Tuesday, February 3, 2009

PERANCANGAN JAHAT MUSUH ISLAM - siri 3

Salam teman-teman,
Maafkan saya kerana tak sempat menghabiskan tajuk di atas semalam. So sekarang saya cuba selesai dan tamatkan. Tulisan yang ringkas ini diharapkan dapat dipanjang dan diperjelaskan lagi oleh sahabat-sahabat lain.

2. Penyebaran budaya mungkar dan melalaikan serta kejelekan akhlak
a.Menyelewengkan maksud hidup ‘bebas’ dan ‘persamaan’ antara lelaki dan perempuan.
b.Penyebaran ideology atheis dan falsafah kebendaan. Tiada lagi perhitungan agama dan dosa pahala.
c.Menghidupkan budaya hedonisme, budaya gila hiburan. Hiburan yang melalai, percampuran bebas dan maksiat.

d.Semarakkan pergaulan bebas. Akibatnya berlaku penzinaan dan melahirkan ramai anak luar nikah.
e.Fesyen pakaian, sukan dan perlancongan yang tidak bermoral.

f.Penguasaan media massa seperti majalah, radio dan telivision.

#Kalau kita teliti keenam-enam perkara di atas adalah merupakan perancangan jahat yahudi dan zionis untuk menghancurkan umat Islam khususnya generasi muda. Nampaknya Yahudi berjaya.

3- Kerajaan dan pemimpin boneka dan munafik di kalangan umat Islam.
a.Penjajahan tanah air(fizikal) serta penjajahan pemikiran(ghazwah al-fikr)
b.Pemimpin yang hanya mengikut telunjuk Barat.

c.Undang-undang dan hukum-hakam Islam tidak dilaksanakan.

d.Mereka sentiasa dalam ketakutan kerana bimbangkan kedudukan mereka dan tekanan ekonomi.

#tidaklah keterlaluan kalau dikatakan bahawa kebanyakan pemimpin OIC adalah merupakan anak didik penjajah dan menjadi boneka/tali barut kepada negara Barat termasuklah menyokong Israel.

STRATEGI AKHIR MUSUH ISLAM
Usaha untuk melumpuhkan kuasa gerakan Islam yang menduduki kerusi parlimen di beberapa buah negara umat Islam dan yang menguasai kerajaan seperti yang berlaku di Iran, Sudan, Turki dan Palestin.
Inilah yang sedang berlaku sekarang. PBB, Amerika, Israel dan sekutu=sekutunya berusaha siang dan malam untuk melenyapkan negara Palestin khususnya Gaza dari peta dunia.


KITA ADA ALLAH, ALLAH BERSAMA KITA
َقَدْ مَكَرُواْ مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ
. dan Sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. IBRAHIM=46

Semoga ALLAH terus bersama kita, menyelamat dan memberikan pertolongan. Jangan lupa untuk mendekatkan diri dengan ALLAH, moga-moga dikurniakan kekuatan kepada kita semua. tk..

No comments:

Post a Comment