Thursday, June 2, 2011

SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA DUPP, DPPP DAN DMPP

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat.

Ana mengucapkan selamat bermuktamar kepada ketiga-tiga dewan; Dewan Ulamak Pas Pusat, Dewan Pemuda Pas Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat.

Bermuktamarlah dengan penuh rasa ukhuwwah dan kasih sayang sesama mukmin dan mukminah apatah lagi sesama ahli Gerakan Islam Pas. Jangan dilupai sangat perlunya ketaqwaan dan keikhlasan di sepanjang sidang muktamar berjalan.

Cakaplah apa yang nak dicakapkan, bahaslah apa yang hendak dibahaskan, kritiklah apa yang hendak dikritikan, pilihlah siapa yang hendak dipilih.........YANG PASTI......kita wajib mendahulukan ALLAH dan RasulNYA serta perjuangan Islam itu sendiri.

Ingat! Adalah satu dosa dan pengkhianatan apabila memilih orang yang tidak layak sedangkan di kalangan mereka ada orang yang lebih layak dan diredhai oleh ALLAH dan RasulNYA.

Ingatlah bahawa memilih pemimpin dan menjadi pemimpin adalah amanah daripada ALLAH.

nPemimpin dalam Islam bukan satu keistimewaan yang direbut-rebutkan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.

فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ

Apabila kamu memberikan kepercayaan pada orang lain , maka hendaklah orang yang diserahi amanah itu menunaikan amanahnya dan takutlah ia kepada Allah tuhannya.” ( Al Baqarah 283 )

nKepimpinan adalah suatu taklif (tanggungjawab) bukan suatu tasyrif (kemuliaan).

nSabda Rasulullah ( saw ) :

مَا مِنْ راعٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ يموتُ يومَ يموتُ وهو غاشٌ رَعِيَّتِهِ إلا حرَّمَ اللهُ عليه الْجنةَ

n Tidaklah seorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin rakyatnya , dia mati kerana tiba ajalnya pada hal dia telah melakukan penyelewengan / kecurangan dalam kepimpinannya melainkan Allah mengharamkan syurga baginya .”
.
Selamat bermuktamar kepada semua perwakilan dan ahli pas.

No comments:

Post a Comment