Friday, February 20, 2009

AKHLAQ MUKMIN 4…….jagalah lidah mu! GHIBAH@MENGUMPAT 5(terakhir)

BILA HARUS MENGUMPAT
1.Bila berlaku penganiayaan seperti seorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya. Dalam hal serupa ini, tidak mungkin jelas perkaranya, melainkan dengan menyebut dan me-nerangkan keburukan dan kejahatan si zalim itu untuk membuktikan kezalimannya.
2. Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengem-balikan seorang ‘ashi (derhaka) ke jalan kebaikan.

3. Ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum dalam agama; jika sekiranya secara sindiran tidak difahami melainkan secara terang-terangan.
Hal ini berdasarkan kepada suatu riwayat dari Hindun binti Utbah. Bahwasanya ia telah mengadu kepada Rasullullah s.a.w: Bahwasanya Abu Sufyan itu (suaminya) adalah seorang yang amat pelokek. Dia tidak memberi keperluan yang secukupnya untuk aku dan anak-anak. Maka Nabi saw bersabda, Ambillah apa yang cukup mengikut keperluan kamu dan anak-anakmu secara adil.

4.Mengingatkan seorang muslim supaya berwaspada kepada sesuatu kejahatan seseorang seperti jika dia mengetahui tentang kejahatan seseorang. Ataupun orang yang cuba membuktikan dirinya benar di hadapan hakim, lalu menuduh saksi sebagai tidak benar. Atau dalam memilih pasangan hidup apabila diminta. Atau menyatakan keaiban seseorang agar tidak diserahkan AMANAH kepadanya(Apatah lagi kalau bersabit dengan amanah kepimpinan negara, lagi besar amanahnya).
* Niat mestilah baik.

5. Bila seseorang itu dikenali dengan sesuatu gelaran walaupun menunjukkan kekurangan padanya seperti si buta, si pekak, si botak dan lain-lain. Adalah baik kalau dengan panggilan baik seperti si buta digelar si celik.

6. Bila seseorang itu memang sengaja terang-terangan membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatannnya itu. Bahasa mudah dia memang ahli maksiat atau kaki maksiat seperti kakibotol, kaki judi, kaki betina dan lain-lain.

Ya ALlah, selamatkan kami dari bencana lidah khususnya kerana mengumpat. Jadikan lidah kami sentiasa basah mengingati MU. tk..

No comments:

Post a Comment