Wednesday, January 19, 2011

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30424:pm-lupa-ziarah-jenazah-setiausaha-umno-cawangan-tenang&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

6 comments:

  1. FITNAH DAN PENIPUAN YANG NYATA.....Pembetulan...bukan s/u UMNO Felda Tenang yg meninggal..tetapi s/u UMNO caw Kg Sawah baru..bunyi siren kematian telah dibunyikan jam 5.10 pg...jenazah telah diuruskan oleh orang kampung..kehadiran PM di Felda Tenang jam 1.00 tgh


    http://www.facebook.com/pages/Anti-PKR-Club/197344137372

    ReplyDelete
  2. PEMBETULAN SAMA SEKALI...
    saya adalah anak Allahyarham ingin membetulkan apa yang tidak betul.
    allahyarham merupakan setiusaha UMNO cawangan jalan kolam air felda tenang...........
    allahyarham meninggal dunia di rumah dan di bawa ke hospital segamat dan di sahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 7.00 pagi...
    tujuan kami membawa jenazah allahyarham di masjid felda tenang adalah untuk menunggu waktu zohor untuk sembahyang jenazah bukan untuk menunggu kedatangan PM semata-mata.
    Kebetulan allahyarham merupakan anak jati felda tenang dan ingin disemadikan di sisi allahyarham ibu dan bapa nya...
    saya sekeluarga berharap dengan kenyataan ini dapat merungkai segala tanda tanya yang selama ini tidak betul....dan kami berharap tiada lagi sebarang kenyataan yang di rungkai kan...
    perkara ini amat mengecewakan kami sekeluarga..
    INILAH KESAHIHAN BERITA INI.........
    ASSALAMUALAIKUM......

    ReplyDelete
  3. PAS ..parti anak syaitan..

    benarlah kata nabi tanda-tanda akhir zaman adalah banyak nya fitnah menfitnah..
    cuma nabi tak beritahu org2 bangsat yang tabur finah adalah di kalangan ulama2 yang mengaku islam.

    ReplyDelete
  4. Penyelewengan & Fitnah Oleh Harakahdaily

    1.) Arwah Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61 adalah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air dan bukannya dari Cawangan Felda Tenang seperti di dakwa oleh Harakahdaily.

    2.) Arwah tinggal di Bandar Segamat manakala Felda Tenang adalah kampung arwah.

    3.) Proses penggalian kubur diuruskan oleh Hj Hamzah Abd Manaf (AJK Khairat Kematian).

    4.) Masjid Felda Tenang telah menghantar sebuah van jenazah utk mengambil jenazah arwah di Hospital.

    5.) Jenazah arwah telah diuruskan dan disembahyangkan oleh ahli qariah di Hospital kemudian jenazah di hantar ke Felda Tenang dan sampai di Masjid Felda Tenang pada jam 11.30pg.

    6.) Bilal Masjid Felda Tenang, Mohd Yusof Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Masjid bersama Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali telah menyambut ketibaan jenazah di Masjid Tenang pada jam 11.30pg.

    7.) Arwah telah selamat dikebumikan selepas solat Zohor. Manakala ketibaan PM adalah selepas selesai urusan pengkebumian jenazah.

    8.) Dato Maulizan Exco Johor & Dato Shamsul Ketua Penerangan Johor turut hadir ke Masjid Felda Tenang sewaktu urusan jenazah & solat jenazah di masjid tersebut.


    http://xpressminda.wordpress.com/2011/01/22/bila-pas-memainkan-isu-jenazah/

    ReplyDelete
  5. harapan saya...harakah sebagai suara parti yang mendakwa parti islam harus lebih berhati hati..jangan terlalu banyak menabur fitnah. kita hidup bukan sahaja didunia tetapi juga diakhirat....

    ReplyDelete
  6. PAS perlu ikhlas dan jujur dalam perjuangan dan tidak ambil apa sahaja kesempatan politik terutama yang melibatkan agama. Kes jenazah yang tertera didalam harakah adalah fitnah semata-mata. Demi Allah...saya ada dimasjid ketika jenazah disembahyangkan. Apa yang berlaku ialah, Hj Hamzah yang biasa menguruskan jenazah di Felda Tenang berdiri mengadap jemaah yang berjumlah lebih kurang 80-100 orang termasuk 3 wakil rakyat umno dan orang tempatan serta orang luar. Turut sama beberapa ahli pas yang berada dibarisan yang agak belakang sedikit. Hj Hamzah berkata, bunyinya lebih kurang begini. " Iman akan sampai tak lama lagi, jika nak solat sekarang, kita ada bilal yang boleh menjadi imam.Tapi jika ada dikalangan anak-anak atau waris yang dekat itu lebih afdal".

    Selesai sahaja Hj Hamzah bercakap, saya menoleh kebelakang kot-kot ada anak atau waris terdekat yang kehadapan. Tiba-tiba ahli pas yang berada dibelakang menyuruh salah seorang rakannya kehadapan mengimamkan solat jenazah.

    Kami tak berkata apa-apa kerana pada ahli pas ni dan berada diposisi imam. Dengan sangkaan baik, kami ikut imam walaupun dibaju imam tertara perkataan PAS FOR ALL. Tak sangka rupanya ia dipolitikkan untuk kepentingan PAS dalam pilihanraya tenang. Maknanya imam tersebut jadi imam untuk tujuan riak dan bukan ikhlas menyembahyangkan mayat simati.

    MasyaAllah...jenazah pun diambil kesempatan politik. Saya mungkin bukanlah dalam sangat ilmu agama sepertimana imam tersebut. Tetapi kami anak johor yang mempunyai didikan agama mencukupi hasil sistem sekolah agama yang ada dijohor. Dari pengaamatan saya, dikalangan jemaah yang ada, ramai yang lebih arif untuk kedepan tapi memang budaya orang johor agak sopan dan tidak suka menunjuk-nunjuk.

    Taubatlah... jangan politikkan kematian disaat nak meraih sokongan. ALLAH maha mengetahui...Mudah-mudah diampunkan dosa yang terlibat.

    ReplyDelete