|
UCAPAN AL-MURSYIDUL AM PAS MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT, DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT PADA 26 JAMADIL AKHIR 1431 / 9 JUN DI PUTIK, PENGKALAN CHEPA Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat. (An-Nisak: 58) Terima kasih saudara pengerusi majlis, · Yang Berhormat Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, · Al-fadhil Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, · Al-fadhilah Dewan Ketua Muslimat PAS Pusat, · Al-fadhil Wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, · Yang dihormati ahli jawatankuasa Ulamak, Pemuda dan Muslimat, · Serta sidang perwakilan dan para pemerhatian Muktamar sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama berada di dalam majlis perasmian muktamar tahunan dewan-dewan PAS Pusat pada malam ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan muktamar tahunan dewan-dewan yang julung-julung kali diadakan serentak pada tahun ini. Mewakili pihak tuan rumah, saya mengucapkan selamat datang, “ahlan wasahlan wamarhaban biqudumikum..” Perjuangan Islam Merupakan Satu Kewajipan Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian. Saya ingin memulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah satu pilihan, tetapi ia merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua. Ini kerana setiap perkara yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai tugasnya masing-masing. Makhluk seperti binatang mempunyai tugasnya. Kayu dan batu yang tidak bernyawa juga mempunyai tugasnya iaitu kesemuanya diciptakan oleh Allah SWT untuk kegunaan manusia sebagaimana yang disebut di dalam firmanNya: Yang bermaksud: ”Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu”. (Al-Baqarah: 29) Jika semua perkara di dunia ini diciptakan untuk kegunaan manusia, maka untuk apakah pula manusia itu sendiri diciptakan? Adalah janggal jika dikatakan manusia yang merupakan makhluk yang paling sempurna tidak mempunyai tugasnya yang tersendiri. Justeru, Islam hadir dengan satu jawapan bahawa tugas manusia ialah mengabdikan diri kepada tuhan yang menciptakan alam ini iaitu Allah SWT. Jawapan ini jelas disebut oleh Allah SWT di dalam ayat yang berbunyi: Yang bermaksud : Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supayamereka mengabdi kepada-Ku. (Az-Zaariat: 56) Pengabdian kepada Allah SWT haruslah dengan cara yang Allah sendiri tentukan. Ia tidak boleh dibuat dengan hasil kreativiti manusia itu sendiri. Manusia boleh berinovasi tetapi tidak di dalam urusan pengabdian kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, diutuskan para nabi alaihimussolatu wassalam untuk mengajar manusia bagaimana mahu mengabdikan diri kepada Allah gar tidak tersesat jalan dalam kehidupan ini. Hidup mengikut Islam adalah dua kali ; 1. Hidup untuk beribadah sepenuh masa iaitu hidup sekarang (duniawi). 2 Hidup selepas mati (kiamat) yang disebut dengan lebih daripada 40 nama termasuklah nama yaumiddin yang wajib diulang setiap kali muslim bersembahyang. Inilah yang disebut sebagai dakwah. Para nabi datang bukan dengan tujuan mahu mengajar manusia bagaimana membina tamadun dan melakukan pembangunan fizikal, tetapi lebih jauh dari itu ialah dengan misi untuk menyelamatkan manusia dari terjun ke dalam api neraka di akhirat kelak. Inilah apa yang dilakukan oleh PAS pada hari ini. Kita mewarisi perjuangan para nabi di dalam mengajak manusia ke arah makruf dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Kita tidak mewarisi perjuangan demokrasi dari Eropah, Inggeris dan Perancis. Sekalipun zaman nubuwwah telah berakhir dengan pengutusan nabi Muhammad SAW, namun tugas untuk meneruskan usaha dakwah ini masih belum tamat dan tidak akan tamat selama-lamanya. Di dalam hal ini, para nabi yang akan menjadi contoh kita. Bukan mana-mana ahli falsafah. Kita tidak ke Barat dan tidak ke Timur mengikuti arus, apa yang kita pegang hanyalah Islam. Inilah yang telah ditegaskan oleh pimpinan kita yang terdahulu. Saya ingin menukilkan tulisan Almarhum Doktor Burhanuddin Helmi di dalam majalah Suara Islam bilangan 1 tahun ke-2 yang dikeluarkan pada Disember 1957, beliau menulis, “Tiap-tiap perjuangan mesti ada cita-cita atau ideologi, dan cita-cita itu didasarkan atas tujuan yang benar-benar teguh dan adil, ideologi adalah nyawa kepada pertubuhan..” Sesungguhnya, ideologi PAS ialah Islam. Tanpa Islam, PAS umpama jasad tanpa nyawa. Justeru, saya sekali lagi ingin mengingatkan bahawa perjuangan kita bukan bermula pada hari ini, ia merupakan perjuangan yang dimulakan oleh para anbiya’ yang terdahulu. Kita hanyalah mata rantai di dalam perjuangan ini, kita mempusakainya dari generasi yang terdahulu, dan kita menyambung mata rantai itu serta akan mewariskannya pula kepada generasi yang terkemudian. Belajar dari sejarah Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian. PAS memilih untuk berjuang melalui medan siasah iaitu medan yang ditutup rapat pada zaman penjajah. Itulah penjajah Inggeris di Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Inggeris dan Perancis di Timur Tengah. Siasah PAS adalah politik-dakwah. Maka, kita bergerak sebagai parti politik dan kita berdakwah (berkempen) ketika bertanding dalam pilihan raya dan selepasnya demi mencapai cita-cita untuk mempersembahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat. Dalam perjuangan inilah, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik-dakwah. Kesemua pengalaman pahit manis ini merupakan khazanah PAS yang berharga di dalam mendepani cabaran pada masa akan datang. Dalam menyertai pilihan raya, PAS pernah bersendirian meraih sokongan rakyat. Hasilnya, PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu di dalam pilihan raya umum pada tahun 1959. Sekalipun berdepan dengan parti gabungan Perikatan pada masa itu, namun kita berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan baik. Sejarah juga mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973. PAS pada masa itu dengan hati yang ikhlas menyambut huluran tangan perpaduan dengan harapan berlaku kebaikan berpanjangan. Rupanya Barisan Nasional adalah perangkap bagi PAS. Kita menyertai Barisan Nasional demi perpaduan, namun kesannya amat parah kepada PAS khususnya di Kelantan, PAS sendiri telah berpecah empat – selain PAS, munculnya Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Ia ditambah lagi dengan peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Para pimpinan, perwakilan dan pemerhati yang dikasihi sekalian. Inilah sejarah jatuh bangun PAS di dalam politik negara. Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua di dalam menongkah perjuangan. Ingin saya peringatkan, lembaran sejarah mencatit UMNO dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melipat senjata. Selepas ditendang keluar dari Barisan Nasional, PAS bersendirian, kembali dagang mengatur tapak membina kekuatan seperti dagangnya Nabi Muhammad SAW sekembalinya dari Thoif dengan kakinya yang mulia berlumuran darah sambil merayu kepada Allah SWT dengan doanya yang masyhur. Berkat kegigihan, kita bengah dengan semaraknya Kepimpinan Ulama disokong oleh penggerak tarbiyah parti yang terus memperkasa Kepimpinan Ulama. Landasan tarbiyah turut sama mengukuhkan kepimpinan Pemuda dan Muslimat. Berkatnya Kepimpinan Ulama telah mendapat sokongan semakin ketara, sehingga mampu mengatur perancangan politik-dakwah mendepani segala cabaran. Antaranya, persepakatan dengan Semangat 46 membolehkan PAS menguasai Kelantan semula pada tahun 1990, persefahaman dan penyertaan PAS dalam Barisan Alternatif menghadiahkan kemenangan di Terengganu pada tahun 1999 dan akhirnya melalui percaturan satu lawan satu di dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, ian telah mencatit sejarah di mana kita berjaya menafikan majoriti dua pertiga (2/3) Barisan Nasional di parlimen. - bersambung |
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
No comments:
Post a Comment