Saturday, September 3, 2011

TERUSKAN IBADAT RAMADHAN.........untuk 11 bulan mendatang

Salam teman-teman,
Puasa Ramadhan sudah, raya sudah, rumah terbuka sudah. Semuanya dah selesai. Kalau begitu mari teruskan lagi "ibadat Ramadhan" sebagaimana biasa.
Ayat di atas mengajar kita supaya terus membesarkan ALlah walaupun kita telas selesai menyempurnakan puasa Ramadhan. Membesarkan ALlah dengan cara mentaati seluruh titah perintahNYA. i) 2 rakaat sebelum zohor. ii) 2 rakaat selepas zohor. iii) 2 rakaat selepas Maghrib iv) 2 rakaat selepas Isyak v) 2 rakaat sebelum Subuh vi) 2 rakaat solat sunat Dhuha vii) 2 rakaat Tahajjud dan viii) 3 rakaat Witir. JUMLAHNYA ialah 17 rakaat sama bilangan dengan rakaat 5 waktu solat fardhu. tk Puasa bukan sekadar tidak makan atau tidak minum sahaja tetapi mestilah memastikan diri TIDAK MAKAN harta secara yang batil/haram seperti mencuri, makan riba, makan rasuah, makan harta anak yatim dan menipu untuk mencari harta kekayaan. Inilah penutup ayat puasa al-Baqarah 188. Ayat puasa ialah di antara ayat 183 hingga 187 surah al-Baqarah.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment