Mohamad Sabu |
Transkrip ucapan Mohamad Sabu di Padang Menora , 21 Ogos 2011 yang dijadikan isu oleh media dan pemimpin Umno...Editor Assalamualaikum. Alhamdulillahirobbil Alamin, Wassalatuwassalamu Ala Ambiya’i Walmursalin, Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in. Yang Mulia Saudara Pengacara Majlis, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP yang baru meninggalkan majlis kita, Alfadhil Dato’ Dr Mahfoz Muhammad, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khalid Man Timbalan Pesurujaya, Seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Perhubungan Negeri, Seluruh Jawatankuasa PAS Kawasan Tasik Gelugor, Seluruh Jawatankuasa Pemuda , Muslimat dan Seluruh Alim Ulama , Rakan-rakan daripada Parti Keadilan, Para hadirin hadirat, Muslimin Muslimat yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu pada malam ini, Insya ALLAH lepas raya ni boleh berdiri eloklah kot, aaaa….dah seminggu saya buang kerusi roda, sekarang dah boleh pakai tongkat… aa..jadi lepas raya ni jadi Pak Maunlah , boleh buang tongkat… Itu adalah dalam perjuangan ini, nasib saya macam tu nak buat macam mana, aaa….kalau kita nak ikut pasai apa tak kena semua orang….kita, redha dengan apa yang ALLAH uji kita dalam perjuangan ini… saya sendiri “ISA” kena 2 kali….bicara kes mahkamah ni…setakat la 5 kes…..dah menang dah … 4 , tinggal satu lagi, hak nak mai kedepan hak kita nak saman tu berlambak lagi , jadi saya hadapi nasib macam tu …dalam perjuangan ini….nak buat camna…kalau ditahan di balai polis, lokap tu ….selalu lah, Cuma kita rasa apa yang dilalui itu adalah perkara yang kadangkalanya terpaksa, untuk kita membuat pembaharuan …politik tentulah melalui perjuangan , bukan melalui hamparan permaidani merah… Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang saya nak sampaikan saya lancarkan dulu kutipan derma pada malam ini, untuk tuan-tuan membantu perjuangan kita, para petugas diminta untuk bertemu dengan mereka yang hadir pada malam ini. Alhamdulillah bulan Ramadhan, ramai begini hadir dalam majlis penerangan kita, petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir….ini malam sepuluh terakhir, sebarang sedekah jariah kita untuk perjuangan mendaulatkan Islam , menegakkan keadilan, menentang kemungkaran akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH Subhanallahu Taala. Para petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir, saya akan cuba terus memberi ucapan. Isu kemalangan Bersih Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, saya ditempat lain saya tak terangkan hal kemalangan yang saya lalui , tapi ini kampung saya….Jarak, jadi yang ada ni kawan-kawan, adik-beradik, saya terangkanlah sikit …hadirin sekalian. Dalam televisyen itu….Pengarah Keselamatan Dalam negeri berbohong, dia tunjuk dengan tourch light yang tu….tengok….kereta pajero tak langgar pun Mohamad Sabu, …..saya buat repot polis 14 julai, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri buat kenyataan 22 , dia tak baca repot polis saya….saya dilanggar oleh kereta polis jenis waja….bukan pajero, kemudian dia kata saya jatuh langgar divider….lagi bohong….kereta polis yang belah kepala lutut saya….kemudian dia kata saya berlakon duk atas kerusi roda, dia bukan doktor….lagi dia cakap lagi dia bohong…..lagi dia cakap lagi dia bohong….sepatah tak mai minta maaf sampai hari ini…..dan dia berbohong dalam televisyen…seluruh rakyat Malaysia dengar. Saya jawab dalam majlis ceramah, dalam surat khabar Harakah, surat khabar Keadilan, tapi hadirin sekalian oleh kerana mereka berbohong terlalu banyak, sekarang ni….cakap polis pun orang tak percaya…betui ke dak? ….tambah cakap Najib lagi bohong…aaa tu lah….apa….siakap senohong gelama ikan duri, selalu cakap bohong, lama-lama jadi menteri…. Hadirin sekalian, saya sebut bahawa semasa saya dibawa ke hospital….General Hospital , berada dalam lokap di Jinjang, nak ambik wudhu’ , nak pegi bilik air…nak buat statement polis….nak cop jari….semua dipapah oleh polis…..2 orang kiri-kanan, sebab tak boleh jalan…..dan polis yang papah saya tu….saya ucap terima kasihlah….mereka khidmat sungguh, saya nak bergerak ja dia tau saya tak boleh jalan, dia mai angkat…aaa sampai dah dibebaskan 10 malam….saya diletakkan dihadapan lokap…..orang lain semua berjalan kaki keluar, saya tak keluar …..kereta masuk ambik….itu pada hari sabtu, hari isnin saya pergi ke doktor pakar….doktor pakar …aaa..KPJ Hospital dekat rumah di Shah Alam….dia check , didapati ligament hak orang panggil … urat belakang lutut tu terkoyak…..kena buat pembedahan. Dia nak buat pembedahan hari tu, dia tak boleh buat sebab darah saya cayak….duk makan desprin (sebenarnya Aspirin)….pasal ada hal jantung…..dia kata kena berhenti makan desprin (sebenarnya Aspirin)….4 hari , mai sini , kita nak buat pembedahan….hari Jumaat 15 hari bulan…masuk bilik pembedahan…..pukul 2 petang….pukul 4 keluar dari bilik pembedahan….iaitu dia bubuh satu skru….2 inci setengah….ke dalam lutut ni…jadi saya suruh doktor bubuh skru sebab saya nak berlakon….hadirin sekelian…pelak….sampai rupa ni….pemain sampai macam tu….jadi hadirin sekelian lepas bubuh skru tu….3 hari lepas tu baru boleh lah menapak…dan Alhamdulillah sekarang dah boleh berjalan dah…..Cuma nak naik …..naik tangga turun tangga tu kenalah bantuan tongkat sikit… Alhamdulillah, lepas raya ni kembali pulih lah kot….boleh berjalan dan boleh bekerja lagi dalam ….dalam parti , dalam perjuangan ini…. Hadirin hadirat yang dihormati sekelian….Oleh kerana dia tak minta maaf sampai hari ni, lepas ni akan diikuti lah dengan tindakan mahkamah….Saya sepanjang dalam perjuangan ni tak meniaga , jadi nak kaya lepas ni …dengan saman jer lah….haaa ….Insya ALLAH….peguam-peguam duk kata …kami banyak dah orang yang nak ambik kes saya ni….hak kes pecah cermin kereta tu…menang di peringkat Juru, kemudian pihak pendakwa buat rayuan di Mahkamah Tinggi….5 hari bulan ogos, bulan puasa ni jugak….hakim Mahkamah Tinggi mengatakan…keputusan Mahkamah Majistret Nibung Tebal…betul…..iaitu Saudara Mohamad Sabu ni perlu dibebaskan….dan tak perlu membela diri….kita tengoklah , kalau keadaan sesuai peguam kita akan dakwa pulak….kita akan tuntut…pecah cermin dan juga sebagainya….itu serah lah pada peguam hadirin sekelian….jadi saya….terima kasihlah kepada doa tuan-tuan semua….sebab saya banyak melalui kes-kes mahkamah….haaa …..Dato’ Seri Anwar teruk lagi…jadi saya ni peringkat yang agak …kawan-kawan kata banyaklah juga hadapi kes-kes …mahkamah. Tapi, janganlah bimbanglah …kita takut pun mati, berani pun mati….. Menjelang Merdeka Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak? Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato’ Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak? Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku….. Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana …tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping …. Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan. Semua sejarah negara kita mohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu mohong (bohong) kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran mohong dia….jadi , depa duk lawan mohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan… Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British….......ADA SAMBUNGAN LAGI. Panjang ucapan Hj Mohamad Sabu nie..... |
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
3 days ago
Salam..
ReplyDeleteTu dia.. laa ni sebab politik sampai komunis pon hangpa kata pejuang kemerdekaan noh? APA PUNYA BODO!!
Pikir laa habis-habis sebelum bercakap. Memang orang-orang melayu dahagakan kemerdekaan yang terlibat dengan API, PKMM dan gerakan Kiri menyumbang kearah kemerdekaan. Cuma kaedah yang mengambil semangat Melayu Raya dari Indonesia tidak diterima secara menyeluruh oleh Orang-Orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.. maknanya ideologi keras mereka tidak sesuai diguna pakai oleh majoriti. Berlainan dengan perjuangan Dato' Onn dan UMNO yang lebih cerdik dan diterima oleh umum baik dari pihak Rakyat, Raja-Raja dan British sendiri. Hangpa ingat walaupun mereka bekerja dengan British depa tak dak akal pikiran kah? Ingat depa jadi tunggul kah? Habis satu Malaya jadi tunggul lah kalau begitu, hangpa jaa jadi hero? BODOH!!
Jika ditakdirkan golongan kiri yang mendapat kekuatan dan kita berjaya menuntut kemerdekaan dari British dengan jalan darah, rasanya kita ini akan jadi sebahagian dari Indonesia Raya...
Kemudian, apabila UMNO mendapat mandat dari Rakyat dan Raja, puak-puak melayu berhaluan kiri terpaksa pula bergabung dengan Komunis, kerana hanya Komunis sahaja yang boleh menerima dan bertolak ansur dengan Ideologi mereka yang lebih Nasionalis, Liberal dan anti Feudal seperti Indonesia. Maksudnya, niat Puak-puak berhaluan kiri ialah mendirikan negara yang tidak mementingkan kedudukan Islam, Raja-Raja dan keistimewaan orang-orang melayu.
Ini adalah secocok dengan niat Partai Komunis Malaya yang ingin mendirikan negara dengan mengambil contoh dari Negara Marxis China. Padahal PKM HANYA MENGAMBIL KESEMPATAN atas perjuangan tokoh-tokoh kiri seperti Mat Indera, Abdullah CD dan lain-lain demi propaganda politik mereka. Tokoh-tokoh kiri Melayu hanya TERTIPU dengan permainan politik PKM seperti PAS tertipu dengan DAP sekarang.
Sila telusuri peristiwa Bukit Kepong dengan saksama!.. Mat Indera dan rakan-rakan melayu yang bersama dengan 180 anggota cina komunis menyerang Balai Pasong Pasong yang di pertahankan oleh 18 anggota Polis Melayu. Mula-mulanya Mat Indera hanya mengarahkan menangkap Polis-polis yang mabuk sempena Tahun Baru Cina dan bertujuan untuk memalukan British sahaja. Tetapi kerana keghairahan celaka Komunis Cina, 23 orang terkorban.. bukan setakat anggota Polis, Bini dan anak mereka pon dibunuh! Tak cukup dibunuh, celaka cina komunis BAKAR mayat-mayat anggota polis, bini mereka dan anak-anak depa. Mana keberanian Mat Indera pada masa itu? Orang Melayu mana tahan melihat orang melayu lain diperlakukan demikian? Orang Islam mana yang dapat sabar lihat mayat-mayat saudara mereka di julang jadi piala, di sepak, di kencing, di ludah dan DIBAKAR sampai rentung?
Mungkin pada hari itu baru Mat Indera sedar yang dianya hanya dipermainkan Komunis! Tapi nasi sudah jadi bubur..
Bukan kita tak faham yang hangpa saja hendak menaikkan pejuang-pejuang kemerdekaan berhaluan kiri dengan tujuan untuk discredit peranan UMNO dalam kemerdekaan negara kita semata-mata untuk miliage politik. Tapi sedarlah hakikat.. jika pejuang-pejuang kiri yang memerdekakan negara kita, hanya 2 kemungkinan sahaja:-
1) Kita adalah sebahagian dari Indonesia Raya
2) Kita akan menjadi Negara Komunis berpaksikan China
Dan kedua-duanya menafikan Kemerdekaan Mutlak seperti yang kita nikmati 54 tahun ini!
Abi Qalam
haa....jawap la, cakap abi qalam tu ....mana hujah lain....aku setuju benor ngan abi qalam .....
ReplyDeleteTAK PA LAH HANGPA DAH TELEPAS CAKAP. LA NI AKU CHALLENGE HANGPA KAUM PUAK PEMBANGKANG DAN BN JUGAK,BOLEHKAH PUCUK PIMPINAN HANGPA ATASI MASALAH YANG BN PUN TAK DAPAT NAK SELESAIKAN IAITU MASALAH ALONG YANG DAH BERMAHARAJA LELA, PENGUATKUASA/KEMENTERIAN/KDN LA NI PUN TAK BOLEH NAK BUAT APA; PEGUAM NEGARA PUN TAK TERKATA APA -- MANA DIA KUAT KUASA UNDANG-UNDANG AMLA LA DAN APA KE BENDA UNDANG-UNDANG LAGI LA ? KENAPA TAK DAKWA DAN RAMPAS SAJA HARTA ALONG NI ? BANK NEGARA PUN LEMAH TAK BERDAYA. ALAHAI MASALAH ALONG DALAM NEGARA PUN NAK KENA PAKAI KONSULTAN KA ? BODOH BEBENAR KE TERAJU THINK-TANK YANG ADA? TENGUK-TENGUK LA ORANG YANG BERKEMAMPUAN DAN BERANI BERTANGGUNG JAWAB. TU LA AKIBAT SALAH NAIK KAN PANGKAT ORANG, SEMUA MAKAN GAJI BUTA SAJA !AKU RASA HANGPA PEMBANGKANG LEBIH WARAS KALU CHALLENGE BENDA BEGINI UNTUK POLITICAL MILLEAGE HANGPA DARI CHALLENGE BENDA MERAPU TAK TENTU PASAL, TAK INTELECT LANGSUNG.....BIAQ DEPA LAIN PULAK LAH YANG CAKAP NA !
ReplyDeleteMat Sabu jangan dok mohong la..konon dah rasa bijak pandai la ni..dapat jadi timbalan..hang tau melacurkan politik dan parti saja..buat kerja pun tak tau...hang ni liabiliti untuk parti..kalau hang masih dok perangai macam ni..alamat PAS akan menuju jalan kehancuran, zaman gelap PAS sudah bermula..pemimpin yang tak sekolah, malu aku nak undi PAS lagi..
ReplyDeleteAda juga kebenaran anonymous mengenai along tu. Kenapa masalah ini berterusan dan makin gawat ?Mereka begitu bebas menzalimi semua lapisan masyarakat, menyiksa dan menghisap darah rakyat. Kalau BN pun tak dapat nak selesaikan masalah Along ni, percayakah kita untuk mereka terus menerajui negara ini? Tunggu dan lihat serta fikir-fikirkan lah saudara dan saudari. Mungkinkah ketua-ketua jabatan yang BN lantik ini cuma pandai cakap macam si Mat Sabu ini sahaja ???
ReplyDeleteSo BN's head of departments, leaders and politician what is ur responses on Along's issue ? No need for KPI's, NKRA's and all the rubbish performances index talk etc,if not an iota of stopage whatsoever undertaken for such an openly obvious heinous rampant crime seen to take place.We love and fight for BN, so do be obviously seen to put a stop of this modern subversive element immediately ! Communism is long gone and Mat Sabu is just another joker....
ReplyDeleteAssallamulaikum,
ReplyDeletekalu komunis menang, PAS pun tidak ujud tau, malaya jadi sebahagian republik rakyat cina. orang melayu tak ada agama, atau islam pada nama macam negara bekas soviet atau yugoslavia.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTranskrip: Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….
ReplyDeleteKomen: Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan. Pada asalnya, bulan sabit dan bintang adalah berwarna putih, tetapi atas cadangan Sultan Kedah dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang lain, warna putih itu telah digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja. Akhirnya, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. (ref: http://pssklk.blogspot.com/2010/08/bendera-persekutuan-tanah-melayu.html)
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
Design asal En. Mohamad bin Hamzah mempunyai stripe biru & putih. Pindaan telah dibuat di peringkat jawatankuasa pertandingan dan jalur biru telah diganti dengan jalur merah. Tiada isu tentang tuduhan tiru sebab warna design asal tu memang lain dari USA punya.
(baca lagi di sini - http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,11261.msg104265.html#msg104265)
----------------------------------------------------
Transkrip: lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….
Komen: Sebagai orang Perak, saya amat berbangga irama Lagu Rasmi Negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" menjadi asas kepada lagu Negaraku.. kalau mengikut sejarah Perak, lagu ini telah dimainkan sejak 1888 sebagai Lagu Rasmi Negeri, manakala "Terang Bulan" (sebagai sebuah lagu) dijadikan popular oleh sebuah kumpulan bangsawan Indonesia, yang dipentaskan di Singapura sekitar 1920-an dan 1930-an..
Lagu Kebangsaan Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916), Sultan Perak yang ke-28, semasa baginda berangkat ke London, United Kingdom untuk menghadiri kemahkotaan Baginda Permaisuri Victoria pada tahun 1888.
(baca lagi di sini - http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,11261.msg104279.html#msg104279)
Lagu "Terang Bulan" di wiki mempunyai kaveat Nota: Penulis lirik dan pencipta lagu tidak diketahui. (Ref: http://ms.wikipedia.org/wiki/Terang_Bulan) atau dalam bahasa Inggerisnya - "The original lyrics are generally considered to be unknown as many variations exist." (http://en.wikipedia.org/wiki/Terang_Bulan)