السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Teman-teman ku para mukmin dan mukminah,
Setiap individu muslim-mukmin hendaklah memelihara pandangan dan penglihatannya daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh ALlah kerana pandangan terhadap sesuatu yang menarik itu boleh meransangkan nafsu syahwat.
Penglihatan juga merupakan pancaindera yang membawa ke kancah kemaksiatan kepada ALlah.
Berhubung dengan perkara ini A-Quran mengingatkan kepada orang-orang mukmin supaya sentiasa memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan maksiat.
Terhadap dua mata ALlah subhanahu wata’ala mewajibkan agar tidak melihat kepada segala yang DIA haramkan melihatnya, serta menahan dari melihat segala sesuatu yang dilarang.
ALlah subhanahu wata’ala berfirman mengenai kewajiban mata, “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (QS. an-Nur :30)
Maksud menjaga pandangan dalam ayat di atas iaitu hendaknya kita tidak melihat kepada kemaluan/aurat orang lain, serta hendaknya kita juga menjaga kemaluan/aurat sendiri agar tidak dilihat oleh orang lain.
Al-Imam as-Syafi'i menegaskan, "Seluruh bentuk penjagaan terhadap kemaluan/aurat yang terdapat di dalam Kitabullah memiliki erti penjagaan dari zina, kecuali dalam ayat ini saja, iaitu menjaganya dari pandangan (melihat atau dilihat)."
Demikianlah kewajiban yang ditetapkan ALlah terhadap dua mata,iaitu berupa menahan pandangan dari yang haram, dan itu merupakan tugasnya serta merupakan bahagian dari keimanan. ALlah juga menyebutkan kewajiban hati, pendengaran dan penglihatan secara bersama di dalam satu ayat sekaligus.
ALlah berfirman, artinya, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya.” (QS. al-Isra' :36)
Semoga kita semua bersabar menahan penglihatan daripada sesuatu yang diharamkan oleh ALlah. tk..
No comments:
Post a Comment