Dr Rani: Tukar portfolio bukan isu, sudah dibincang - Politik
January 19, 2012
SHAH ALAM - Keputusan menukar portfolio di bawah rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri semalam bukan satu isu kerana ia dicapai menerusi perbincangan antara kepimpinan pentadbiran negeri dan Pas.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, perkara tersebut telah dibincangkan oleh PKR dan parti Islam itu.
Malah kata Dr Rani, pihaknya juga diberi jaminan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa jika ada isu-isu besar membabitkan Islam dan Muslim, beliau akan mengadakan perbincangan kepimpinan Pas.
"Itu jaminan diberikan kepada kami, jadi tidak menjadi satu masalah," katanya lagi.
Sehubungan itu kata beliau, tidak timbul soal Pas telah tunduk kepada kepada tekanan komponen lain dalam Pakatan Rakyat ekoran perubahan portfolio berkaitan hal ehwal Islam.
"Tidak timbul soal Pas dibelakangkan. Kita memang sudah berbincang, sudah dibincangkan oleh kepimpinan Pas," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/dr-rani-tukar-portfolio-bukan-isu-sudah-dibincang-1.19062?localLinksEnabled=false
salam ustaz, ana cuba cari pesanan almarhum ustaz fadhil nor yang ustaz sebut dalam kuliah maghrib malam sabtu pada beberapa minggu lalu...mana nak cari ustaz?
ReplyDelete