Friday, May 1, 2009

RIBUT, BANJIR, SELESAMA BABI(Bala')....... warning daripada ALlah untuk semua

Assalamu'alaikum muslimin dan muslimat,

Satu demi satu ALlah Yang Maha Kuasa menurunkan bala' ke atas umat manusia. ALlah datangkan ribut, taufan, banjir, selesema burung dan yang terbaru selesema babi(dalam kategori najis mughallazah). Adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran?
BALOK KUANTAN DILANDA RIBUT
Semalam khamis(30 April) sekitar jam 4.30petang perkampungan Balok, Kuantan dipukul ribut yang kuat. Atap-atap rumah terangkat, tiang letrik tumbang dan merosakkan harta benda(lihat foto). Pagi ini dalam kesempatan saya makan pagi bersama Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, saya mengambil kesempatan meninjau keadaan rumah-rumah dan bengkel-bengkel yang terlibat dalam ribut petang semalam.
Apakah erti BALA' البلاء ?
Bala' dalam ertikata:
1-Ujian dan 2-Balasan Azab

Bagaimana dapat dibezakan antara Ujian dan balasan Azab?
Bila berlaku sesuatu kesusahan, kesakitan dan malapetaka MAKA buatlah penelitian. Jika sekiranya ada maksiat maka itu tandanya bala'-balasan azab daripada ALlah. Jika tiada maksiat itu tandanya merupakan ujian-cubaan daripada ALlah.
Mengapa Allah turunkan bala'?
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ -
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). ar-Ruum: 41

ما من قومٍ عَمِلُوا بالمعاصى وفيهم من يَقدِرُ أن يُنكِرَ عليهم فلم يَفعلْ إلا يُوشِكُ أن يَعُمَّهُمُ الله بعذابٍ مِن عنده
Mana-mana kaum yang melaku-kan maksiat sedangkan di kalangan mereka ada orang yang mampu mencegahnya tetapi tidak berbuat demikian melainkan hampir-hampirlah ALLAH meratakan azab kepada mereka” -alHadith

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَال:َّ لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمِ الَّذِينَ مَضَوْا - إبن ماجة كتاب الفتن رقم 4009
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah saw datang kepada kami dan bersabda: Apabila melata dan terang-terangnya berlaku fahisyah(maksiat yg keji seperti zina) dalam sesuatu bangsa, maka akan tersebarlah ta’un dan kesakitan yang belum pernah berlaku pada orang sebelum mereka.

Datanglah penyakit yang pelik-pelik seperti selesama burung, AIDS/HIV dan kini Selesama Babi sehingga sesetengah penyakit itu tiada ditemui ubatnya. Inilah bala' daripada ALlah.

AZAB TURUN WALAUPUN ADA ORANG SOLEH
قَالَتْ زَيْنَبُ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ قَالَ إِذَا كَثُرَ الْخَبَثُ - ابن ماجة
Zainab bertanya Nabi saw, apakah kita akan dibinasakan sedangkan masih ada di kalangan kita orang-orang yang soleh? Jawab Baginda saw: Ya, apabila banyaknya berlaku zina.

Ada disebut dalam kitab RiyaduSalihin(Hadis ke 2 dalam bab niat) bahawa seseorang yang solih, jika berdiam diri di lingkungan suatu golongan yang selalu berkecimpung dalam kemaksiatan dan kemungkaran, maka apabila Allah Ta'ala mendatangkan azab atau siksa kepada kaum itu, orang solih itu pun pasti akan terkena juga. Jadi Hadith ini mengingatkan kita semua agar jangan sekali-kali bergaul dengan kaum yang ahli kemaksiatan, kemungkaran dan kezaliman.
والسلام عليكم

2 comments:

  1. Moga Allah SWT lindungi kita daripada bala yang sedang dan akan menimpa kita dan apa yang telah berlaku agar ianya menjadi 'ibrah untuk kita terus thabat dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

    albelurani.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.

    Jzkk ustaz. Pengisian yang sangat2 berguna buat peringatan buat waqie kami di oversea ini.

    Syukran

    ReplyDelete