Sunday, May 31, 2009

REBUT 5 PELUANG SEBELUM 5 PENGHALANG - 1

Salam teman-teman,Rebutlah lima peluang sebelum tibanya lima penghalang.1.MUDA SEBELUM TUA.2.SIHAT SEBELUM SAKIT.3.KAYA SEBELUM PAPA.4.LAPANG SEBELUM SIBUK.5.HIDUP SEBELUM MATI.Tepat sekali pesanan RasuluLlah saw,اغتنم خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك. ” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkarayang lain iaitu (1) masa muda mu sebelum tua mu, (2) masa sihat mu sebelum sakit...
Baca Selanjutnya...

Saturday, May 30, 2009

SEKADAR MELEPASKAN KEPENATAN....kasut canggih

...
Baca Selanjutnya...

SEKADAR MELEPASKAN KEPENATAN....jalan raya canggih.

...
Baca Selanjutnya...

SPM .....MAKSIMA 10 SUBJEK SAHAJA.....apa yang nak dibimbangkan?

Salam kawan-kawan khususnya para guru.Saya dulupun seorang guru, guru yang mengajar Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Sejarah Islam(STPM). Setelah mengajar 15 tahun, saya bersara awal(mac 2004). Pernah mengajar di SMK Ahmad Pekan, SMK Tg Afzan Kuantan, SMK Tanah Putih KUantan dan terakhir di SMK Kota Marudu Sabah.Apa yang tak kena dengan Kementerian Pelajaran? Apa dah jadi Menteri Pelajaran yang baru yang juga Timbalan Perdana Menteri? Apa yang menyebabkan mereka hendak menghadkan pemgambilan mata pelajaran/subjek dalam Peperiksaan SPM kepada 10 subjek sahaja. Apa dah jadi?Bukan semua pelajar SPM yang ambik 18, 19 atau 20 subjek. Hanya segelintir...
Baca Selanjutnya...

Friday, May 29, 2009

MOGOK LAPAR ......ADAKAH DIBENARKAN OLEH ISLAM

Mogok adalah satu tindakan yang biasanya diambil dalam 2 keadaan .Pertama, disaat pasrah atau tiada pilihan bertindak bagi merubah sesuatu situasi .Kedua , untuk menarik perhatian pihak lain atau sebagai satu ‘bahasa’ untuk menyatakan sesuatu perkara yang besar setelah bahasa lidah kelihatan tidak difahami .Lapar atau berlapar salah satu dari cara mogok yang sering dilakukan dan ia antara cara mogok yang tertua di dunia dan pernah dilakukan oleh kaum jahiliyah . Ibu kepada Saad bin Abi Waqqas rha. pernah melancarkan mogok untuk tidak makan dan tidak minum , sehinggalah Saad bin Abi Waqqas rha. kembali kepangkuan agama asal mereka .Ibu Saad bin...
Baca Selanjutnya...

Thursday, May 28, 2009

NASIHAT UNTUK PEMUDA - siri 3

Sahabat-sahabat pemuda Islam yang dikasihi,Matlamat dan sasaran perjuangan Islam dan dakwah yang kita bawa hendaklah jelas, lebih jelas daripada sinaran matahari. Untuk itu kita terus meneliti ungkapan nasihat oleh Imam as-Syahid Hasan al-Banna;Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak/beramal, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.Wahai angkatan pemuda !Ada pun manhaj atau program induk kita...
Baca Selanjutnya...

NASIHAT UNTUK PEMUDA - siri 2

Salam sahabat-sahabat,As-Syahid Hasan al-Banna menegaskan lagi; satu sahaja fikrah/ideologi yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di dalam keadaan tercengang-bangang, dan yang benar-benar sanggup memimpin umat manusia ke arah jalan yang sewajarnya.Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah semahal-mahalnya. Fikrah yang...
Baca Selanjutnya...

Wednesday, May 27, 2009

NASIHAT UNTUK PEMUDA - siri 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada adinda Nasrudin Hassan Tantawi kerana menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda Pusat. Begitu juga kawan-kawannya Ustaz Azman Syafawi dan Sabki Yusuf selaku Timbalannya dan Naibnya.Marilah kita meneliti nasihat khusus Imam as-syahid Hassan al-Banna kepada para pemuda. Wahai Pemuda!Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan...
Baca Selanjutnya...

Tuesday, May 26, 2009

SEKIRANYA TEKS AYAT atau DOA TERBALIK

Salam muslimin dan muslimah,Teks ayat atau doa yang anda salin(copy) dari blog ini , kemudian paste ke document Microsoft Word mungkin terbalik. Cara penyelesaiannya ialah anda tukar dengan membawa tetikus ke atas teks ayat/doa tersebut kemudian tekan icon set the direction. Klik pada icon yang tertulis “Right – to – Left Text Direction. Cuba dulu. Tk.....
Baca Selanjutnya...

SENJATA TERCANGGIH MELAWAN SYAITAN@MAKHLUK HALUS termasuklah juga MAKHLUK KASAR yang jahat.

Salam muslimin dan muslimat,Sudah empat hari saya tidak up date blog ini. Ini kerana saya berada luar daripada Kuantan dan agak sibuk, sibuk sikit aje. Berikut saya tuliskan beberapa bacaan/doa yang sepatutnya menjadi amalan khususnya menghadapi ilmu hitam, sihir, santau dan lain-lain. Bacalah dengan lidah dan mintalah dengan hati. Janganlah berdoa dengan hati yang lalai.1.أعوذُ باللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ -Aku berlindung dengan ALLAH Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam. 2.بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .3.بِسْمِ...
Baca Selanjutnya...

Friday, May 22, 2009

BERDOA KEPADA ALLAH - jangan jemu - Siri 4......DOA MENANGKIS MAKHLUK HALUS, DAPAT DUNIA DAN AKHIRAT, DITEGUHKAN HATI DAN LAIN-LAIN

Salam mukminin dan mukminat,Semoga kita sentiasa selamat daripada gangguan makhluk yang jahat apatah lagi makhluk halus seperti syaitan dan jin. Bacalah doa yang dipaparkan dalam bebarapa hari lalu(doa jauhi mala petaka dan wabak penyakit). Lebih baik lagi kalau dibaca bersama ayat Kursi sebagaimana di bawah. InsyaALlah bukan sahaja makhluk kasar tetapi makhluk halus juga akan musnah.اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُمَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ...
Baca Selanjutnya...

Thursday, May 21, 2009

BERDOA KEPADA ALLAH - jangan jemu - Siri 3......DOA JANGAN DIUJI DENGAN APA YANG KITA TIDAK MAMPU TANGGUNG

Salam muslimat dan muslimin, SARANAN SUPAYA BERDOAMemohon kepada Tuhan adalah suruhan-Nya. Ia adalah satu daripada amalan dalam menyembah-Nya. Firman-Nya,( وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ ( ٦٠Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan...
Baca Selanjutnya...

Wednesday, May 20, 2009

BERDOA KEPADA ALLAH - jangan jemu Siri 2......DOA DAPAT ANAK

Salam muslimin dan muslimat,﴿هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (Surah Aali Imran:38)Doa baca yang bertulisan MERAH.Doa Nabi Zakaria untuk memohon anak:قَالَ رَبِّ إِنِّى وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّى وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْباً وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيّاً - وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِىَ مِن وَرَآئِى وَكَانَتِ امْرَأَتِى عَاقِرًا فَهَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ...
Baca Selanjutnya...

BERDOA KEPADA ALLAH - jangan jemu Siri 1 ......DOA ADALAH IBADAT

Salam muslimin dan muslimat,•Hampir separuh kehidupan seorang muslim diperuntukkan untuk berdoa dan munajat kepada ALlah. Doa merupakan ibadah bahkan termasuk ibadah yang sangat agung.Allah memerintahkan hamba-hambaNYA agar sentiasa berdoa kepadaNYA. Cuba lihat surah al-Mukmin/Ghafir ayat 60. وَقَالَ رَبُّكُـمْ ادْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَخِرِينَ •Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenan-kan doa permohonan kamu. Sesungguh-nya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina....
Baca Selanjutnya...

Tuesday, May 19, 2009

ANAK CUCU ADALAH PENYEJUK MATA HATI(qurratu-a'yun)

Salam teman-teman,Ada satu ungkapan yang cantik, "Make sure your family is success and your dakwah will be success too - Pastikan keluarga anda cemerlang, nanti dakwah anda juga akan cemerlang".Terima kasih anak cucu, anak menantu dan terutamanya isteri, Puan Faridah Kamaruddin; yang banyak mendorong dan menyokong dalam kerja-kerja dakwah. Sanggup susah payah bersama toki. Anda semua adalah penyejuk mata hati toki(uye-ustaz yusof embong). Setakat...
Baca Selanjutnya...

Monday, May 18, 2009

DOA PELINDUNG.....baca-yakinlah.....UYE SELAMAT SAMPAI KE KUANTAN

Salam anak cucu toki yang dikasihi,al-HamduliLlah syukur toki(uye) kepada ALlah kerana selamat sampai ke rumah malam tadi sekitar jam 1 pagi. Toki semalam (17jun-ahad) mengambil Nurussolehah(anak keempat) di matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Pagi tadi toki mendapati tayar belakang kereta AER9802 kempis teruk(pancit), tak apalah kerana dah selamat sampai. Itulah berkat pertolongan ALlah kerana baca DOA PELINDUNG, doa yang Nabi saw ajar.Sejak kes Selesama...
Baca Selanjutnya...

ADAKAH HATI AKU JAHAT? ....bacalah dengan 'hati' nasihat Pak Syeikh SIRI 4

SalamuLlah 'alaikum wahai sahabat-sahabat seperjuangan,Kalau anda teliti baik-baik ucapan Pak Syeikh, kita akan mendapati kata-kata itu sangat bernilai dan mengusik hati. Hati yang mahu ditazkiahkan, hati yang mahu mencari redha ALlah. Jom kita baca lagi dengan hati mutiara-mutiara kata Pak Syeikh;"Dalam keadaan fitnah cerita dakwah terlepas kepada pihak musuh, jika anda kecam, dia tidak menerima anda menuduhnya membocorkan rahsia. Mungkin benar (dia tidak bocorkan), tetapi sebenarnya (sikap) tak ambil peduli. Paling buruk dalam isu fitnah, semua yang terlibat menganggap diri mereka pemimpin, muhasabah anda akan jadi sia-sia, anda tidak tahu...
Baca Selanjutnya...

Saturday, May 16, 2009

ADAKAH HATI AKU JAHAT? ....bacalah dengan 'hati' nasihat Pak Syeikh SIRI 3

Salam sahabat-sahabat da'i, Berkata lagi Syeikh Ahmad Muhammad ar-Rasyid dalam kitabnya Fadaeh al-Fitan; "Sekali lagi syeikh `Umar al-Tilimsani berbicara dengan kami, lantas dia bertanya:Apakah yang berubah antara semalam dan hari ini dalam gedung dakwah?Kita wajib mengiktiraf bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku telah membuat sesetengah kita tersasar dan ia telah membina kepahitan-kepahitan (hubungan) antara mereka.Firman Allah: بل الإنسان على نفسه بصيرة ولو ألقى معاذيرة ( القيامة 14-15)“Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, sekalipun dia mengemukakan pelbagai alasan”.Di zaman permulaan dakwah tiada ijazah sarjana (MA), tiada...
Baca Selanjutnya...

Friday, May 15, 2009

ADAKAH HATI AKU JAHAT? ....bacalah dengan 'hati' nasihat Pak Syeikh SIRI 2

Salam sahabat-sahabat di jalan dakwah,Baca lagi dan terus membaca pesanan Pak Syeikh ini:Sesungguhnya dunia kita ialah dunia amal dan ibadat, dunia amar makruf dan nahi munkar, dunia mendidik dan taklim, ........bukan dunia failasuf yang sentiasa saling bercakaran, ........bukan kelab-kelab penyair yang barangan niaga mereka hanyalah lidah. Oleh kerana itu `urf/ kebiasaan kita menekankan asasiyat amal, ia terdiri daripada taat yang sepenuhnya, beriltizam dengan sistem, strategi dan manhaj, tidak berusaha membolos diri dari urutan sumber rujukan, tidak mendahului mereka yang lebih senior. Dan sesungguhnya tarbiyah kita tegak di atas memperdalamkan...
Baca Selanjutnya...

Thursday, May 14, 2009

ADAKAH HATI AKU JAHAT? ....bacalah dengan 'hati' nasihat Pak Syeikh SIRI 1

Salam sahabat-sahabat,Renung dan bacalah dengan 'hati' mutiara kata Pak Syeikh ini;Siapa yang tidak mampu memperbaiki kesalahan dirinya, dia tidak layak menjadi pemantau ke atas kesalahan orang lain, membetuli dan mengkritik mereka. Antara yang empunya jiwa, ada orang yang melenting dek satu kalimah, lantas dia lupa kamus persaudaraan, dia keluar menjadi musuh, menelanjangkan sahabatnya dari semua keistimewaaan, seolah-olah antara mereka tidak pernah wujud kasih sayang, roti dan garam.Antara yang empunya jiwa, ada yang jika tidak diindahkan dia tidak akan bersikap lembut, tidak memaafkan, tidak sabar, tidak mengharap apa yang ada di sisi Tuhan,...
Baca Selanjutnya...

Tuesday, May 12, 2009

NASIHAT KEPADA YANG KALAH DAN WASIAT KEPADA YANG MENANG.

Salam sahabat-sahabat pimpinan yang dikasihi,Bacalah sebuah nasihat yang berguna untuk YANG MENANG dan YANG KALAH oleh Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Semalam yang berbahagia ustaz email kepada saya.SUKA DUKA MAT(Mesyuarat Agung Tahunan)Mesyuarat Agung Kawasan dan Dewan-Dewan baru berlalu, kini seluruh tumpuan dihalakan kepada pemilihan dalam muktamar PAS Pusat. Pelbagai cerita suka duka, tawa dan tangis didengar dalam keriuhan suasana mesra jamaah. Itulah keindahan perjuangan Islam. Kita membina ukhuwah Islamiah dalam jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Kemanisan perjuangan ini tentulah tidak lahir secara spontan, Bahkan ianya lahir melalui...
Baca Selanjutnya...