Salam mukminin dan mukminat,
Semoga kita sentiasa selamat daripada gangguan makhluk yang jahat apatah lagi makhluk halus seperti syaitan dan jin.
Bacalah doa yang dipaparkan dalam bebarapa hari lalu(doa jauhi mala petaka dan wabak penyakit). Lebih baik lagi kalau dibaca bersama ayat Kursi sebagaimana di bawah. InsyaALlah bukan sahaja makhluk kasar tetapi makhluk halus juga akan musnah.
اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ
مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ آُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ
( الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ( ٢٥٥
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya). (2al-Baqarah: 255)
Memohon Kebaikan kebaikan di dunia dan di akhirat:
( وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ( ٢٠١
Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (2:201)
Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Qur'an:
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ( ٨)
(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (Aali Imran 3:8).
Aamien ya Rabb al-'Alamien.
Assalamualaikum w.b.r
ReplyDeleteFirst time dengar kuliah/ ceramah ustaz malam tadi (24/5/09). Respond amat baik dari ahli Jemaah. Semua teruja dan mencatit sesuatu apabila ustaz beri tips dan doa untuk mengelakkan bala dan musibah.
Selepas majlis, ada rakan jemaah cuit saya, dia tanya kalau amal saja doa tu, means mcm keluar nak gi kerja waktu pagi tapi tak solat Subuh, mujarab tak... Saya hanya tersenyum kelat kat beliau. Nak jawab tak berani sebab saya bukan Ustaz.
Wa'alaikumussalam.
ReplyDeleteTerima kasih atas komentar. Kita sama2 berkongsi ilmu kurniaan ALlah. tk..