Al-wala’ - Al-Bara’
Untuk itu kita hendaklah memahami soal Al-wala’ - Al-Bara’.
Al-Wala’ ialah meletakkan kesetiaan dan kepatuhan kita hanya kepada ALlah, Rasul dan para mukmin serta jama’ah.
Al-Bara’ ialah membebaskan diri daripada belenggu dan ikatan syaitan, toghut, kedurhakaan dan lainnya.
Mari kita melihat bagaimana ALLah mencirikan mereka yang layak menjadi anggota HIZBULLAH dan berwala’ dengan wala’ yang tulin;
﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِى اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَـفِرِينَ يُجَـهِدُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَلاَ يَخَـفُونَ لَوْمَةَ لائِمٍ ذلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ - إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ ءَامَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلوةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ - وَمَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَـلِبُونَ ﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. Al-Maidah 54-56
i- يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ - Iman, Matlamat(ikhlas) dan cinta
- Iman sebagai penggerak dan pendorong amal.
- ALlah menjadi matlamat ( الله غايتنا )
- Jauh dari sifat mazmumah spt ananiyyah, riya’ dll.
- Sifat yang menafikan adanya MA’UNAH daripada ALLah.
ii- أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ – Persaudaraan dan k/sayang.
- Ukhuwwah di atas nama aqidah tauhid yg Satu. Di atas nama Islam.
- Bukannya berdasarkan harta, bangsa dan negara.
- Lihat sahabat2 Ansor dan Muhajirin.
iii- أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ- Ketegasan dan mulia diri
iv- يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ - Pergorbanan jiwa, harta dan masa
- tidak akan lahir pergorbanan tanpa iman yg jitu
- mestilah merasai dunia ini sementara, di sisi Tuhanlah yang kekal.
v- وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ- Keberanian hadapi risiko/mihnah
- golongan yang melihat hanya ALLah yang Maha Kuat dan Kuasa
- golongan yang cintakan MATI lebih daripada HIDUP
Sesungguhnya Islam telah berjaya melahirkan manusia yang sanggup berkorban apa sahaja demi kerana ALlah untuk perjuangan yang suci.
Di abad2 lalu lahirnya insan mujahid yang masih muda usianya :
Sayyiduna Ali ……… 20an tahun
Usamah bin Zaid …….mencecah umur 18 tahun
Muhammad bin al-Qasim……..linkungan umur 18 tahun, masuk ke India.
Kita bagaimana???????
Setengahnya …….kerana sibuk berjuang hampir lupa kepada “Nikmat Dunia Yang Besar”…….. tak kawin. Lihat Imam an-Nawawi, lihat as-Syahid Sayyid Qutub rhm.
lagi terang tak payah suluh!
ReplyDeletePAS adalah parti ajaran sesat atau parti anak-anak setan..
PAS sanggup melacurkan agama ALLAH untuk tujuan politik duniawi..
Sebelum mengeluarkan tuduhan terhadap PAS, sepatutnya kaji dahulu Dasar Parti dan apa perjuangan. Buat perbandingan, pohon pertunjuk dari Allah dengan solat hajat, banyak bergaul dengan ulamak Insaallah kebenaran akan anda jumpa. http://wabillahagro.blogspot.com/
ReplyDeleteBanyakkan zikir pohon kebenaran secara ikhlas.