Wednesday, January 19, 2011

ANTARA PARTI ALLAH DAN PARTI SYAITAN. . . . .mana satu pilihan anda?

Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada ALLah kerana dapat bertemu dan meneruskan perjuangan yang suci ini di atas wadah yang suci.

Keduanya , marilah kita mengikhlaskan niat dan tujuan masing-masing hanya semata kerana ALLah. Ingatlah, keikhlasan itulah rahsia kejayaan terbesar umat Islam terdahulu.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Di hadapan kita hanya ada dua pilihan sahaja ……..samada kita memilih menjadi hamba ALlah atau hamba syaitan, samada memilih taatkan ALLah atau taatkan syaitan.

Di sana tidak ada jalan yang ketiga, keempat dan seterusnya. Memilih jalan ALlah bermakna selamat.

Memilih jalan syaitan bermakna laknat.


Firman ALLah Ta’ala

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَـنُ

فَأَنسَـهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَـئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَـنِ أَلاَ إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَـنِ هُمُ الخَـسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. Surah Al-mujadalah

لاَّ تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ يُوَآدُّونَ مَنْ حَآدَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُواْ ءَابَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوَنَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُوْلَـئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ الإِيمَـنَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِّنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّـتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الاٌّنْهَـرُ خَـلِدِينَ فِيهَا رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ أُوْلَـئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلاَ إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. Surah al-Mujadalah

Saudara muslimin dan muslimat sekalian,

Sudah tentu kedua-dua golongan, puak, parti dan jama’ah mempunyai perbezaan yang sangat nyata dan jelas.

Perbezaan matlamatnya, halatujunya, pendokong-pendokongnya, rujukannya dan lain-lain lagi………..samada dari segi teori dan amalinya.

HizbuSyaitan dan pengikutnya membawa manusia kepada MURKA ALlah dan NERAKA.

HizbuLlah dan pendokongnya membawa manusia kepada REDHA ALlah dan SYURGA.

Jadi kita berjuang, berjihad, berdakwah, berkempen dan sebagainya ialah untuk memastikan kita dan anak isteri kita selamat daripada NERAKA dan MURKA ALlah. يا أيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا

“ Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka”. At-Tahrim : 6

- bersambung

No comments:

Post a Comment