Wednesday, February 25, 2009

JADILAH PEMIMPIN.......depan kita syurga dan neraka. 2

ANTARA NIKMAT DAN AMANAH
Setiap kali bertambahnya nikmat maka bertambahlah amanah. Apabila kita mendapat nikmat maka bertambahlah amanah seperti bila kita mendapat isteri bermakna kita mendapat nikmat; maka bertambahlah pula amanah jaga isteri. Kemudian mendapat nikmat kerana memperolehi anak, sekaligus anak-anak itu adalah amanah.

Begitulah juga menjadi pimpinan satu "nikmat" kerana dipandang mulia, dihormati dan bertambahnya populariti; dalam masa yang sama maka bertambahlah amanah.

"Amanah" untuk menjaga anak-anak buah di bawah kepimpinannya. Dulu dia hanya memimpin anak isteri, sekarang dia memimpin ratusan bahkan ribuan orang di cawangan atau kawasan yang dia menjadi ketuanya.

Kalau dia berjaya melaksanakan amanah dan membimbing anak buah ke jalan yang diredhai ALlah maka tempatnya ialah syurga. Tetapi tentu sekali tidak mudah untuk membimbing ahli-ahli di bawah yang ribuan bilangannya; ribuan pula perangai dan stylenya. Pemimpin kena banyak bersabar dan berkorban.

RASULULLAH SEBAGAI CONTOH KEPIMPINAN SEPANJANG ZAMAN
Seluruh pemimpin umat Islam wajib menjadikan RasuluLlah saw sebagai model kepimpinan mereka. RasuluLlah saw adalah merupakan utusan khas Allah kepada manusia seluruhnya. RasuluLlah saw bersifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
Firman Allah,
لقد كان لكم فى رسول لله أسوة حسنة
لمن كان يرجو الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharap-kan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak. AL-AHZAB=21

Umat Islam terutamanya pemimpin wajib menyakini bahawa RasuluLlah saw sebagai insan dan pemimpin yang paling agung, paling mulia dan paling berjasa di antara seluruh para Nabi dan manusia sejak zaman Nabi Adam as hingga manusia yang terakhir di dunia.

DUA SIFAT/RUKUN UTAMA PEMIMPIN

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . bersambung

No comments:

Post a Comment