Wednesday, December 21, 2011

Kelantan miliki RM65.5 bilion rizab gas asli

KOTA BHARU: Negeri Kelantan memiliki kira-kira 20 tcf (trillion cubic feet) rizab gas asli di dalam dasar lautnya di luar Pantai Senok yang dianggarkan bernilai RM65.5 bilion.

Sekiranya sumber bahan galian mentah gas asli ini dapat dimaju dan diniaga-kan di pasaran gas asli antarabangsa, sudah tentu ia akan membawa hasil lumayan kepada kerajaan negeri dan rakyat Kelantan untuk menikmati bayaran royaltinya.



Demikian diterangkan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Wan Zulkifle Wan Yusoff, di seminar Pelan Pembangunan Strategik Negeri Kelantan Tahun 2000-2010 di Kota Darul Naim di sini kelmarin.

"Ini hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, dan bukan hak negeri-negeri lain, kerana ia dijumpai di luar pesisiran pantai Kelantan," tegas beliau.

Katanya, sehingga kini jumlah rizab gas asli yang terbukti berada di luar pantai Kelantan adalah berjumlah 13 tcf, manakala jumlah rizab yang dijangkakan melebihi 20 tcf. "Penemuan penting gas asli ini tertumpu di sempadan Malaysia-Thailand, yang juga disebut sebagai Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thai."

Menurut beliau, sebagai langkah awal, sebuah perbadanan bersama bagi mengekspolitasi sumber lumayan itu telah ditubuh-kan yang diamanahkan kepada Petronas bagi pihak kerajaan pusat Malaysia dan pihak berkuasa industri petroleum Thailand.

"Bersifat proaktif dalam penyertaan pembangunan sumber gas asli ini, Kerajaan Kelantan telah secara agresif membentuk Keloil (Kelantan oil) Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah PKINK mulai 1992 untuk menerajui dan memajukan industri minyak dan gas asli, bagi memastikan sumber bumi Kelantan dapat dida-ratkan di Kelantan, serta menyiapkan diri untuk penglibatan secara komersil dalam industri petrokimia," katanya.

Wan Zulkifle berkata, Keloil menekankan tiga aspek penting iaitu memastikan sumber petroleum dan gas di luar pantai Kelantan didaratkan di kawasan industri minyak dan gas di Kelantan; mewu-judkan projek pembe-nihan berasaskan gas petroleum cecair dan produk petro-leum lain untuk pasaran tempatan dan luaran; serta menerokai dan memajukan industri minyak dan gas dan aktiviti yang berkaitan dengannya di Pantai Senok.

Objektif tersebut, katanya, didasarkan kepada faktor kuat kenapa Kelantan boleh menjadi pusat petroleum dan petrokimia masa depan kerana terdapat sumber petroleum dan gas asli yang banyak di luar pantainya; terdapat pelbagai bahan asas petrokimia dari projek petrokimia huluan di Utara dan Selatan Kota Bharu; kedudukan Kota Bharu yang strategik untuk pasaran serantau iaitu Malaysia, Thailand dan Indo-china; dan terdapat tapak yang sesuai untuk diwujud-kan industri petroleum dan petrokimia di Kelantan.

Bagaimanapun sumber petroleum dan gas di seluruh negeri Malaysia adalah hak milik negara yang diamanahkan kepada Petronas untuk memba-ngunkannya mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kerajaan Kelantan atau PKINK tidak boleh sepan-dai-pandainya mencarigali dan mengeluarkan sumber kekayaan tersebut, walau-pun di luar pantai sendiri. Meskipun begitu, faedah yang boleh dinikmati oleh rakyat Kelantan adalah cerah. Sekurang-kurangnya pengalaman carigali dan pengeluaran bahan mentah petroleum dan gas asli di Terengganu boleh dijadikan ikutan atau tauladan," kata-nya dengan penuh harapan.

Menurut beliau, selepas mengadakan kajian 'feasibility' oleh sebuah syarikat terkenal petrokimia dari Jerman, Dorsch Consult, yang menelan belanja RM1.6 juta, satu pelan induk telah disediakan.

"Kajian yang dikendali-kan ini telah mengenal pasti pelbagai kemungkinan konkrit bagi mempergiatkan pembangunan berasaskan petroleum di Kelantan, iaitu di satu kawasan seluas lima ribu ekar di Pantai Senok yang dinamakan sebagai 'Pantai Senok Integrated Petroleum Complex'.

"Sehubungan itu, Keloil Sdn. Bhd. telah merancang untuk membangunkan Pantai Senok dalam tiga fasa untuk tempoh 10 tahun dari sekarang, hingga ke tahun 2010. Di sini jelas Kerajaan Negeri telah membuat pengenalpastian pemba-ngunan berasaskan petro-kimia jauh ke hadapan. Tiada timbul soal tiada perancangan," tegasnya.

Menurutnya lagi, tumpuan di Fasa 1 adalah kepada projek-projek LPG Bersepadu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta. "Malah sejak dari Ogos 1994 lagi, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan dasar yang cukup proaktif dengan membuka ruang seluas-luas. Ini termasuklah projek-projek pembenihan seperti terlaksananya pusat edaran LPG pada Mac 1996, pembinaan kilang LPG selinder pada Ogos 1998 dan kilang Keloil-PTT Bottling pada November 1998.

"Melalui projek-projek pembenihan ini, Keloil telah diakui sebagai salah satu dari tujuh syarikat utama pembekal LPG di Malaysia."

Manakala Fasa 2 (1998-2003) menumpukan perha-tian kepada memajukan projek-projek hiliran yang boleh diintegrasikan dengan projek petrokimia huluan berikutan dengan pen-daratan gas asli.

Katanya, ini termasuklah penyediaan dan pembinaan kemudahan marin (pelabuhan), depot petroleum, pusat bekalan dan projek-projek petrokimia yang tidak berasaskan gas yang akan memakan masa selama lima tahun dan melibatkan perbelanjaan RM2 bilion.

Beliau berkata, Fasa 2 akan menjadi penyemarak bagi pelbagai proses pertumbuhan, pembangu-nan projek petrokimia yang berkaitan, membuka lebih peluang pekerjaan pada anak negeri, dan menim-bulkan kesan pergandaan kepada banyak sektor perekonomian.

"Ini antara lainnya seperti kemunculan pusat bandar baru dan pusat-pusat pertumbuhan, estet perumahan, pusat industri kecil dan sederhana yang kesemuanya akan mempe-ngaruhi dan sekaligus mengubah senario pemba-ngunan negeri Kelantan dalam masa 10 tahun dari sekarang," katanya.

Mengenai pembangunan Fasa 3 pula, Wan Zulkifle berkata, ia adalah yang termahal kerana menelan belanja RM8 bilion untuk projek-projek petrokimia yang berlandaskan penggunaan gas asli, yang meletakkan Kelantan sebagai satu-satunya negeri yang menerajui secara langsung kemajuan industri petroleum di Malaysia.

"Kejayaan ini mengatasi negeri-negeri lain yang telah lama mengeluarkan hasil petroleum dan gas asli, di mana penglibatan mereka hanyalah dalam bentuk peruntukan tanah dan hartanah sampingan sahaja.

"Dengan menerajui industri ini, penglibatan peratusan ekuiti Negeri Kelantan dalam industri ini adalah lebih besar berbanding dengan negeri-negeri lain yang biasanya memegang hanya lima peratus tanpa penglibatan pengurusan," katanya.


Source: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11197

1 comments:

  1. Salam, berita ini bukanlah berita untuk tahun 2011 tetapi berita lama

    ReplyDelete