Saturday, May 30, 2009

SPM .....MAKSIMA 10 SUBJEK SAHAJA.....apa yang nak dibimbangkan?

Salam kawan-kawan khususnya para guru.

Saya dulupun seorang guru, guru yang mengajar Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Sejarah Islam(STPM). Setelah mengajar 15 tahun, saya bersara awal(mac 2004). Pernah mengajar di SMK Ahmad Pekan, SMK Tg Afzan Kuantan, SMK Tanah Putih KUantan dan terakhir di SMK Kota Marudu Sabah.

Apa yang tak kena dengan Kementerian Pelajaran? Apa dah jadi Menteri Pelajaran yang baru yang juga Timbalan Perdana Menteri? Apa yang menyebabkan mereka hendak menghadkan pemgambilan mata pelajaran/subjek dalam Peperiksaan SPM kepada 10 subjek sahaja. Apa dah jadi?

Bukan semua pelajar SPM yang ambik 18, 19 atau 20 subjek. Hanya segelintir sahaja, tak sampai 1%pun daripada bilangan pelajar yang mengambil SPM. Pihak sekolahpun tak paksa pelajar ambik 18, 20 subjek melainkan yang mampu itupun guru-guru bantu. Tahulah kami para guru. Guru-guru adalah golongan professional.
Apa alasannya? Alasan yang munasabah dan masuk akal.

Tak ada satu alasanpun untuk dihadkan pengambilan mata pelajaran. Kalau nak ditinjau dari segi bebanan akademik tak timbul kerana memang mereka mampu, subjek teras tak terganggu. Ditinjau dari segi kewanganpun tak ada masalah kerana pihak guru secara sukarela membantu. Kekangan dan susah payah ibubapa hantar tuisyen tak timbul kerana pelajar boleh mengambil subjek minima. Ditinjau dari segi jadual peperiksaan pun tak timbul kerana boleh diselaraskan oleh Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saya risau, takut-takut ada agenda yang tersembunyi.
Kita tak lupa nasib yang pernah menimpa SAR(Sekola Agama Rakyat) apabila kerajaan menarik balik bantuan perkapitanya. Banyaknya sekolah SAR yang ditutup. Muslim Tak Mudah Lupa, yang lupa orang Melayu.

Saya risau dan bimbang kalau ada hidden agenda atau agenda sulit. alMaklumlah yang mendapat pelajar terbaik SPM 2006, 2007 dan 2008 adalah pelajar-pelajar dari sekolah agama. Siti Fatimah mendapat 18A (SPM 2006), Azali Azlan 20A(SPM2007) dan terbaru(SPM 2008) Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, Sek Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu Kelantan, mendapat 20A . Cuma pada tahun 2005 pelajar terbaik SPM ialah Nor Amelina, itupun hanya mendapat 16A.

Kita hendaklah adil, professional .....Janganlah kerana bunyi ‘agama’ mula nak buat kajian kononnya. Sudahlah mengkhianati dan memusuhi sesuatu yang berbunyi Islam atau agama. Buangkan jauh-jauh semangat perkauman dan anti agama.
Sekian, terima kasih.

1 comments:

  1. syeikhuna ustaz yusof,
    ini adalah pandangan yang telah ambe lontarkan dalam TKO.
    bagi ambe, dalam jangka 5 hingga 10 tahun akan datang, akan lahir ulama yang professional atau kalangan bijakpandai/professional yang mampu jadi ulama. mereka diperingkat menengah mengambil subjek2 yang membolehkan mereka menguasai dua bidang. terdapat kini ramai pelajar perubatan uia yang menjadi alhafiz dan sebagainya. semasa pas memerintah terengganu 1999/2004, kolej agama sains ditubuhkan. kini usaha tersebut dipergiatkan oleh TGNA di kelantan.

    melalui sistem peperiksaan spm sekarang, ramai kalangan penyokong pas mengambil kesempatan ini samada secara persendirian atau melalui sekolah dibawah pentadbiran kerajaan negeri islam ie kelantan. dari sini lahirlah pelajar yang mendapat 15A, 16A, 18A atau 20A yang merangkumi subjek2 asas agama dan sains/matematik spt fizik, kimia, biologi, matematik tambahan/tulin, lukisan kejuruteraan dsb. keadaan ini jika berlanjutan, insyakAllah akan melahirkan cendikiawan/professional/ulama yang akan mengasaskan semula hadharah islamiyyah. Inilah menakutkan kerajaan kapir ameno dan disokong kuat oleh kalangan bukan Islam termasuk DAP. dsai sudah tentu serba salah walaupun hatinya sokong atas desakan amerika!!!

    justeru kita semua mesti pertahankan sistem peperiksaan yang ada. mungkin anak kita tak mampu, tetapi jangan dinafikan ramai anak2 kawan2 kita seperti niknur madihah!! ameno tahu ajalnya telah hampir. justeru ameno ikut langkah firaun membunuh semua anak lelaki.

    ReplyDelete