Wednesday, February 11, 2009

PERGINYA SEORANG KAWAN menemui ALLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Malam semalam(10 feb selasa) saya berada di Taman TAS kerana ada usrah. Ketika itu seorang sahabat veteran Tn Haji Din diberitahu bahawa Ustaz Adham Che Kob meninggal dunia maghrib tadi.

Pagi ini kul 8.30 (11 feb rabu) saya bersama Ustaz Syukry Jusoh ke Taman Sepekan Jaya untuk menziarahi jenazah allahyarham Ustaz Adham. Setiba di sana sudah ramai muslimin muslimat di perkarangan rumah allahyarham. Maka bersalam-salaman kami dengan kawan-kawan; sebahagiannya memangnya dah lama tak bersua. Sebahagiannya jauh lebih tua dari saya, beruban rambut, jalan pun tak larat....kesian. Semua kita menunggu mati.

Mati kita tak dapat elakkan. Mati memang kena mati. Yang Islam mati, yang kafirpun mati. Sokong Islam mati, lawan Islampun mati. Berjuang Islam mati, takut berjuangpun mati. Jadi....lebih baik kita berjuang menegakkan Islam walaupun kita akan dimarah, dikacau. diugut, dinafikan hak untuk naik pangkat dan sebagainya.

Syukur alhamduliLLah, allahyarham Ustaz Adham adalah penyokong setia Islam dan Parti Islam SeMalaysia(PAS). Moga ruh allahyarham dicucuri rahmat-kasihsayang ALLah.

Sekitar jam 10.10 pagi solat jenazah didirikan oleh lebih daripada 200 orang. Solat tersebut diimami oleh al-fadhil Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ingat! KIta semua akan menyusul di belakang; maut(kematian) sedang mengintai-gintai giliran kita. PASTIKAN KITA MATI DALAM IMAN DAN BERJUANG ISLAM. TK..

1 comments:

  1. Terima kasih ustaz. buka laman ni baru saya tahu yang ustaz adham che kob telah kembali ke rahmatullah. semoga allah mencucuri rahmat ketas rohnya.

    Allah huakbar...

    ReplyDelete