Friday, June 10, 2011

'PROJEK IC ..siapa yang punya perancangan.?

Salam. Saya bila baca kenyataan di bawah malas nak percaya. Tetapi rata-rata orang menyebut tentang pembikinan Kad Pengenalan untuk membolehkan seseorang untuk masuk pengundi sekalipun dia sebenarnya rakyat asing atau bukan warga negara Malaysia. Sewaktu saya ditukarkan ke Sabah tahun 2002 memang saya menemui rakyat Negara India mendapat IC dan tertulis tempat kelahirannya Kota Marudu Sabah. Pelik tapi benar. - uye

Mari kita baca paparan oleh PDO:

Panas: Demi Kuasa, 'Projek IC' Kini Mula Menular Ke Pahang, Lokasi Sulit Sebuah Kem Di Cherating Di Kenal Pasti Jadi Pusat Operasi Pihak Terbabit !!

Biar pun Pilihanraya Umum Ke-13 masih menjadi rahsia dan spekulasinya kini menjadi-jadi konon ia akan diadakan tahun ini, namun parti-parti yang bertanding kini sedang sibuk mencatur siapakah calon-calon yang akan mewakili mereka. Banyak maklumat sulit yang diterima mengatakan PRU13 bakal diadakan antara bulan Julai hingga November tahun ini berdasarkan kepada senairo semasa yang berlaku. Malah terdapat juga info mengatakan ia akan diadakan selepas sahaja Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat. Menurut mereka Najib akan membentangkan bajet yang merangkumi tawaran "Bukit Jingga" yang dibuat oleh pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terhadap UMNO BN. Ramalan kedua pula mengatakan PRU13 bakal diadakan selepas sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar semula bermastautin di Penjara Sg.Buloh. Petanda ke arah itu nampaknya semakin jelas jika dilihat kepada kes yang dihadapi oleh Anwar sekarang ini. Apapun telahan itu, kini semua pihak harus bersedia dan berwaspada kerana PRU13 mungkin boleh diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Di Pahang, isu panas yang sedang menghantui UMNO BN sekarang ialah berkaitan dengan bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation. Isu itu jelas akan menyebabkan majoriti undi kaum Toinghua tidak lagi akan berpihak kepada BN kali ini. Jika ia berlaku, ini bermakna harapan BN untuk merampas kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan yang diwakili oleh PKR pasti tidak akan kesampaian. Begitu juga dengan DUN Beserah yang diwakili oleh PAS.


Bantahan rakyat terhadap isu Lynas buatkan MB Pahang tidur tak lena
Malah terdapat maklumat dari UMNO sendiri mengatakan kemungkinan besar kerusi bandar Kuantan seperti DUN Semambu, DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tanjung Lumpur juga akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini. Sama ada disedari atau tidak, begitulah hakikatnya. Malah, pembangkang meramalkan akan menang mudah di 16 DUN dalam bandar di seluruh negeri Pahang. Ini kerana faktor kaum Tionghua majoritinya akan menolak BN bulat-bulat gara-gara isu Lynas. Mereka kini sedang berusaha untuk menakluki kawasan Felda dan orang Asli sahaja. Jika mereka berjaya, maka kemungkinan besar rakyat Pahang akan mendapat sebuah kerajaan baru selepas PRU13 ini. BN pasti tidak dapat tidur lena melihat senario ini.

Sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/2011/06/panas-demi-pertahankan-kuasa-maka.html 9/6/2011

No comments:

Post a Comment