Saturday, December 31, 2011

Kenali Bapak-Bapak Judi MELAYU - UMNO ke? Siri Akhir


UMNO dan MAGNUM 4D
Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.

Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor, Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur. Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.

Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.

Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.

Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.

Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.

Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham.

Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.


Jadi jangan pelik lah kalau kita dapat tengok sekarang ni orang-melayu kita dengan selamber je membeli nombor ekor

Kalau pemimpin kencing berdiri… pengikut pun akan kencing berlari…


hai! bergaya betul cik abg beli nombor ekor siap lengkap berbaju melayu!



Korang nilailah sendiri.Patutkah terus menyokong Umno kerana mereka nih la bapak segala judi di malaysia..

http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/tengokbukti-bukti-umno-sebati-dengan.html

tAMAT....... rENUNGKAN AYAT-AYAT DI BAWAH.......adakah anda termasuk penyokong dan pengundi kepada Pemimpin yang meneruskan kerja-kerja jahat syaitan. LIHAT SURAH AL-MAIDAH AYAT 90.

1 comments:

  1. as salam ustaz, boleh saya dapatkan nota-nota yang ustaz ceramah di surau an nur bangi, 1.1.2012
    evori@yahoo.com

    ReplyDelete