Saturday, February 21, 2009

UYE NAIK TURUN BAS DAN LRT.......hampir tiada wanita berpakaian sempurna.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Malam tadi(21 feb) jam 1 pagi saya menaiki bas ke Kuala Lumpur, itu dah menjadi kebiasaan kepada saya. Jarang sangat menaiki kereta. Pagi ini solat Subuh dan menyampaikan Kuliah Subuh di masjid Taman Kosas Ampang. Petang pukul 3.45 menaiki LRT Putra ke KL Sentral. Dari KL Sentral ambik komuter ke Kelang, ada kuliah. Mungkin tak sempat nak ziarah adik kandung kat sana.

Yang nak cerita kat blog ini; yang ditemui ialah hampir tiada wanita yang berpakaian menutup aurat yang sempurna. Sama sahaja yang Melayu dengan yang bukan Melayu, semuanya mendedahkan aurat. Berpakaian tetapi 'bertelanjang', apa tidaknya kerana masih menampakkan bentuk badan.

Inilah agaknya antara sebab Nabi saw berkata ramai wanita masuk neraka.
حَدِيثُ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَقَلَّ سَاكِنِي الْجَنَّةِ النِّسَاءُ
Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan yang paling sedikit menghuni Syurga ialah kaum wanita (Bukhari dan Muslim)

Aurat dan pakaian merupakan aspek yang penting dan amat ditekankan ke atas umat Islam baik lelaki atau wanita. Namun begitu disebabkan keistimewaan dan kelebihan kejadian wanita itu menjadikan mereka lebih diutamakan dalam soal pemakaian. Wanita yang difitrahkan kejadiannya itu, dari sudut pembinaan tubuh badan yang mempunyai susun galur tulang temulang yang pelik dan menarik sesuai fungsinya melahirkan anak, pembentukan tubuh, iras wajah, gerak laku yang boleh dikatakan hampir keseluruhannya kejadian wanita itu adalah menarik dan boleh menyebabkan orang tertarik kepadanya terutamanya lelaki.
Benarlah kata RasuluLlah saw,
حَدِيثُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita (Bukhari dan Muslim)

Sudah difitrahkan lelaki menyukai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Namun kuasa penarikan itu lebih banyak datang daripada wanita berbanding dari lelaki. Bagi menjamin fitrah ini sentiasa terpelihara dari unsur-unsur maksiat, maka aspek pencegahan sangat ditekan dalam Islam iaitu dari segi pakaian. Pakaianlah yang melindungi pandangan lelaki dari melihat tubuh wanita dan sebaliknya. Antara objektifnya adalah untuk menjaga nafsu syahwat manusia dari bermaharalela.

Jika kita lihat kepada cara pemakaian wanita dewasa ini, konsep pakaian wanita Islam telah jauh berbeza dengan cara pemakaian wanita Islam yang sebenarnya. Mereka ini tidak menjadikan pakaian itu sebagai alat perlindungan dan keselamatan tetapi lebih berkonsepkan kepada perhiasan dan seksual. Dengan ini, menjadikan mereka lebih megah dan mendapat perhatian ramai. Amat menyedihkan hari ini, pereka-pereka fesyen ramai dari golongan lelaki, jadi tidak hairanlah jika wanita hari ini memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri yang disukai oleh lelaki.

Kesimpulannya, kesan mudharat yang diterima oleh umat Islam adalah besar khususnya dalam akhlak, kes rogol dan sebagainya. Maka, hilanglah kini identiti dan simbol umat Islam dari wanita itu. Justeru, sebagai wanita Islam yang mempunyai maruah diri yang sempurna , kita perlu peka dengan segala tektik dan serangan dari pihak musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam melalui seorang yang bernama wanita.

Wahai anak-anak perempuan dan isteri-isteriku jaga dan peliharalah aurat dengan pakaian Islam. Kuatkan pertahanan jiwa mu dengan siraman baja keimanan dan ketaqwaan.
-diolah dan diedit nota yang sedia ada dalam laptop uye.

2 comments:

  1. ana pun sama ngan ustaz,, tiap kali g ke KL,, hampir perkara sama yg dialamai oleh ustaz,,

    Ana mengiyakan shj apa yg telah di tulis oleh ustaz, moga ALlah mengampuni dosa kita semua. Amin

    ps ; jemput jemputlah sekali sekala ke blog ana, with my pleasure

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    kt kuantan pun dah berjangkit penyakit ni Ustaz. lebih teruk ada yg dulu sekolah agama pun cabut tudung lepas habis sekolah. tak tau mana dia org campak kitab2 yg dia org ngaji dulu

    ReplyDelete