakatan Rakyat.

Walaupun mereka mungkin merasa hak mereka untuk bebas mencerca pemimpin dan ulama, namun nampaknya skrip dan pelakon serta pengarah sketsa tersebut jelas memasukkan hujah yang melewati batas-batas keimanan seseorang Islam terhadap hukum Allah S.W.T.

Kami kesal betapa penerbit sketsa ini sanggup menggunakan politik murahan dan politik jijik dengan menghina dan menfitnah tanpa bukti yang kukuh lalu cuba mempengaruhi orang awam untuk menghukum orang lain tanpa mengambilkira semada apa yang ditulis dalam skrip sketsa itu itu adalah suatu kebenaran atau kepalsuan.

Dengan sangat biadap pelakon orang tua yang memberi komen mengenai hudud dan disambut oleh beberapa pelakon muda Melayu dengan berani dan tanpa ilmu merendah-rendahkan hudud dihadapan orang Cina , India dan Sikh ( nampak pelakon bukan seorang dari kaum Sikh tetapi dilakon oleh kaum lain dengan memakai serban kaum Sikh dan cuba bercakap dengan intonasi gaya percakapan orang Sikh) yang bukan Islam.

Bagi kami ini adalah kebiadapan terhadap hukum Allah S.W.T akibat kejahilan yang sangat mendalam tetapi yang melampau dan menghina , yang tidak boleh diterima samasekali. Malah ia dengan sengaja mencabar ilmu Alah terhadap keadilan yang Allah tetapkan melalui syariatNya.

Kami mendesak supaya pihak yang berkuasa iaitu Jabatan Agama Islam Negeri , Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia serta JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berdiam diri dengan segera menyiasat dan bertindak tegas ke atas pihak yang terlibat dalam perbuatan menghina hukum Islam seperti yang dipapar dalam sketsa tersebut.

Ini adalah kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam dan boleh mencetus kemarahan dan ketegangan antara agama. Walaupun niat penyiaran sketsa ini lebih bersifat politik untuk menyerang parti pembangkang dan pemimpin-pemimpinnya, akan tetapi dengan terang-terangan mempersoal dan merendah-rendah serta mencemoh hukum agama Islam jelas adalah suatu pelanggaran enakmen Agama Islam dikebanyakan negeri-negeri di Malaysia.

Malah tidak boleh dinafikan bahawa kami berpendapat dengan skrip dan cara berhujah untuk menolak hudud dalam sketsa tersebut, boleh melibatkan tergugatnya Aqidah mereka yang terlibat.

Melihat kepada skrip dalam perbualan serta gaya lakonan sketsa tersebut kami dengan ini yakin isu ini ada kaitannya dengan aqidah orang Islam dan perlu ditegah serta merta.

Kami juga berpendirian penyiaran sketsa tersebut boleh menghina maruah agama Islam bila pelakon mengikut skrip lakonan dihadapan orang bukan Islam untuk menghina hukum Allah S.W.T . Mereka terang-terangan menghina hukum agama Islam yang dilakukan dalam pergaulan dengan orang bukan Islam dalam lakonan tersebut.

Kami dengan ini mendesak supaya pihak berkuasa agama dan juga agensi penguatkuasa yang lain memantau dan bertindak ke atas pihak yang melakukan pelanggaran ke atas enakmen Islam di Negara ini. Dengan membiarkan media seperti ini menghina dan merendah-rendah hukum syariat , akan menjejaskan imej Islam dikacamata orang bukan Islam dan menjujur orang Islam kepada kekeliruan dan kerosakkan Aqidah..

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiusaha Agong MAPIM/Presiden TERAS/Pengerusi HIMPUN

Tel 019 4744856

Datin Hjjh Aminah Hj Zakaria

YDP SALIMAH

Tel 019 2640989

1 comments:

  1. Mereka ini harus diperangi sepert Salman Rushdie penulis 'The Satanic Verses'.

    ReplyDelete