Monday, January 3, 2011

2011 TAHUN UNTUK BERUBAH ........Perubahan Yang Islam Kehendaki

Assalamu'alaikum,

Uye sangat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia bahawa tahun 2011 adalah tahun untuk berubah.

Berikut uye bawakan tulisan Ustaz Fathi Yakan tentang "Kefahaman Tentang Perubahan Islam".

Berbagai pendapat dan pandangan tentang pemahaman Perubahan Islam sehingga ia menjadi suatu keperluan bagi kita menentukan pemahaman yang sebenar, yang tidak menjadikannya suatu konsep yang salah.

- Perubahan Islam bukanlah suatu fenomena politik bagi sebuah negara.

- Ia juga bukanlah satu ketetapan yang lahir dari sebuah negara yang mengharamkan hanya sebahagian apa yang diharamkan Allah, atau melaksanakan sebahagian dari syariat Allah.

- Ia bukanlah merupakan nas dalam perlembagaan di sebuah negara yang menyatakan agama rasminya ialah agama Islam atau ketua negaranya semesti seorang yang beragama Islam.

- Dalam Perubahan Islam, tidak tergambar hukuman gantung atau hukuman bunuh sebilangan kecil atau sebilangan besar mereka yang menyeleweng samada dari segi politik mahupun akhlak.

- Perubahan Islam tidak berlaku dengan hanya menghapuskan kebatilan tanpa menelurkan hak.

- Perubahan Islam tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau bertentangan dengan kemajuan teknik.

- Sesungguhnya perubahan Islam itu adalah dengan meruntuhkan asas masyarakat jahiliah pada sudut pemikiran, perundangan dan juga prinsip-prinsip. Dan menggantikannya dengan pemikiran, perundangan dan prinsip-prinsip Islam di tempat itu.

- Perubahan Islam bererti melaksanakan 'Ubudiyah' manusia kepada Allah di dalam semua urusan kehidupan individu dan awam.

- Perubahan Islam bererti kesetiaan dan kepatuhan masyarakat, bangsa dan pemerintah hanya bagi Allah Rabb al-Alamin.

- Perubahan Islam ialah perubahan dari akar umbi secara menyeluruh dan mencabut segala bentuk 'kayan' jahiliah dan bukannya usaha tempelan atau memperbaiki beberapa sudut sahaja dengan celupan Islam.

Sumber : Generasi Muda dan Perubahan, Fathi Yakan.

No comments:

Post a Comment