Sunday, May 31, 2009

REBUT 5 PELUANG SEBELUM 5 PENGHALANG - 1

Salam teman-teman,

Rebutlah lima peluang sebelum tibanya lima penghalang.
1.MUDA SEBELUM TUA
.
2.SIHAT SEBELUM SAKIT.
3.KAYA SEBELUM PAPA.
4.LAPANG SEBELUM SIBUK.
5.HIDUP SEBELUM MATI.


Tepat sekali pesanan RasuluLlah saw,
اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.

” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara
yang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit mu, (3) masa kaya mu sebelum miskin mu, (4) masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5) masa hidup mu sebelum mati mu”
riwayat Muslim.


1- MUDA SEBELUM TUA
Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti kerana masa muda itu penuh kecergasan fizikal dan mental. Inilah peluang yang baik untuk mencari ilmu, pengalaman dan beramal.
Masa muda tidak akan bertahan lama kerana usia akan dewasa dan akhirnya tiba masa tua.


Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya tinggal kenangan….pahit atau manis. Jika masa remaja tidak dipergunakan selayaknya, pasti meninggalkan kenangan pahit di hari tua.Masa tua segala-segalanya tidak indah….tenaga sudah lemah, selera makan menurun, mata kabur, telinga sudah berat……….akhirnya sering dilanda sakit.

2- SIHAT SEBELUM SAKIT
Sihat adalah kurnia Allah yang amat berharga. Maka jagalah dia sebaik mungkin.
Jangan lakukan aktiviti yang merosakkan diri seperti merokok, menagih arak dan dadah.


Tanpa sihat seluruh nikmat hidup akan hilang……makanan lazat dirasakan hambar, tilam empuk dirasakan tempat penyiksaan, ibadat terganggu, wang ringgit habis ……segala-galanya terganggu.
Nikmat sihat hanya disedari setelah dia sakit.


- bersambung
Baca Selanjutnya...

Saturday, May 30, 2009

SEKADAR MELEPASKAN KEPENATAN....kasut canggih






Baca Selanjutnya...

SEKADAR MELEPASKAN KEPENATAN....jalan raya canggih.






Baca Selanjutnya...

SPM .....MAKSIMA 10 SUBJEK SAHAJA.....apa yang nak dibimbangkan?

Salam kawan-kawan khususnya para guru.

Saya dulupun seorang guru, guru yang mengajar Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Sejarah Islam(STPM). Setelah mengajar 15 tahun, saya bersara awal(mac 2004). Pernah mengajar di SMK Ahmad Pekan, SMK Tg Afzan Kuantan, SMK Tanah Putih KUantan dan terakhir di SMK Kota Marudu Sabah.

Apa yang tak kena dengan Kementerian Pelajaran? Apa dah jadi Menteri Pelajaran yang baru yang juga Timbalan Perdana Menteri? Apa yang menyebabkan mereka hendak menghadkan pemgambilan mata pelajaran/subjek dalam Peperiksaan SPM kepada 10 subjek sahaja. Apa dah jadi?

Bukan semua pelajar SPM yang ambik 18, 19 atau 20 subjek. Hanya segelintir sahaja, tak sampai 1%pun daripada bilangan pelajar yang mengambil SPM. Pihak sekolahpun tak paksa pelajar ambik 18, 20 subjek melainkan yang mampu itupun guru-guru bantu. Tahulah kami para guru. Guru-guru adalah golongan professional.
Apa alasannya? Alasan yang munasabah dan masuk akal.

Tak ada satu alasanpun untuk dihadkan pengambilan mata pelajaran. Kalau nak ditinjau dari segi bebanan akademik tak timbul kerana memang mereka mampu, subjek teras tak terganggu. Ditinjau dari segi kewanganpun tak ada masalah kerana pihak guru secara sukarela membantu. Kekangan dan susah payah ibubapa hantar tuisyen tak timbul kerana pelajar boleh mengambil subjek minima. Ditinjau dari segi jadual peperiksaan pun tak timbul kerana boleh diselaraskan oleh Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saya risau, takut-takut ada agenda yang tersembunyi.
Kita tak lupa nasib yang pernah menimpa SAR(Sekola Agama Rakyat) apabila kerajaan menarik balik bantuan perkapitanya. Banyaknya sekolah SAR yang ditutup. Muslim Tak Mudah Lupa, yang lupa orang Melayu.

Saya risau dan bimbang kalau ada hidden agenda atau agenda sulit. alMaklumlah yang mendapat pelajar terbaik SPM 2006, 2007 dan 2008 adalah pelajar-pelajar dari sekolah agama. Siti Fatimah mendapat 18A (SPM 2006), Azali Azlan 20A(SPM2007) dan terbaru(SPM 2008) Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, Sek Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu Kelantan, mendapat 20A . Cuma pada tahun 2005 pelajar terbaik SPM ialah Nor Amelina, itupun hanya mendapat 16A.

Kita hendaklah adil, professional .....Janganlah kerana bunyi ‘agama’ mula nak buat kajian kononnya. Sudahlah mengkhianati dan memusuhi sesuatu yang berbunyi Islam atau agama. Buangkan jauh-jauh semangat perkauman dan anti agama.
Sekian, terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Friday, May 29, 2009

MOGOK LAPAR ......ADAKAH DIBENARKAN OLEH ISLAM

Mogok adalah satu tindakan yang biasanya diambil dalam 2 keadaan .

Pertama, disaat pasrah atau tiada pilihan bertindak bagi merubah sesuatu situasi .
Kedua , untuk menarik perhatian pihak lain atau sebagai satu ‘bahasa’ untuk menyatakan sesuatu perkara yang besar setelah bahasa lidah kelihatan tidak difahami .

Lapar atau berlapar salah satu dari cara mogok yang sering dilakukan dan ia antara cara mogok yang tertua di dunia dan pernah dilakukan oleh kaum jahiliyah . Ibu kepada Saad bin Abi Waqqas rha. pernah melancarkan mogok untuk tidak makan dan tidak minum , sehinggalah Saad bin Abi Waqqas rha. kembali kepangkuan agama asal mereka .

Ibu Saad bin Abi Waqqas pernah berkata kepada anaknya :
"Demi Allah Aku tidak akan makan sebarang makanan dan Aku tidak akan minum sebarang minuman sehinggalah aku mati atau engkau mengingkari [ agama Muhammad saw dan kembali kepada agama asal ]" Riwayat Imam Muslim , Ahmad , Tarmizi dan Nasaei

Pendapat 1 : Mogok Lapar adalah Haram
Peristiwa di atas sering menjadi hujjah bagi mereka yang berpendapat bahawa mogok adalah haram justeru ia adalah amalan jahiliyah .

Atas alasan untuk melahirkan rasa tidak puas hati [ protes ] terhadap pihak lain , ingin memberitahu orang ramai tentang kezaliman yang dilakukan atau untuk memberi tekanan kepada pihak tertentu maka ia tidak sampai menghalalkan mogok lapar justeru matlamat tidaklah menghalalkan cara .

Hujjah mereka diperkuatkan dengan nas yang menyebut :وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ 'Jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan' - (195 al-Baqarah)

Syara' tidak membenarkan sama sekali [ kecuali dhorurat ] kita mendedahkan diri dan jamaah kepada binasa walaupun di atas tujuan yang baik seperti menentang kezaliman kerana matlamat yang ingin dicapai tidak sampai menghalalkan semua cara atau pendekatan .

Mogok lapar dilihat lebih membawa kesan mudharat atau binasa ke atas pelakunya berbanding musuh yang ditentang . Tidak dinafikan musuh menerima kesan tekanan politik dari mogok lapar yang dilancarkan tetapi tidak menjejaskan keseluruhan reputasi dan survival politik mereka sebaliknya mereka masih mempunyai 1001 cara untuk mengalih tumpuan dunia dan menyembunyikan kezaliman mereka .

Jika kita sanggup mogok lapar lalu membinasakan diri demi menentang kezaliman , kenapa tidak gempur sahaja musuh di atas nama jihad sehingga memungkinkan kita syahid atau paling tidak ditangkap dan kita binasa kerana seksaan musuh bukan kerana kita menyeksa diri kita .

Kita masih mempunyai banyak ruang dan peluang juga pelbagai sarana yang masih boleh diguna-manafaatkan untuk mendedahkan kezaliman musuh kepada dunia sekaligus memberi tekanan politik dan menghakis pengaruh kuasa mereka tanpa perlu kita mendera dan menyeksa diri kita sendiri , sementara musuh sedikit pun tidak terjejas kesihatan dan pengaruh mereka .

Kita belum kehabisan idea dan cara untuk menetang musuh dan mendepani kezaliman yang dilakukan oleh mereka .

Al A'llamah Syeikh Athiyyah Saqr bekas Pengerusi Lajnah Fatwa University al Azhar pernah mengeluarkan fatwanya :

Tiada di dalam agama apa yang dinamakan mogok dari makan atau minum bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Ia merupakan wasilah yang negatif yang wajib dihindari oleh seseorang, sedangkan di sana ada wasilah-wasilah yang lain yang dibenarkan syara' yang begitu banyak.

Sesiapa yang mengambil langkah ini sesungguhnya dia telah memudharatkan dirinya dengan lapar dan dahaga dalam perkara yang bukannya ketaatan. Sedangkan hadis ada menyatakan

"Tiada boleh memudharatkan (untuk dirinya) dan juga tiada boleh memudharatkan orang lain" .

Dalam masa yang sama dia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan, sedangkan Allah SWT berfrman yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Al-Baqarah 195).

Sesiapa yang mati disebabkan mogok tersebut ia dikira membunuh diri. Bunuh diri adalah dosa besar dan sesiapa yang menghalalkannya ia menjadi kafir, tidak boleh dimandikan (jenazahnya), tidak disembahyangkan dan tidak boleh ditanam di perkuburan orang Islam" Ahsanul kalam fil Fatawa wal Ahkam -Asy - syeikh A'thiyah Saqr . Jilid 1 : 366

Usahkan mogok lapar yang membinasakan diri sendiri , hanya berpuasa untuk mendekatkan diri kepada Allah swt tetapi melebihi kadar ketetapan syara' juga dilarang keras oleh Rasulullah saw. Maksudnya jika sekiranya berpuasa sekalipun janganlah sampai membahayakan diri.

Telah datang 3 orang lelaki ke rumah isteri Nabi saw lalu mereka bertanya mengenai ibadat Nabi saw lalu diceritakan kepada mereka [ mengenai ibadat nabi saw ] lalu mereka berkata : di mana [ perbezaan ] kami berbanding Nabi saw ? sedang Allah swt mengampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian ?

Lantas berkata seorang dari mereka : adapun aku sembahyang sepanjang malam [ tanpa tidur ] dan berkata pula yang lainnya : ada pun aku berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka . Berkata pula yang ketiga : adapun aku menjauhi perempuan dan aku tidak berkahwin selamanya [ kerana sibuk beribadat ] .

Lalu datang Rasulullah saw. dan berkata : apakah kamu yang berkata begitu dan begini ?

Demi Allah swt. sedang aku orang yang paling takut kepada Allah swt dikalangan kamu dan paling bertaqwa kepadaNya , akan tetapi aku berpuasa aku berbuka , aku sembahyang aku tidur dan aku mengahwini perempuan , maka barangsiapa yang [ berpaling ] tidak mengikut sunnahku maka ia bukan dari kalanganku. dikeluarkan oleh al Bukhari dari Anas Rha .

Nas ini membawa maksud Islam tidak suka tindakan yang keterlaluan sehingga menafikan hak jasad dan Islam juga sangat mencela kita mengadakan sesuatu yang tidak dilakukan atau tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw.

Lihat , bagaimana puasa yang bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah , jika dilakukan melebihi [ melampau ] dari kadar yang ditetapkan oleh Allah swt. mendapat celaan dari Rasulullah saw . Betapalah pula mogok lapar yang tidak bermaksud mendekat diri kepada Allah swt dan ia bukanlah sejenis ibadah seperti puasa bahkan tidak makan dan minum sehingga memudharatkan diri . [ sementara puasa ada sahur dan iftar ]

Berasaskan penghujahan ini maka mereka [ ulama' ] mengharamkan perbuatan mogok lapar dan menyebut sebagai suatu yang tiada asal di dalam Islam .

Pendapat 2 : Hujjah yang membenarkan
Saya melihat isu ini turut dibahas dari aspek yang berbeza dan sekaligus membenarkan mogok lapar dilakukan .

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . al Qaradhawi menjawab :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka !

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !

Mereka yang berpendapat mogok lapar dibenarkan turut melampirkan kenyataan Saidina Abu Bakar rha ketika mana ia sangat tertekan menahan kerisauannya terhadap Rasulullah saw setelah mereka diserang oleh kuffar Quraisy sehingga Abu Bakar pengsan . Sejurus bangun sedar dari pengsannya , Abu Bakar rha berkata kepada ibunya yang menghidang makanan untuknya :

Demi sesungguhnya kerana Allah Aku bertegas ke atas diriku bahawa Aku tidak akan mengambil [ makan ] sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman sehinggalah aku menemui Rasulullah saw . Hayatus Sahabah [ Syeikh Muhammad Yusuf al Kandahlawi ] Jilid Pertama : Bab Tahammul Asy Syadaaid fillah .

Pandangan saya(Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi).
Pertama : Fatwa al Qaradhawi adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada beliau atau mengulas situasi yang disebutkan oleh mereka yang bertanya iaitu mengenai tahanan ummat Islam Palestin di penjara Israel . Justeru itu perlu dilihat bagaimana keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya . Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada padanya dan fatwa al Qaradhawi membenarkan mogok lapar dalam situasi seperti itu .

Tahanan itu berada di dalam penjara , maka apalah pilihan yang ada pada mereka bagi mendesak Israel agar membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia akan kekejaman Israel alihi laknatullah . Situasi ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di dalam negara kita .

Kedua : Sirah yang menjelaskan sikap Abu Bakar rha mengeluarkan kenyataan untuk tidak makan dan minum perlu dilihat kepada beberapa keadaan :

1. Peristiwa itu berlaku diperingkat awal Islam bertapak di Makkah dan aqidah serta syariat belum sempurna . Marhalah Nabi saw pada waktu itu hanyalah diperingkat dakwah dan pemantapan aqidah . Marhalah ini pernah menyaksikan Nabi saw meminta para sahabat meninggalkan Makkah berhijrah ke Habsyah sebagai usaha menyelamatkan aqidah justeru aqidah mereka masih diperingkat tunas .

2. Kisah itu tidak menunjukkan tindakan Abu Bakar mogok , tetapi hanya sekadar ucapan tegas Abu Bakar kepada Ibunya [ Ummu Khair - belum Islam pada waktu itu ] , sebagai ugutan agar ibunya segera bertemu Ummu Jamil rha [ saudara perempuan Saidina Umar al Khattab ] untuk mendapatkan kepastian keselamatan Nabi saw sejurus sedar dari pengsan setelah Abu Bakar dan Rasulullah saw bersama sahabat yang lain diserang oleh kuffar Quraisy .

Ummu Jamil akhirnya membawa Abu Bakar rha. ke rumah Arqam abi Arqam untuk bertemu dengan Rasulullah saw yang berlindung di rumah tersebut . Pertemuan itu juga membawa Ummu Khair memeluk ajaran Islam .

Mogok dan Puasa Sunat
Tanpa ada keadaan yang dhorurah untuk mengharuskan suatu yang diharamkan maka mogok lapar adalah salah di sisi syara' bagi ummat Islam . Sementelah pula keadaan yang tidak mendesak atau memaksa dengan maksud kita masih mempunyai waktu yang luas dan ruang yang lebar untuk merangka tindakan yang tidak hanya membinasakan diri tanpa memberi kesan yang besar kepada pemerintah yang zalim .

Kepada golongan bukan Islam mungkin mereka menggunakan mogok lapar sebagai hak mereka untuk bertindak tetapi tidak untuk ummat Islam kerana kita mesti berpegang kepada kaedah matlamat tidak menghalalkan cara .

Sebagai muslim , dalam menghadapi kezaliman pemerintah tidak menjadikan kita buntu dan hilang pedoman . Kita ada Allah swt dan kita diajar agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat . (al Baqarah 45)

Ibnu Kathir di dalam tafsirnya menyebut bahawa maksud sabar di dalam ayat 45 surah al baqarah ini juga diertikan sebagai puasa . Al Qurtubi dan lainnya menyebut , inilah sebabnya Ramadhan dikenali sebagai bulan sabar . (Tafsir Ibnu Kathir)

Puasa adalah pilihan muslim untuk bermunajat kepada Allah swt agar kezaliman dihancurkan . Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita .

Oleh : Ust. Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia
Baca Selanjutnya...

Thursday, May 28, 2009

NASIHAT UNTUK PEMUDA - siri 3

Sahabat-sahabat pemuda Islam yang dikasihi,

Matlamat dan sasaran perjuangan Islam dan dakwah yang kita bawa hendaklah jelas, lebih jelas daripada sinaran matahari. Untuk itu kita terus meneliti ungkapan nasihat oleh Imam as-Syahid Hasan al-Banna;

Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak/beramal, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.

Wahai angkatan pemuda !
Ada pun manhaj atau program induk kita angkatan pemuda Islam memanglah mempunyai tahap-tahap yang tertentu, lengkap dengan rancangan-rancangannya yang terang lagi jelas. Sebenarnya kita memang benar-benar tahu apa yang kita kehendaki dan kita juga memang tahu bagaimana wasilah dan jalan yang boleh menyampaikannya kita kepada kehendak kita itu.

(1) Mula-mula sekali kita mahu diwujudkan individu muslim; iaitu individu muslim dalam pemikirannya, muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala tingkah laku serta perasaannya. Muslim dalam segala tindak-tanduknya. Ini dinamakan pembentukan keperibadian kita.

(2) Selepas itu kita mahu diwujudkan rumahtangga muslim, iaitu rumahtangga yang bersifat muslim dalam fikirannya, muslim dalam aqidahnya, muslim dalam segala tingkah laku serta perasaannya, muslim dalam segala amalan serta tindak tanduk. Bagi mencapai matlamat ini kita memelihara wanita sama seperti mana kita memelihara angkatan pemuda. Ini dinamakan pembetukan keluarga kita.

(3) Selepas itu kita mahu diwujudkan umat/masyarakat Islamiyah, iaitu umat bersifat muslim dalam semua sudut yang tersebut tadi. Bagi mencapai maksud ini kita bekerja supaya seruan dakwah kita sampai ke setiap buah rumah. Kita berusaha supaya suara kita kedengaran hingga ke setiap tempat, supaya fikrah kita ini berpeluang meresap masuk keseluruh dusun dan desa, pekan dan bandar, kota dan negeri. Dalam hal ini kita tidak boleh kedekut tenaga seperti mana kita tidak akan membiarkan mana-mana wasilah yang mampu kita lakukan.

(4) Selepas itu kita mahu diwujudkan daulah/kerajaan Islam. Kerajaan yang memimpin umat ini menuju ke masjid, yang boleh mendorongkan orang ramai ke arah petunjuk Islam seperti mana didorongkan para sahabat Rasulullah s.a.w dahulu seperti Abu Bakar dan Umar. Untuk mencapai maksud ini kita tidak boleh menerima sebarang pemerintahan kerajaan yang tidak bertapak di atas asas Islam dan tidak mengambil ajaran dari sumbernya(Al-Quran dan As-Sunnah). Kita akan terus bertindak untuk menghidupkan semua sistem pemerintahan Islam dalam semua bidangnya sehinggalah terbentuknya kerajaan Islam di atas asas sistem fikrah kita ini.

(5) Selepas itu kita mahu mencantumkan semula setiap bahagian tanahair Islam kita, tanahair yang telah dipecah belahkan oleh politik barat dan yang dihapuskan perpaduannya oleh sikap tamak-tamak dan haloba negeri-negeri Eropah. Bagi mencapai tujuan ini kita tidak dapat menyetujui segala pembahagian sempadan dan negara yang dilakukan dengan tujuan politik seperti yang ada sekarang. Kita juga tidak menerima segala perjanjian antarabangsa yang menyebabkan tanahair umat Islam dipecah-belahkan menjadi negeri-negeri kecil yang lemah dan dikotak katikkan supaya mudah ditelan oleh para perampas. Kita juga tidak akan berdiam membisu terhadap perbuatan menceroboh kebebasan umat-umat yang lemah ini dan segala bentuk cengkaman ke atas mereka. Mesir, Syria, Iraq, Saudi, Yaman, Libya, Tunisia, Algeria, Morocco, Malaysia dan setiap jengkal bumi yang di dalamnya terdapat insan muslim yang mengucapkan Lailaha illa Allah, semuanya itu adalah merupakan tanahair Islam yang terbesar. Kita terus menerus berusaha demi untuk memerdekakannya dan menyelamatkan serta melepaskannya dari cengkaman luar dan akhirnya mencantumkannya semula segala bahagiannya yang bercerai-berai itu.

(6) Selepas ini kita mahu pula panji-panji Allah itu kembali berkibaran di angkasa segala pelusuk dunia yang pada suatu masa dulu pernah menikmati kebahagiaan hidup di bawah fikrah Islam, iaitu negeri-negeri yang pernah berkumandang suara azan dengan ucapan takbir dan tahlil membesarkan Allah. Kemudian malangnya negeri-negeri tersebut menjadi malap cahayanya lalu jatuh semula ke tangan kafir setelah beriman. Sepanyol, Sicily, negeri-negeri Balkan(Bosnia, Croatia, Serbia dll) dan Itali Selatan semuanya itu adalah negeri-negeri kepunyaan umat Islam yang mesti kembali semula kepangkuan Islam. Laut Mediterranean dan Laut Merah sebagai dua tasik kepunyaan umat Islam mestilah dikembalikan seperti sediakala.

(7) Selepas itu, di samping perkara-perkara yang dicita-citakan tadi, kita mahu mencanangkan seruan dakwah kita kepada seluruh dunia dan kita mahu menyampaikannya kepada sekalian umat manusia sehingga meresap keseluruh pelusuk bumi dan sehingga tunduklah setiap makhluk yang angkuh itu kepada seruan tersebut, agar tidak lagi berlaku fitnah dan kembalilah ugama itu semuanya kepada Allah. Pada ketika itu bergembiralah orang-orang mukmin dengan pertolongan Allah. Allah pasti menolong sesiapa yang di kehendakinya kerana Dia adalah Maha Gagah lagi Maha Penyayang.

Perlu di sebut bahawa setiap tahap program induk tadi telah lengkap mempunyai perencanaannya, pecahan serta wasilah-wasilah yang boleh digunakan. Tetapi di sini kita memadai dengan serba ringkas tanpa membicarakannya dengan panjang dan perincian. Allah jualah tempat kita memohon pertolongan dan memadailah Dia sebagai tumpuan kita dan sebaik-baik pengawal.

Biarlah orang-orang yang culas serta pengecut itu berkata kononnya dakwah kita ini "hanya suatu angan-angan yang begitu jauh dan suatu dongengan yang menawan hati manusia.

Sebenarnya itulah yang dikatakan kedayusan yang kita tidak pernah kita kenali dan tidak juga diajar oleh Islam. Itulah dia yang dikatakan al-wahn atau sifat pengecut yang dilemparkan ke dalam hati umat kita ini lalu mendedahkannya kepada musuh-musuh, dan itulah yang dikatakan kemusnahan hati sanubari serta kekosongannya dari iman dan inilah yang merupakan sebab kejatuhan umat Islam.

Namun demikian, kita tetap mengistiharkan dengan jelas serta terus terang bahawa sesiapa orang muslim yang tidak percaya kepada program induk dakwah kita ini dan tidak bekerja untuk menjayakannya maka mereka tidak langsung mempunyai saham kepada Islam. Eloklah dia mencari fikrah lain untuk dipercayai dan bekerjalah dengan ideologi tersebut.

Semoga kita terus berjalan dengan pertolongan dan inayah daripada ALLah. tk..
Baca Selanjutnya...

NASIHAT UNTUK PEMUDA - siri 2

Salam sahabat-sahabat,

As-Syahid Hasan al-Banna menegaskan lagi; satu sahaja fikrah/ideologi yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-bangang, dan yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang sewajarnya.

Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah semahal-mahalnya.

Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak bukan ialah “Islam yang maha suci” yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa sesiapa yang mengikutnya.

Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita bekerja serta bertindak.

Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi kita angkatan pemuda Islam ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang, sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah kita.

Di samping itu kita mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah kita itu serta mendorong mereka demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya. Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.

Pegangan kita dalam semunya itu ialah Kitab Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan keduanya ialah Sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah s.a.w dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.

Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.

Kita akan terus berjihad demi untuk menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya biarlah kita mati secara yang mulia. Cogan kata kita ialah :
Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami; dan
Mati pada jalan Allah ialah setinggi-tinggi cita-cita kami.

Cantiknya cogan kata di atas. Moh! Kita hayati bersama. tk..
Baca Selanjutnya...

Wednesday, May 27, 2009

NASIHAT UNTUK PEMUDA - siri 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada adinda Nasrudin Hassan Tantawi kerana menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda Pusat. Begitu juga kawan-kawannya Ustaz Azman Syafawi dan Sabki Yusuf selaku Timbalannya dan Naibnya.

Marilah kita meneliti nasihat khusus Imam as-syahid Hassan al-Banna kepada para pemuda.

Wahai Pemuda!
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambahberat.

Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.

Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak.

Wahai angkatan pemuda!
Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi.
Memandang semua inilah saya berasa berkewajipan menerangkan dengan jelasnya kepada anda sekalian dari hal hakikat dan program dakwah Islam untuk kurun yang ke-14 hijrah ini. tk.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, May 26, 2009

SEKIRANYA TEKS AYAT atau DOA TERBALIK

Salam muslimin dan muslimah,

Teks ayat atau doa yang anda salin(copy) dari blog ini , kemudian paste ke document Microsoft Word mungkin terbalik.

Cara penyelesaiannya ialah anda tukar dengan membawa tetikus ke atas teks ayat/doa tersebut kemudian tekan icon set the direction. Klik pada icon yang tertulis “Right – to – Left Text Direction. Cuba dulu. Tk..
Baca Selanjutnya...

SENJATA TERCANGGIH MELAWAN SYAITAN@MAKHLUK HALUS termasuklah juga MAKHLUK KASAR yang jahat.

Salam muslimin dan muslimat,

Sudah empat hari saya tidak up date blog ini. Ini kerana saya berada luar daripada Kuantan dan agak sibuk, sibuk sikit aje.

Berikut saya tuliskan beberapa bacaan/doa yang sepatutnya menjadi amalan khususnya menghadapi ilmu hitam, sihir, santau dan lain-lain. Bacalah dengan lidah dan mintalah dengan hati. Janganlah berdoa dengan hati yang lalai.
1.
أعوذُ باللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ -
Aku berlindung dengan ALLAH Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.

2.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .

3.
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ
وَهو السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ
-
Dengan nama ALLAH yang tidak dapat mendatangkan mudarat dengan namaNYA oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

4.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ -
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALlah yang sempurna daripada kejahatan/keburukan makhluk.

5. Ayat al-Kursi
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِه ِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ -
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar
(al-Baqarah=255)

6. Bacalah Tiga Qul
a- Surah al-Ikhlas - ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
b- Surah al-Falaq -﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
c- Surah an-Nas - ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ Bacalah semua hingga ke akhir surah-surah tersebut.

Baca dan amallah. Baca setiap pagi(selepas Subuh) dan petang(selepas Asar). InsyaALlah kita akan selamat daripada GANGGUAN makhluk halus dan makhluk kasar(manusia dan binatang). tk..
Baca Selanjutnya...

Friday, May 22, 2009

BERDOA KEPADA ALLAH - jangan jemu - Siri 4......DOA MENANGKIS MAKHLUK HALUS, DAPAT DUNIA DAN AKHIRAT, DITEGUHKAN HATI DAN LAIN-LAIN

Salam mukminin dan mukminat,

Semoga kita sentiasa selamat daripada gangguan makhluk yang jahat apatah lagi makhluk halus seperti syaitan dan jin.

Bacalah doa yang dipaparkan dalam bebarapa hari lalu(doa jauhi mala petaka dan wabak penyakit). Lebih baik lagi kalau dibaca bersama ayat Kursi sebagaimana di bawah. InsyaALlah bukan sahaja makhluk kasar tetapi makhluk halus juga akan musnah.

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ
مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ آُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ
( الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ( ٢٥٥
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya). (2al-Baqarah: 255)

Memohon Kebaikan kebaikan di dunia dan di akhirat:
( وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( ٢٠١
Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (2:201)

Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur'an:
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ( ٨)
(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Aali Imran 3:8).
Aamien ya Rabb al-'Alamien.
Baca Selanjutnya...

Thursday, May 21, 2009

BERDOA KEPADA ALLAH - jangan jemu - Siri 3......DOA JANGAN DIUJI DENGAN APA YANG KITA TIDAK MAMPU TANGGUNG

Salam muslimat dan muslimin,

SARANAN SUPAYA BERDOA
Memohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya,
( وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ( ٦٠
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.
(40: 60)

( وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ( ١٨٦
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (02: 186)

DOA SUPAYA TIDAK DIUJI PERKARA YANG TAK MAMPU KITA TANGGUNG
Sekarang kita boleh cakap ,"Sabarlah ini ujian ALlah". "ALlah sayang pada awak sebab itu DIA uji". KIta boleh cakap semudah itu kerana kita belum diuji. Kalau diujipun perkara itu kita masih boleh hadapi dan tanggung. Jadi kita mohon kepada ALlah agar tidak menguji dan membebani kita apa yang kita tak mampu tanggung. Bacalah doa ini;

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا آَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اآْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا
آَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى
( الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ( ٢٨٦
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (2:286)

Sekian, terima kasih.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, May 20, 2009

BERDOA KEPADA ALLAH - jangan jemu Siri 2......DOA DAPAT ANAK

Salam muslimin dan muslimat,
﴿هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (Surah Aali Imran:38)

Doa baca yang bertulisan MERAH.

Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:
قَالَ رَبِّ إِنِّى وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّى وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْباً وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيّاً - وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِىَ مِن وَرَآئِى وَكَانَتِ امْرَأَتِى عَاقِرًا فَهَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ وَلِيّاً - يَرِثُنِى وَيَرِثُ مِنْ ءَالِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيّاً ﴾
Ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku - Wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu. Dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai". (Surah Maryam ayat 4-6)

Berdoalah kepada ALlah. Jangan jemu. jangan putus asa dan sentiasa melakukan ketaatan kepada ALlah. Kalau dapat sebelum berdoa.....cari-carilah orang miskin untuk bersedekah kepada mereka, pastu solat hajat dan berdoa dengan doa-doa di atas. tk.
Baca Selanjutnya...

BERDOA KEPADA ALLAH - jangan jemu Siri 1 ......DOA ADALAH IBADAT

Salam muslimin dan muslimat,

•Hampir separuh kehidupan seorang muslim diperuntukkan untuk berdoa dan munajat kepada ALlah. Doa merupakan ibadah bahkan termasuk ibadah yang sangat agung.

Allah memerintahkan hamba-hambaNYA agar sentiasa berdoa kepadaNYA. Cuba lihat surah al-Mukmin/Ghafir ayat 60.
وَقَالَ رَبُّكُـمْ ادْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenan-kan doa permohonan kamu. Sesungguh-nya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. GHAAFIR=60

•Begitu juga hampir seluruh aktiviti yang dilakukan oleh seorang muslim DIMULAI dan DIAKHIRI dengan doa.
•Ini menunjukkan bahawa setiap muslim sentiasa berhajatkan kepada ALLah dan perlindunganNYA.
•Doa bukan sahaja cara mendekatkan diri kepada ALlah bahkan sebagai usaha melindungi diri dari segala macam gangguan.

•Ayat di atas secara tegas menyatakan ALlah mencela orang-orang yang enggan memohon/berdoa kepada ALlah Yang Maha Kaya, lagi Maha Memberi. Maka amat naif dan malang bagi seorang muslim yang mengaku beriman kepada ALlah tetapi tidak mahu/enggan berdoa-memohon kepada Tuhannya(Rabbnya) seolah-olah dia tidak berhajat kepada ALlah, pertolongan dan perlindunganNYA.

Sekarang ini musim berlakunya wabak Selesama Babi maka lagi-lagilah kita perlu sangat memohon perlindungan kepada ALlah. Apatah lagi sehingga tiada VAKSIN untuk mencegah daripada jangkitan wabak Selesama Babi tersebut. Bacalah doa yang telah saya muatkan dalam blog minggu ini.
tk.. selepas ini saya akan masukkan DOA supaya mudah DAPAT ANAK.
Baca Selanjutnya...

Tuesday, May 19, 2009

ANAK CUCU ADALAH PENYEJUK MATA HATI(qurratu-a'yun)

Salam teman-teman,

Ada satu ungkapan yang cantik, "Make sure your family is success and your dakwah will be success too - Pastikan keluarga anda cemerlang, nanti dakwah anda juga akan cemerlang".

Terima kasih anak cucu, anak menantu dan terutamanya isteri, Puan Faridah Kamaruddin; yang banyak mendorong dan menyokong dalam kerja-kerja dakwah. Sanggup susah payah bersama toki. Anda semua adalah penyejuk mata hati toki(uye-ustaz yusof embong).

Setakat ini toki telah dikurniakan seorang isteri solehah mujahidah, 6 anak perempuan, 5 anak lelaki, 2 menantu lelaki dan 2 cucu perempuan.






























Baca Selanjutnya...

Monday, May 18, 2009

DOA PELINDUNG.....baca-yakinlah.....UYE SELAMAT SAMPAI KE KUANTAN

Salam anak cucu toki yang dikasihi,

al-HamduliLlah syukur toki(uye) kepada ALlah kerana selamat sampai ke rumah malam tadi sekitar jam 1 pagi. Toki semalam (17jun-ahad) mengambil Nurussolehah(anak keempat) di matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Pagi tadi toki mendapati tayar belakang kereta AER9802 kempis teruk(pancit), tak apalah kerana dah selamat sampai. Itulah berkat pertolongan ALlah kerana baca DOA PELINDUNG, doa yang Nabi saw ajar.

Sejak kes Selesama Babi, toki sentiasa berpesan kepada ahli jemaah surau-masjid tempat toki berkuliah supaya membaca doa berikut أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ dan بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dua doa ini diajar oleh Nabi saw. insyaALlah kita selamat daripada mala petaka dan bala' termasuk wabak Selesama Babi melainkan dikehendakki ALlah.

Ternyata toki(gelaran datuk bagi orang Terengganu) dan Nurussolehah selamat tiba ke rumah.....bacalah doa tersebut 3 kali pagi dan 3 kali petang. Lihat pesanan Nabi saw,
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080) .

Sekian, terima kasih.
Baca Selanjutnya...

ADAKAH HATI AKU JAHAT? ....bacalah dengan 'hati' nasihat Pak Syeikh SIRI 4

SalamuLlah 'alaikum wahai sahabat-sahabat seperjuangan,

Kalau anda teliti baik-baik ucapan Pak Syeikh, kita akan mendapati kata-kata itu sangat bernilai dan mengusik hati. Hati yang mahu ditazkiahkan, hati yang mahu mencari redha ALlah.

Jom kita baca lagi dengan hati mutiara-mutiara kata Pak Syeikh;
"Dalam keadaan fitnah cerita dakwah terlepas kepada pihak musuh, jika anda kecam, dia tidak menerima anda menuduhnya membocorkan rahsia. Mungkin benar (dia tidak bocorkan), tetapi sebenarnya (sikap) tak ambil peduli. Paling buruk dalam isu fitnah, semua yang terlibat menganggap diri mereka pemimpin, muhasabah anda akan jadi sia-sia, anda tidak tahu bagai mana anda boleh berbincang dan dengan siapa anda boleh berbincang.

Mereka tidak melihat diri mereka dua puluh individu yang berpandangan berbeza, tetapi mereka melihat diri mereka dua puluh orang ketua, pemimpin, faqih, mujtahid, ahli falsafah.

Sesetengah du`at/pendakwah secara bersendirian adalah baik dan bagus, tetapi jika dia bersama dalam satu amal dengan orang lain, mereka saling berselisih dan saling bercakaran. Orang seperti ini boleh dimanfaatkan sebagai pengikut, tidak layak untuk kita letakkan mereka di hadapan/sebagai pemimpin..

Mereka ingin membersihkan musuh, tetapi sebenarnya diri mereka sendiri lebih berhak untuk dibersihkan.

Paling tepat yang diungkapkan Ustaz Mustafa Masyhur dalam bab ini ialah sewaktu dia membezakan antara dua orang; katanya: “ ada duat’ yang berkerja dan ada orang yang membuat-buat dirinya duat ’ “.

Ikhlaskan hati kita kerana ALlah. KIta berbimbingan tangan dan menhayun langkah bersama melayari perjuangan merentasi gelombang biru. Moga ALlah terus memberikan bimbingan dan menguatkan kaki-kaki kita melawan musuh. tk..
Baca Selanjutnya...

Saturday, May 16, 2009

ADAKAH HATI AKU JAHAT? ....bacalah dengan 'hati' nasihat Pak Syeikh SIRI 3

Salam sahabat-sahabat da'i,
Berkata lagi Syeikh Ahmad Muhammad ar-Rasyid dalam kitabnya Fadaeh al-Fitan;
"Sekali lagi syeikh `Umar al-Tilimsani berbicara dengan kami, lantas dia bertanya:
Apakah yang berubah antara semalam dan hari ini dalam gedung dakwah?
Kita wajib mengiktiraf bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku telah membuat sesetengah kita tersasar dan ia telah membina kepahitan-kepahitan (hubungan) antara mereka.

Firman Allah: بل الإنسان على نفسه بصيرة ولو ألقى معاذيرة ( القيامة 14-15)
“Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, sekalipun dia mengemukakan pelbagai alasan”.

Di zaman permulaan dakwah tiada ijazah sarjana (MA), tiada ijazah kedoktoran falsafah (Ph.D), tetapi jiwa-jiwa diwaktu itu lebih jernih. Saudaraku yang telah dipersiapkan Jamaah agar darahnya bercampur dengan darahku di medan jihad: Aku telah menuduhinya. Semua kita ulamak, tetapi kita kekurangan lebihan kasih sayang.

Tidak menakutkan kita, bilangan yang sedikit, atau kita ketiadaan kelengkapan, tetapi yang menakutkan ialah kita lupa diri, dengan itu kita tidak berada dalam keadaan damai dengan Allah.

Kalau kita benar-benar beriman kita akan menang hanya dengan isyarat telunjuk. Kita tidak mengharapkan hidup ikhlas seikhlasnya sepanjang hayat, cukuplah jika kita benar-benar ikhlas sejenak, sekadar satu rakaat solat.

Bukan kepintaran membawa kita mencapai matlamat, tetapi tawakkal, dan kita berdoa dan berkata:

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا
“Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang engkau jadikan mudah”.

Saling membantu antara sesama mukmin adalah asas, dengan merekalah takdir Allah akan berlaku kemenangan.

هو الذى أيدك بنصره وبالمؤمنين (الأنفال 62)
Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongannya dan (pertolongan) para mukmin”.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya; mursyid, pembimbing yang mengkagumkan, dia membimbing dan menyempurnakan tanggungjawabnya. tk..
Baca Selanjutnya...

Friday, May 15, 2009

ADAKAH HATI AKU JAHAT? ....bacalah dengan 'hati' nasihat Pak Syeikh SIRI 2

Salam sahabat-sahabat di jalan dakwah,

Baca lagi dan terus membaca pesanan Pak Syeikh ini:
Sesungguhnya dunia kita ialah dunia amal dan ibadat,
dunia amar makruf dan nahi munkar,
dunia mendidik dan taklim,
........bukan dunia failasuf yang sentiasa saling bercakaran,
........bukan kelab-kelab penyair yang barangan niaga mereka hanyalah lidah.

Oleh kerana itu `urf/ kebiasaan kita menekankan asasiyat amal, ia terdiri daripada taat yang sepenuhnya, beriltizam dengan sistem, strategi dan manhaj, tidak berusaha membolos diri dari urutan sumber rujukan, tidak mendahului mereka yang lebih senior. Dan sesungguhnya tarbiyah kita tegak di atas memperdalamkan asas-asas iman yang terdiri daripada usaha mengeratkan hubungan ukhuwah, mengimarahkan hati dan memelihara lidah.

Kita lempar-buangkan hasad …… kita tegakkan takaful
Kita keluar daripada kesempitan kabilah, kedaerahan dan kebangsaan, kita masuk ke dalam keluasan taaruf dan medan amal yang tersebar di seluruh pelusuk alam.

Kita letakkan syiar-syiar jahiliyah di bawah tapak kaki kita, kita sambut perintah seorang negro berkulit hitam, sekiranya dia lebih alim dan lebih berkelayakan.

Halatuju kita bersifat keimanan, syarat kita bersifat keislaman dan perasaan kita bersifat persaudaraan. Kita tidak kenal permusuhan …. dan kita tidak mengizinkan umpatan.

Kamu boleh lihat! Berapa banyak ensiklopedia yang mungkin boleh ditulis (daripada) cakap-cakap terlepas yang diperkatakan sewaktu khilaf?
Dan berapa banyak masa amal hilang ditelan masa yang dihabiskan dalam membuat kesimpulan mengenai prasangka?

Di antara kepelikan/kehairanan tarbiyah anda mampu memberi peringatan dan mengajak golongan baru dan remaja meninggalkan ria’, takbur dan menunjuk-nunjuk, mereka menganggap perkara itu sebagai bimbingan, tarbiyah dan taujih daripada anda, sedangkan mereka yang telah lama dan telah tepu, jika anda memberi peringatan yang sama dia akan menganggapnya sebagai tuduhan, dia menolak nasihat anda dan angkuh, seolah-olah Rasulullah saw tidak pernah taubat tujuh puluh kali sehari di akhir-akhir hayatnya.

Bila aku baca dengan hati, baca dengan teliti.........bimbang hati aku dihinggapi penyakit batin/jiwa yang keji itu. Moh! Muhasabah diri kita masing-masing. tk..

Terima kasih kepada sahabat yang mengemailkan terjemahan buku yang sangat baik ini.

OLEH:
Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid.
FADAEH AL-FITAN - فضائح الفتن


Baca Selanjutnya...

Thursday, May 14, 2009

ADAKAH HATI AKU JAHAT? ....bacalah dengan 'hati' nasihat Pak Syeikh SIRI 1

Salam sahabat-sahabat,

Renung dan bacalah dengan 'hati' mutiara kata Pak Syeikh ini;
Siapa yang tidak mampu memperbaiki kesalahan dirinya, dia tidak layak menjadi pemantau ke atas kesalahan orang lain, membetuli dan mengkritik mereka.

Antara yang empunya jiwa, ada orang yang melenting dek satu kalimah, lantas dia lupa kamus persaudaraan, dia keluar menjadi musuh, menelanjangkan sahabatnya dari semua keistimewaaan, seolah-olah antara mereka tidak pernah wujud kasih sayang, roti dan garam.

Antara yang empunya jiwa, ada yang jika tidak diindahkan dia tidak akan bersikap lembut, tidak memaafkan, tidak sabar, tidak mengharap apa yang ada di sisi Tuhan, malah dia menjadi jahil, lebih dari semua yang jahil.

Antara yang empunya jiwa, ada yang apabila diperlakukan sesuatu yang menyakitkannya dia tidak bertalu-talu mencela, sepontan atau bertangguh, malah dia sabar pada zahirnya tetapi dia tidak maafkan pada batinnya, dia tidak cuba memaksa dirinya melupa dan memaafkan, tetapi dia menyimpan dalam hati dan terus menyimpan. Dia menzahirkan senyuman, tetapi di dalam ada timbunan semakin membesar, sehingga apabila beratnya sudah sarat bertan-tan, empangan pun roboh, lantas penempatan pun dilimpahi banjir besar. Ia berlaku berulangkali setiap tahun, dia menghukum sahabatnya atas perkara silam yang mereka lakukan terhadapnya. Jumlah tuduhan itu sangat besar, kerana ia telah bertapak begitu lama, dia membantu kotak ingatannya dengan satu daftar penilaian yang memuatkan semua perkara yang telah sahabat-sahabatnya lupakan, dia meletakkan tarikh-tarikhnya dan menandai perkataan-perkatan mereka, mungkin juga dia menyimpan surat-surat mereka dan bukti-bukti yang mungkin hanya mengandungi perkataan-perkataan terlepas cakap, untuk dia jadikan sebagai bukti kesalahan mereka, dengan itu berlakulah rasa sakit dan keledak sakit, malah apa yang lebih teruk daripada sakit.

Terima kasih kepada sahabat yang mengemailkan buku yang sangat baik ini.

OLEH:
Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid.
FADAEH AL-FITAN - فضائح الفتن
Baca Selanjutnya...

Tuesday, May 12, 2009

NASIHAT KEPADA YANG KALAH DAN WASIAT KEPADA YANG MENANG.

Salam sahabat-sahabat pimpinan yang dikasihi,

Bacalah sebuah nasihat yang berguna untuk YANG MENANG dan YANG KALAH oleh Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Semalam yang berbahagia ustaz email kepada saya.

SUKA DUKA MAT(Mesyuarat Agung Tahunan)
Mesyuarat Agung Kawasan dan Dewan-Dewan baru berlalu, kini seluruh tumpuan dihalakan kepada pemilihan dalam muktamar PAS Pusat. Pelbagai cerita suka duka, tawa dan tangis didengar dalam keriuhan suasana mesra jamaah. Itulah keindahan perjuangan Islam. Kita membina ukhuwah Islamiah dalam jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Kemanisan perjuangan ini tentulah tidak lahir secara spontan, Bahkan ianya lahir melalui tarbiyah samada secara formal atau imformal. Semua kita sangat sayangkan suasana ukhuwwah ini, kerana kita yang bersama dalam perjuangan di dunia mengharapkan agar Allah mengumpulkan kita dalam majlis yang diredhaiNya diakhirat.

HAKIKAT PENCALONAN
Kita menyedari bahawa kita bukanlah insan terbaik dalam jamaah, kita bukanlah ahli yang hebat dengan keilmuan sehingga mampu menerangi cahaya bagi menyuluh jalan agar Allah redha kepada kita, kita bukanlah ahli ibadah yang hebat, mampu menangis di hadapan Allah setiap malam dikala manusia lain sedang nyenyak tidur, dan kita juga bukanlah pemimpin terbaik. Kita hanya menawar diri itupun setelah ada orang lain mencalonkan kita; terkadang kita malu dengan pencalonan itu, kerana kita mengetahui kelemahan diri kita, namun apa daya kerana kita tidak mampu menjawab hisaban di akhirat bilamana mengecewakan harapan jamaah.

Lantaran ianya hanya tawaran diri, tentulah kita tidak akan kecewa bilamana kita tidak dipilih. Apa yang nak ditangisi dan disesali diri, kalau ianya adalah satu keringanan hisaban di akhirat?
Apa yang nak dikecewakan bilamana ahli tidak memilih kita, kerana apa yang berlaku dengan kehendak Allah semuanya, tangannya hanya memilih apa yang telah digerakkan hatinya oleh Allah?

Ingatlah, andainya kita tahu betapa gembiranya nanti bilamana kita dihadapkan di hadapan Allah, tentulah kita tidak sedih, kecewa dan apatah lagi menyimpan dendam pada yang tidak memilih kita, bahkan ucaplah terima kasih kerana meringankan bebanan diakhirat, sedangkan bebanan dosa diri sendiripun kita dah tak mampu untuk menjawabnya. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang banyak ini.

Andainya kita rasa sedih di atas kekalahan kita, cuba tanya:
apakah ianya lahir dari rasa hebat kita berbanding orang lain?
atau lekeh sangatkah orang yang berjaya bilamana ramai perwakilan memilih mereka?

Aku sangat khuatir andainya ia lahir dari bisikan syaitan agar rasa kecewa, merajuk kemudian menyepi diri dari jamaah dan akhirnya gugur dari medan dakwah. Kerana inilah matlamat syaitan dan inilah yang menggembirakan musuh, dan inilah juga yang mengecewakan kita di akhirat.

PERJUANGAN DAN BEKALAN
Ketewasan dalam merebut jawatan dalam parti, bukanlah berakhirnya sumbangan kepada kemenangan Islam dan lebih-lebih lagi bilamana kita rasa bahawa jamaah akan susah dengan ketiadaan kita. Perjuangan Islam terus berjalan, dan usia kita semakin hampIr. Apa rasa andaInya kita yang telah menghabiskan usia dalam perjuangan yang sangat panjang, tiba-tiba berakhir dengan kita tiada dalam kelompok yang memperjuangkan Islam.

Aku sangat bimbang akan diriku dalam hal ini. Semoga Allah lindung kita bersama. Lantaran itu, teruskan perjuangan, kerana usia kita semakin hampir bertemu Allah, sedangkan perjuangan ini masih jauh. Inilah nasihat kepada yang ditipu oleh nafsu dan pujukan syaitan yang merasa kecewa dengan pemilihan yang kecil di dunia, agar kita tidak tewas dalam ‘pemilhan’ yang besar di hadapan Allah di akhirat.

WASIAT KEPADA YANG BERJAYA
Andainya kita tahu apa yang menanti kita di akhirat, tentulah kemenangan akan disambut dengan tangisan dan dukacita, kerana itulah wasiat Rasulullah, ” Sesungguhnya jawatan ini adalah amanah, dan ianya diakhirat adalah dukacita dan penyesalan”. Kalaulah tidak kerana perjuangan Islam yang dijanjikan kemenangan di akhirat, tentulah tiada siapa yang teringin akan jawatan ini.

Kepada yang berjaya memenangi apa jua jawatan, berbanggalah di hadapan Aallah andainya kita dapat melaksanakan amanah, mengangkat martabat Islam , memperjuangkan syariat Allah dan berada dihadapan di dunia untuk terus dipilih oleh Allah agar terus berada di hadapan di akhirat. Ingatlah “ debu-debu yang melekat di kaki mereka yang memperjuangkan Islam, menyebabkan ia tidak akan disentuh oleh api neraka di akhirat”. Allahumma masukkan kami dalam kelompok tersebut.

Keindahan perjuangan Islam lahir dari dokongan semua pihak, perjuangan tidak akan bertemu dengan kerehatan dan keselesaan. Perjuangan adalah pengorbanan untuk Allah dan Rasul. Mencari redha Allah bukanlah dapat dicapai dengan merasa hebat dengan jawatan yang disandang, dan juga bukanlah merasakan akulah yang layak, berbanding orang lain.

Perjuangan bagi mendaulatkan Islam tidak akan berhasil andainya kita yang memegang jawatan ini jauh dari Allah, merasa kagum dengan kebolehan diri dan merasakan bahawa apa yang kita capai hasil kebijaksanaan kita dan kitalah penentu kepada kemenagan ini. Lantaran itu, kita dikuasai oleh nafsu merasa kehebatan diri sendiri dan memandang lekeh kepada orang lain. Pimpinan yang berjaya bukanlah mengumpulkan manusia yang hebat sekelilingnya dan merasakann dirinyalah yang hebat dikalangan yang ‘hebat, tetapi pemimpin hebat ialah yang menghargai semua sumbangan, membaiki yang rosak, rawat yang terluka, memberi harapan bagi yang kecewa, agar semuanya terus memberi sumbangan kepada perjuangan ini.
tk..

Baca Selanjutnya...