Friday, January 14, 2011

Ahli Akademik Pengampu TAPI Membisu Isu Rakyat

Salam teman-teman,

Betul kata-kata ustaz Idris Ahmad(baca kat bawah).....Ahli Akademik yang terdiri daripada pensyarah universiti tak kira samada ipta or ipts janganlah kerja mengampu dan bercakap macam ada pengarah dari belakang.

Parti Islam Semalaysia PAS berasa hairan dengan segelintir ahli akademik pengampu yang memberi kenyataan seperti ketua cawangan Umno. Mereka cuba berlakon seperti orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, hakikatnya masyarakat kampus kenal siapa mereka ini.

Mereka hanya memberi kritikan kepada pelan 100 hari Pakatan Rakyat yang dianggap boleh memusnahkan negara kerana negara akan pincang dari segi kewangan. Rakyat tidak dengar pula komen mereka mengenai projek Menara Warisan 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion, peruntukan kepada projek PERMATA sebanyak RM111 juta, pada hal ia bukan sebuah kementerian, tarafnya seperti belia 4B Rembau sahaja. Ahli akademik pengampu ini membisu ketika wang negara di faraid kepada APCO Yahudi sebanyak RM77 juta setahun. Tidak memberi apa-apa komen mengenai subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion, sedangkan untuk 27 juta rakyat sebanyak 11bilion dihapuskan. Ketika rakyat bawahan mengikat perut kerana kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol, waktu ini mana suara ahli akademik pengampu ini.

PAS juga hendak mengingatkan kepada ahli akademik jangan rosakkan nilai akademik dan memalukan status intelektual dengan memberi komen untuk mengampu dan tidak mempunyai nilai akademik. Mereka ini ialah kelompok yang tidak popular di kampus baik dari segi pengajaran dan penyelidikan. Kelebihan yang ada ialah mengampu penguasa negara dengan harapan untuk naik pangkat. Jangan kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.

Ahli akademik yang hendak menjadi pengampu dan melawan arus kebangkitan rakyat supaya memikirkan dengan matang, sekarang bukan zaman batu, tetapi zaman rakyat boleh mengetahui maklumat beribu batu. Sepatutnya sebagai ahli akademik mereka cuba membentuk pemikiran rakyat dengan berfakta, walaupun teguran itu terkena kepada Pakatan Rakyat. Inilah politik Malaysia yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

2 comments:

  1. Ust boleh tunjukkan senarai nama ahli akedemik pengampu ini agar menjadi ihzar kepada rakyat.

    ReplyDelete
  2. Itulah menjadi hakikatnya...ahli akademik merendahkan taraf kedudukan mereka,sepatutnya mereka berkecuali dan memberi pandangan secara ilmiah dan professional.Tengok ahli2 akademik barat ,mereka betul2 berkecuali dan bebas memberi pandangan apa sahaja.

    ReplyDelete