Thursday, January 26, 2012

Jangan 'Sign'!

Jangan 'Sign'!




Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat - Kedah, Selangor dan Kelantan- tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture (FGV). "Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture," kata Mazlan dalam sidang media.


Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaacop yang turut hadir menjelaskan perjanjian tanah untuk mendapat hak milik perlu mendapat kelulusan menteri besar. "Jadi Felda Global Venture kena jumpa MB kerana ia berada di bawah kuasa MB," katanya.


Mazlan juga berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri.

Malah, kata Mazlan, di negeri-negeri yang ditadbir BN, setahunya, belum ada yang menandatanganinya walaupun difahamkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob "memberi respon positif" berhubung perkara itu. "Kita akan desak supaya beliau jangan tandatangani (perjanjian itu)," katanya.

Berita Disini


Source: http://tanah.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=204%3Ajangan-sign&catid=14%3Aberita-lajnah&Itemid=62

No comments:

Post a Comment