Sunday, February 8, 2009

UNTUK PEJUANG ISLAM - SATU DARIPADA TIGA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sahabat-sahabat yang dikasihi,

ALLAH mengingatkan kita terdapat tiga ancaman yang akan dilalui oleh pejuang-pejuang Islam. Inilah tiga ancaman yang telah dialami oleh golongan Islam di sepanjang zaman hingga hari kiamat. 1- Dipenjara. 2- Dibunuh 3- Dibuang negeri.

Lihatlah firman ALLAH SWT;

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusir-mu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. AL-ANFAL=30

Sangatlah benar ayat di atas kalau dipadankan dengan ucapan as-Syahid 'Abdul Qadir 'Audah;
1.Jika DIBUANG DAERAH, aku melancong percuma.
2.Jika DIPENJARA, aku beruzlah dan beribadah.
3.Jika DIBUNUH, aku bertemu TUHAN ku sebagai syuhada’.

Moga-moga menjadi peringatan untuk kita semua. tk..

No comments:

Post a Comment