Tuesday, February 24, 2009

JADILAH PEMIMPIN.......depan kita syurga dan neraka. 1

Salam sahabat-sahabat.
Ini musim kita memilih pemimpin. Pemimpin peringkat cawangan dan kawasan serta dewan-dewan. Nanti peringkat negeri dan pusat. Pilih jangan tak pilih. Itu hak kita untuk memilih dan dipilih. Bila memilih tu janganlah main hentam aje...Kena tanya ALlah dan Rasul. ALlah dan Rasul setuju tak pilihan kita tu? ALlah redha ker tidak?
Ahh aku tak kira "itu puak aku, dia yang bagi aku duit, dia yang menaikkan aku....dan macam2 cakap lagi.
Jangan sampai......yang memilih dan terpilih masuk Neraka.

PENDAHULUAN
Makhluk ALlah di dunia ini terdiri daripada Manusia, Malaikat, Haiwan, Tumbuhan dan Benda-Benda Beku; syaitan pun termasuklah juga.

Allah menjadikan manusia semulia-mulia makhluk di atas muka bumi.
لقد خلقنا الإنسان فى أحسن تقويم
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)[Surah at-Tin =4]

Manusia dapat menguasai seluruh makhluk yang lain walaupun badannya kecil.
Manusia memiliki ruh, akal dan jasad yang sempurna.
Manusia tidak boleh hidup secara bersendirian dan asing daripada masyarakat. Manusia adalah makhluk sosial yang bermasyarakat. Masyarakat pula tidak akan aman dan sejahtera tanpa adanya pemimpin.

SEMUA MANUSIA ADALAH PEMIMPIN
Pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawab(Tanggung di dunia, jawab di akhirat). . Seorang manusia sekurang-kurangnya bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, maka dia adalah pemimpin. Ayah sebagai pemimpin keluarga, pengetua pemimpin sekolah, menteri besar pemimpin negeri, perdana menteri pemimpin negara begitulah seterusnya.

Sabda Nabi saw;
كلكم راع وكل راع مسؤول عن رعيته
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya”.Bukhari & Muslim

Pemimpin dalam Islam bukan satu keistimewaan yang direbut-rebutkan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.

فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain , maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.” ( Al Baqarah 283 )

Kepimpinan adalah suatu TAKLIF (tanggungjawab/amanah) bukan suatu TASYRIF (keistimewaan/penghormatan).

Lebih besar bidang kepimpinan maka lebih besarlah tanggungjawabnya.
Kepimpinan juga adalah merupakan ujian dan dugaan daripada Allah.
Makin besar tanggungjawab kepimpinan maka makin besarlah pahalanya TETAPI sebaliknya sesiapa yang cuai dan gagal menunaikannya maka besarlah pula dosa dan kemurkaan Allah.

Sabda Rasulullah ( saw ) :
مَا مِنْ راعٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ يموتُ يومَ يموتُ وهو غاشٌ رَعِيَّتِهِ إلا حرَّمَ اللهُ عليه الْجنةَ
Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya , dia mati kerana tiba ajalnya pada hal dia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .”

ANTARA NIKMAT DAN AMANAH
....................................................................bersambung

No comments:

Post a Comment