Salam sahabat-sahabat,
Kita mesti jadikan diri kita orang-orang yang benar-benar beriman. Orang yang benar-benar beriman tidak akan membuka rahsia sahabatnya, apatah lagi menghina-caci.
Salah satu faktor yang dapat mempertahankan ukhuwah adalah menjaga rahsia sahabat agar tidak tersebar.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyatakan: "Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahsia yang harus dijaga) baginya." riwayat Abu Dawud.
Anda harus ingat bahawa jika seorang sahabat telah menaruh kepercayaan kepadamu, maka dia tidak akan menyembunyikan semua sikap dan tindak-tanduknya daripada mu, dia akan berbicara dengan begitu telus dan lepas. Padahal jika dengan orang lain dia tidak akan berbicara seperti itu, fahamilah sikap dan tingkahlaku ini dengan baik.
Sebahagian ulama membuat ilustrasi mengenai sahabat yang membawa malapetaka jika dekat dengannya, iaitu orang yang jika dekat, dia berusaha mengetahui rahsia, mengumpulkan
data-data yang berhubungan dengan kita, memerhatikan kesalahan dan kekurangan, menghitung kesalahan-kesalahan kecil yang tidak disengaja, menghafal saat-saat kita tergelincir ucapan atau perbuatan spontan dalam keadaan biasa mahupun sedang marah, atau di dalam pembicaraan terbuka dan lepas yang siapa pun sulit terhindar dari kelalaian. Kemudian ia menjadikan semua hal di atas sebagai senjata untuk menjatuhkan sahabatnya di kala terjadi perselisihan dan perbalahan. (Renung betul-betul patah-patah perkataan ini).
Jika anda mengetahui sesuatu tentang saudaramu, maka hati-hatilah agar tidak membuka rahsianya, atau membuka apa pun yang berhubungan dengan ucapan dan tindakannya yang
seharusnya disimpan. Jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika dia mengizinkan, atau anda yakin bahawa dia membolehkannya. Jika tidak, maka anda telah menyakiti dan merusak hatinya, bahkan akan berakibat lebih buruk, iaitu mengakhiri hubungan ukhuwah yang terjalin dengannya. Bagaimana tidak? Dia telah memohon kepadamu agar menjaga rahsia yang diceritakan kepadamu, namun tidak anda lakukan. Tentunya hal ini akan membawa malapetaka yang sangat besar.
Insafilah! Jangan biarkan syaitan merobek ukhuwwah yang telah lama dibina, jangan biarkan musuh menyelinap masuk di saat api kemarahan memuncak. sekian. tk..
No comments:
Post a Comment