السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Semoga kita semua sentiasa berada dalam peliharaan-'inayah ALlah.
Saya mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang menang dan mengekalkan jawatan masing-masing khususnya jawatan Yang Dipertua(YDP) kawasan. Ustaz Abu Kasim Manaf di Pekan, Ustaz Rosli A.Jabar di Kuantan dan Tn Haji Nasru Amir di Indera Mahkota. Saya sendiri di kawasan Paya Besar. al-HamduliLlah, segala kepujian kita panjatkan kepada ALlah.
PESANAN NABI SAW
Pemimpin dalam Islam bukan satu keistimewaan yang direbut-rebutkan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Kepimpinan adalah suatu taklif bukan suatu tasyrif .
Pemimpin dalam Islam bukan satu keistimewaan yang direbut-rebutkan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Kepimpinan adalah suatu taklif bukan suatu tasyrif .
Pesanan Rasulullah s.a.w. mengenai kepimpinan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Mafhumnya: “ Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”

Kepimpinan juga adalah merupakan ujian dan dugaan daripada Allah. Makin besar tanggungjawab kepimpinan maka makin besarlah pahalanya TETAPI sebaliknya sesiapa yang cuai dan gagal menunaikannya maka besarlah pula dosa dan kemurkaan Allah.
YDP BUKANLAH YANG TERBAIK
Kami sebagai YDP kawasan bukanlah orang terbaik. Marilah kita meneladani Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan perdana menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai khalifah menyeru umat Islam ketika itu yang maksudnya:
“ Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, dan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku”.

Ya ALlah tolonglah kami untuk menyampaikan risalah Islam, risalah peninggalan RasuluLlah saw. Berilah kami kekuatan. tk..
No comments:
Post a Comment