Thursday, February 26, 2009

JADILAH PEMIMPIN.......depan kita syurga dan neraka. 3

DUA SIFAT/RUKUN UTAMA PEMIMPIN
Rukun tersebut ialah : Quwwah dan Amanah.

Firman Allah swt :
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَاأَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنْ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِينُ
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah". ( Al Qasas 26 )

1 Al-Quwwah
Dalam peperangan :
i- Berani mati ( syahid ).
ii - Mahu / siap siaga untuk tampil kehadapan.
iii- Pintar dalam siasah / teknik peperangan.
Dalam menetapkan hukum .
i-Kembali kepada keadilan (Al quran dan Sunnah ).
ii-Kesanggupan melaksanakannya.
Dalam memimpin Jamaah .
i- Keupayaan membawa Jamaah ke arah yang digariskan oleh Manhaj Nabawi.
ii- Mengistiqamahkan ahli untuk terus memperjuangkan risalah As-samawiyyah (Islam).

2 Al-Amanah
i- Tidak menjual beli ayat Allah dengan harga yang murah di pasaran dunia.
ii- Melenyapkan rasa takut terhadap sesama manusia .

Dengan adanya sifat AL-QUWWAH dan AL-AMANAH ini maka seseorang pemimpin benar-benar ikhlas dalam perjuangannya. Bekerja kuat untuk mendaulatkan Islam serta tidak takut kepada manusia. Dia tak mudah untuk lari dari perjuangan disebabkan habuan dunia.

Firman Allah swt :
فَلا تَخْشَوْا النَّاسَ وَاخْشَوْنِي وَلا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلا وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْكَافِرُونَ
“ Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaku dan jangan kamu kamu memperdagangkan ayat - ayatku dengan harga yang murah dan barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang - orang yang kafir.”( Al Maidah 44 )

PENTINGNYA KEPIMPINAN
Ia adalah tuntutan syara’ sebagaimana sabda RasuluLlah saw,
(إذا خَرَجَ ثلاثةٌ في سفرٍ فليؤَمِّروا أحدَهم ( أبو داود
"Apabila keluar tiga orang untuk bermusafir maka lantiklah salah seorang untuk menjadi ketua".

Ianya juga adalah tuntutan ummah .
i- Untuk pengawasan dalaman sesebuah organisasi .
ii- Mewujudkan tarbiyyah dikalangan anggota
iii- Mengambil tahu hal ehwal anggota
iv -menyelaraskan pentadbiran dan perlaksanaan/perjalanan jamaah.
v -Bertanggunggjawab terhadap pembentukkan syakhsiyyah berjamaah dan bermasyarakat .
vi -Mewujudkan suasana bermusyawarah .

FUNGSI UMUM KEPIMPINAN
Memahami fungsi kepimpinan di dalam sesuatu organisasi adalah penting kerana ia melibatkan skop keterlibatan peranan pemimpin secara menyeluruh .

Secara umum fungsi kepimpinan dapat diringkas seperti :
1.Membentuk dan membimbing ahli jamaah ke arah kejayaan dunia dan akhirat .
2.Menyatupadukan anggota dengan bertindak sebagai orang tengah , pakar rujuk. penasihat , kawan yang bersimpati dan pendengar yang sabar .
3.Mewujudkan suasana yang selesa untuk membolehkan orang yang dipimpin memperolehi manafaat secemerlang mungkin . Ini termasuklah memberi dorongan berdasarkan ganjaran , hukuman dan teguran .
4.Merancang , menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada anggota organisasi . Setiap aspek pengurusan dijalankan dengan :
-Penglibatan yang bermakna daripada ahli-ahli.
-Memberi ransangan yang berterusan kepada anggota menyatakan dengan jelas matlamat pengurusan agar wujud keselarasan dlm tindakan dan objektif .
5. Memudahkan perhubungan antara anggota organisasi ( jamaah ) . Ini mengambil kira kaedah penyaluran maklumat yang sesuai dan berkesan .

CIRI - CIRI KEPIMPINAN YANG BAIK
. . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . bersambung

No comments:

Post a Comment