Tuesday, June 15, 2010

Allahyarham Ustaz Hassan Shukri..........Hadir mu disukai, Pergi mu ditangisi

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat,

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.


Begitulah juga Ustaz Hasssan Shukri bekas Timbalan Presiden PAS dan bekas Pesuruhjaya PAS Selan
gor meninggal dunia di Hospital Selayang jam 2.00 petang semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat
dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam
yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.


Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Ustaz Idris Ahmad, Dr Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.


Sebelum itu, lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya. Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.



Sebelum majlis solat jenazah bermula,
Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Semoga ALlah mengampuni dosa-dosa beliau dan merahmati allahyarham Ustaz Hassan Shukri.

Kita yang masih hidup hendaklah meneruskan perjuangan seperti biasa bahkan bertambah gigih lagi.


Sumber Berita/Foto : Dari HarakahDaily dan Pelbagai Blog.

No comments:

Post a Comment